SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, October 14, 2011

IKAN KAYU ALA BOMBAY LAYAR IMPIAN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Hari Jumaat lepas punya cerita... ;P

Lagik beberapa minit nak lunch hour, aku gigih menggoogle resepi. Masuk sajionline, usha2 resepi yang best especially resepi ikan sebab bajet tengahari tu nak masak. Kose nak tapau kedai. Jemu, derrr..!

Makanya, kat bawah nie, aku nak kongsikan resepi yang aku google & masak tuh. Sila layan, ye! ;P

Bahan2:-

1 ekor ikan kayu sederhana besar (disiang & dicuci bersih)
2 biji terung bulat (dibelah 4 setiap 1)
1 peket serbuk kari ikan
2 tangkai daun kari
1-2 keping asam keping
1 tangkai cili hijau (dibelah 2)
Minyak masak
Air masak
Garam
Serbuk perasa

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan serbuk kari, daun kari & ikan kayu. Masak hingga pecah minyak.
3) Masukkan air masak, cili hijau & asam keping.
4) Perasakan dengan serbuk perasa & garam.
5) Masukkan terung bulat. Biarkan seketika hingga terung bulat empuk. Angkat & hidangkan.

~ Ikan Kayu ala Bombay Layar Impian. Kalau baca senapas nama resepi nie, memanglah... sem... puttt... aaaaahhhh.... He3...

~ Dimakan bersama lauk2 seperti di atas & nasik panas. Hualla wei..! 

Ada a few alteration dari segi bahan2. Means, takde la 100 % follow apa yang ditulis kat sajionline tuh. Alteration dibuat mengikut stock bahan yang aku ada. Begitu...

So, misi memasak untuk hari Jumaat adalah BERJAYA..!!! ;D


:: Like3, ek! ::

No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google