SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SEGAMBUT. Show all posts
Showing posts with label SEGAMBUT. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

FAREWELL-KAJANG-PUTRAJAYA

Petang nie, ada farewell dinner lepas opis hour. Meraikan mak cik lagik. Kali nie dinner sesama rakan seopis jerk. Lebih santai & tertutup gitu..!

Ah kak ngan Ros AJK Makanan. Awal2 lagik aku dah booking tempat. Semalam plak aku ngan Ros confirmkan menu. Harap2 sumenya berjalan lancar. Amin...

Abis jer dinner, aku kena berdesup balik ke umah. Mandi2, bersiap2 & terus amik Mak Lang ngan mak. Kami nak ke Kajang, umah kakak aku. Sebab sok Kak Aneem nak lapor diri kat Putrajaya. Abang aku tak expert jalan ke sana. So, mintak tolong my 'sayang' jadik tourist guide. Sok baru balik. Makanya, sok ah kak adalah mencoti! Yariibaaa2..!!! Ahaks3...

Aku ngan my 'sayang' nie bese la kan... kalau gi mana2, memang macam2 tempat yang kitorang nak gi & macam2 aktiviti yang nak dibuat. Sampaikan kitorang fenin sebab giler banyak tempat nak gi tapi, masa macam tak cukup! Hadoi la... Sadis betul!

On the way petang nie, we ols ingat nak terjah Uptown dolu. Saje la nak menyinggah. Kalau ada ape2 yang terberkenan, buleh la rembat. He3... Soknya, nak ke Putrajaya. Pastu, nak ke Segambut tengok Mak Andak yang baru buat operation buang fibroid. Then, konon2 nak ke Nilai la plak, nak beli baju raya. Hah! Tak ke pack tuh! Ha3... Tak tau la buleh ikut plan ke tak?! Wait & see jer lah. Hu3...

Eh! Korang dah beli baju raya ke? Kaler apa tahun nie? Cer citer... Cer citer... Ha3... Poyos! Pose pun belum, even ganti pose pun tak abis lagik dah over mengesahkan baju raya! ;P

Monday, January 31, 2011

INTRODUCING… NURNAJIHA ILIYANI SYAFINAZ

Menu lunch kat umah kakak aku adalah terbaik..! Bukan sebab beliau yang masak tapi, sebab mak aku yang masak. Plus, aku just menebeng kat depan tv jer. No tolong2! Ha3… Larikksss..!!!

Mak aku masakkan ikan tumpi untuk kakak & A_bern yang memang dah lama mengidam nak makan ikan tumpi tuh. Daun pisang yang digunakan untuk balut ikan pun imported dari umah mak aku. Imported secara free lak tuh! Takde kena cukai pun! Haish!

Pastu, mak aku buat pucuk ubi rebus. Pucuk ubi pun imported gak. Pendek kata, pebuh bonet keta dengan daun2 ijo. Ha3… Mak aku buat jugak sambal goreng. Yang ni pun A_bern dok mengidam tak hengat! Kakak aku lak buat masak lemak bayam ngan ikan goreng + cicah kicap. Makan ramai2… Marvellous, weh..! Macam tak sedar dah tambah nasik berpinggan2. ;D

Lepas lunch, rest kejap. Pukul 3 p.m, we ols berdesup lak ke Segambut, umah Andak. Aku, my ‘sayang’, mak & nenek jer yang pergi. Kakak & family tak ikut sebab A_bern skool.

~ Andak baru jer deliver baby gal. Tak la baru sangat, baru abis pantang la… Nurnajiha Iliyani Syafinaz nama baby gal tuh. Anak ke-4 Andak. Maybe the last 1 kot sebab Andak dah 3 kali deliver C-section. Dah cukup kuorum katanya…


~ Nickname baby adalah Jiha. Alooloolooo… tomeinya mulut..! ;)

~ Sembang2 & layan pau. Fresh from oven tau pau tuh! Elok2 we ols sampai, ada orang datang jual kuih pau naik moto. My ‘sayang’ pun beli la. Aku cuit sket jer. Not my type maaa… Kalau inti ayam/daging, aku layan gak. Tapi, ni inti kaya ngan kacang hitam.


~ Sebelum balik, sempatlah berposingan ngan Jiha. Ba2 cak! ;P


Monday, October 11, 2010

TERIMA KASIH ANDAK & PAK ANDAK...

Perut dah berkeroncong. Baik punye lagu2 yang berkumandang dalam perut nih! Sumenye lagu2 up to date tau! Radio Era/Sinar/Muzik/THR-Raaga pun tak buleh challenge! Lambatnye lah hai nak sampai kat umah Andak nih! Hadoiiyaiii..!!!

Nak kata jemm tu, tak la kot. Tapi, mase nak masuk bridge ke fly over ke ntah... kat situ traffic slow. Terkemut2 jer. Memula, we ols ingatkan ade accident. Rupe2nye, kat depan sane nun ade traffic lite. Makin kering la tekak kitorang... Dalam kepala plak dah terbayang2 nasik la... ayam la... kuih2 la... Isk3... nyah kau wahai bayangan..!!! Hu3...

& akhirnye, secara magic we ols sampai kat depan pintu umah Andak. Korang bayangkan 'secara magic' tau! Jangan bayangkan 'secara' lain tapi, 'secara magic' jerk! He3... Sampai2, aku terus selongkar2 tudung saji Andak. Aku jumpe karipap. Wah! Time lapor2 camnie, layan karipap sejuk lebih breakfast pagi tadi memang masyuk, owh..! Lepas makan karipap, baru we ols bergotong-royong hidangkan makanan untuk lunch.


~ Antara menu2 yang disajikan adalah ayam masak sirsau...


~ Gulai ikan kayu...


~ Pecal pun ado.


~ Aku sorang jer yang maintain sawan camera. Yang lain sume dah insap! Kebulur la tuh! Ha3...

Lame jugak we ols spend time kat umah Andak. Dalam pukul 5 ++ p.m baru mintak diri. Tu pun dengan Andak + Pak Andak sekali mintak diri sebab diorang pun keluar jugak, nak tunjukkan jalan ke umah Pak Su kat Shah Alam. Jalan2 lagiklah nampak gayanye kitorang... Layannn....... ;P

Mase zaman skool aku kat SMSS dolu, Andak & Pak Andak nie banyak jugak berjasa kat aku. Kalau time aku balik bermalam, aku akan balik umah Andak. Pak Andak la yang datang amik & Pak Andak jugak la yang anta aku balik hostel. Mase tu, Pak Andak takde keta lagik. Naik moto jer. Makanye, merempit la aku ngan Pak Andak... Paling tak buleh lupa, bile time nak balik hostel, Andak for sure la bekalkan aku dengan ikan masin yang dah siap digoreng & sambal tumis ikan bilis wif kacang tanah. Dua2 pun Andak buh dalam balang, buat stock. So, kalau aku rase takmo makan kat dining hall (ko tau la kan... makanan kat hostel zaman2 aku dolu, mostly memang ikan jaket & sewaktu dengannye. Sadis betul! Hu3...) buleh la beli nasik goreng kat kantin, makan ngan ikan masin & sambal tumis ikan bilis tu. Lagik 1 yang aku tak buleh lupa adalah bile on the way nak anta aku balik hostel, Pak Andak musti menyinggah kat gerai burger, tapaukan aku bukan 1 tapi, 2 bijik burger, ko..! Sebab dia tau, mase tu aku memang antu burger. Skang pun antu gak tapi, dolu lagik super2 antu la... He3...

Hmmm... terima kasih to Andak & Pak Andak... Jasamu dikenang...

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google