SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SEOUL GARDEN. Show all posts
Showing posts with label SEOUL GARDEN. Show all posts

Sunday, April 24, 2016

SEJENIS PENGALAMAN MANIS...

#Throwback

1 permulaan yang baik untuk tahun 2016...

Nama aku tersenarai as penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015. Terkejut beruk jugaklah ah kak! Bermula dengan ucapan tahniah dari Group Suka2 Silverwave (group KIK). Dekat 5 minit jugaklah aku termenung menatap mesej2 tu. Blurr!

Lepas tu, dapat pulak ucapan tahniah dari Group PT SKM Terlampau. Hokay... abaikan nama group yang melampau2 tu. Ha3... CC pun ada send ucapan tahniah via WhatsApp personally. Ah kak termenung buat ke sekian kalinya... Blurr lagik...

Beberapa minit kemudian... hokay... mahapkan ayat karangan sekolah zaman PMR ah kak ni... ha3... ok, sambung balik cerita... aku terima e-mel dari HQ. Dah kompom, dah sahih! Tapi, aku still blurr. Mana la tau kot2 ada 'Rozlizawati' lain kan... ntah salah send e-mel ke apa ke kan... Neves ah kak! Hu3...

Sebab aku tak expect apa2. Aci buat je tugas hakiki. Kadang2 stress! Kadang2 muncul jugak perasaan malas. Kena lawan sikit2 la... Kalau tak lawan, kerja tertangguh. Eh, dah macam bagi tips pulak! Mementang la APC kan... Mementang sangat..! Ha3...

7 orang penerima APC dari Perak. 4 kaum Adam & 3 kaum Hawa. Kami check-in di Peninsula Residence All Suite Hotel sehari sebelum hari APC sebab ada raptai.

~ Sejurus selepas habis raptai. Fuh, lemau, dowh..!

~ Lapor... Apa yang ada, semua dicedok untuk hi-tea. Heh3... Lepas tu, neves! Takut blazer tak muat. Ha3...
Keesokan harinya... merangkap hari APC...

~ Nasib baik blazer muat. Fuh!!! Ha3...

~ Siti. Pernah masuk KIK 1 group dengan dia.

~ Dewan Perdana SKM. Koir sedang perform.

~ Serious nau2! Hu3...

~ Disampaikan oleh YB Dato' Seri Hamzah Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK).

~ Cik Ratna & Hafsham, antara penerima APC dari SKM, Perak.

~ Luncheon

~ Photoshoot

~ #CaringMinistry ;)

~ Smileeeeeee......!!! ;D

~ Diselitkan dalam Berita Harian. Nasib kurang baik untuk yang belah tepi sebab kena crop. Tsk3...

~ Acara photoshoot sukahati.

~ Antara port yang sebelum ni dipandang sepi tapi, tetibe je jadik hot! ;P

Sejujurnya, aku seronok, happy, proud... Congrats untuk semua penerima APC 2015. 

Terima kasih kepada Encik Boss & Big Boss yang menilai...
Terima kasih, SKM di atas penganjuran...
Terima kasih, Encik Pala untuk pengangkutan...
Terima kasih, Cik Ratna & Siti untuk penginapan...

Tak sabar nak jumpa Oppa... rindu..! Ececeh..! Hiks...

Oppa bawak jalan2 & makan2. Tanda penghargaan & celebration. 

~ Meninjau2 Kidzoona di AEON Ipoh Klebang. Syiok bebudak zaman sekarang. Ada port bermain yang kondusif. Tugas mak bapak sediakan ongkos.

~ Mak join sekali. Lepak2, chill2, makan2...

~ Makan pretzel untuk alas perut. 

Kami nak makan2 kat Seoul Garden. Tapi, AEON Ipoh Klebang takde Seoul Garden. So, lepak2 sambil layan pretzel je lah dulu. Kemudian, barulah ke AEON Kinta City. Situ ada Seoul Garden.

~ Relax, Mak... Chill... He3...


~ Seoul Garden

~ Sambil meng-grill, terbayangkan Running Man. Automatic sangat..! Ha3...

~ Owh... nom3..!!!

~ Mak layan tomyam Korea.


~ Owh... my 'Gary Oppa'... Ha3... Tak boleh blah!



Terima kasih, Oppa & Mak sebab sudi meraikan...
Terima kasih untuk semua warm wishes...

APC... 1 pengalaman yang manis... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, March 4, 2016

KEEP CALM...

Aku & Oppa ke KL... ke Klinik Dr. Hamid Arshat... ada urusan... urusan medical appointment...

Bukan 2-3 hari tapi, 2-3 bulan & 2-3 minggu sebelum menjelangnya hari appointment pun aku dah cuak, neves, dag-dig-dug je rasa... Ntah la... Macam2 kat kepala otak ni. Suka sangat pikir yang bukan2 tau! Owh... mencik! Hu3...

Oppa kata, jangan layan sangat perasaan tu. Oppa suruh relax2, chill2, doa yang baik2, redha, tawakkal & think positive. Allah ada & Maha Mengetahui. In shaa Allah... Oppa jugak akan sentiasa ada & support aku.

Appointment hari Jumaat, pukul 2.15 petang. Kami sampai dalam pukul 1 tengah hari. Oppa solat Jumaat, aku lepak dalam CIMB Auto & Properties Mart's Showroom. 

Belek2 majalah sampai mata mengantuk.

Nasib baiklah takde bantal. Ada kerusi & meja je. Kalau tak, dah lama aku landing. Ha3...

Kami 1st timer. Tak pernah go through sebarang prosedur kat situ. Nasib baiklah staff semuanya friendly. Mesra alam gitu..! Bagus.

Tapi, staff yang friendly tu tak dapat nak turunkan tahap dag-dig-dug ah kak. 3 kali check blood pressure, tiga2 tinggi! Hadoiiyaiiinyaponnn..!!! 

Tiba turn aku...

1 more good thing is, klinik ni husband friendly. Tak payah request nak mintak hubby masuk, temankan pun, diorang memang akan suruh hubby temankan jugak. Happy lah Oppa sebab Oppa memang nak tengok, dengar & tanya soklan2 face to face. Senang. Direct knowledge. #NoFilter

Hmmm... macam mimpi je jumpa bertentang mata dengan Dr. Hamid Arshat yang fofular tu! Dulu2 masa zaman remaja, belum kahwin, banyak kali jugak tengok wawancara dia kat Malaysia Hari Ini la... Wanita Hari Ini la... bla3... Masa tu tak expect apa2. Tengok sekadar untuk amik tau. Tup2... aku buat appointment dengan beliau. Fuh! Perasaan dia adalah sejenis perasaan yang bercampur-baur. Hu3...

Aku just kena buat TVS untuk hari tu. Tak sakit & tak neves. Sebab dah tersangat biasa buat TVS masa buat appointment kat Hospital Teluk Intan yang... hmmm3... ho3... hu3... tu. Huh! Malas nak pikir kenangan yang tak berapa nak best tuh! 

Nak dengar result TVS tu yang buat aku tak berapa syiok! Cuak semacam! Dipendekkan cerita, Dr. Hamid sarankan aku untuk buat 1 prosedur yang aku tak pernah buat seumur hidup aku! Aku terkejut, actually. Dalam masa yang sama, aku rasa takut jugak. Hmmm... macam2 perasaanlah! 

Tahap 'drama air mata' jugak la... Oppa bagi kata2 semangat. Oppa tak paksa. Oppa bagi ruang untuk aku bertenang & berpikir masak2. Sambil2 tu, Oppa bagitau pendapat dia. Lama2 aku ok. Aku redha... aku cuba. In shaa Allah... aku setuju. Doakan yang terbaik untuk aku, ye..!

Lepas tu, aku lapor. Rasa nak makan 'makanan Running Man'. Eh, makanan Korealah! Ha3...

~ Seoul Garden, KL Festival City Mall, Danau Kota jawapan dia. ;P

~ Terima kasih, Allah... sebab 'hadiah & pinjamkan' Oppa untuk aku. ;)

~ Seoul Garden sodap jugak la... Not bad.

~ Annyeonghaseyo... He3...

Well... orang yang sejenis happy go lucky, hot temper & kadang2 manja terlebih di luaran ni goyah jugak bila diuji. Suka simpan sendirik, tak nak tunjukkan kegoyahan tu. 

Tapi, dia selalu cakap pada diri sendirik, 'Allah kan ada... Allah Maha Mendengar setiap rintihan & doa... Allah Maha Penyayang... Allah jugak tau apa yang terbaik untuk hamba2-Nya sebab perancangan Allah sentiasa tepat. Tak pernah silap.'

Allah belum bagi apa yang dia nak tapi, Allah bagi apa yang dia perlu untuk saat ini. Dia ada suami a.k.a Oppa yang amik berat, jaga & sayang dia. In shaa Allah... till forever... Dia ada Mak yang kasih sayangnya melimpah-ruah. Dia ada adik-beradik & ipar-duai yang baik2. Dia jugak ada keluarga mertua yang mengasihi. 

So, tak payah nak argue banyak sangatlah! Just say, 'Alhamdulillah...' ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google