Berderet2 appointment Mak.
22 Julai 2013
Appointment dengan specialist kat Klinik E.N.T. Follow-up je... Doktor kata, hidung Mak dah ok. Takde bengkak2 dah. Ubat pun doktor kurangkan dosage.
Kesimpulannya, Mak ada allergic. Kena pantang makan seafood especially sotong, mende yang gatal2 macam terung, ais & habuk. Kalau Mak berjaya control, makanya hidung Mak akan ok. Tapi, kalau terbabas jugak, consume je ubat spray2 sedut tuh.
Kesian Mak sebab semua makanan yang kena pantang tu samadengan makanan faveret Mak. Alahhhaiii..!!!
Next appointment: 22 Julai 2014
24 Julai 2013
Untuk hypertension & diabetes. Ya ampon... punya ramai orang! Tapi sebab datang awal, parking pun senang sikit & nombor giliran pun tak sampai beratus2. Takat puluh2 je. Tu nombor giliran check blood pressure (BP) la.
Tang jumpa doktor, memang haub! Dapat nombor 13, bilik 8. Berchenta kot! Bilik 5, 6 & 7 dah cecah angka 20++ tapi, bilik 8 baru cecah angka 10 kot..! Musykil ah kak tau! Apakah doktor tu ghalit sangat check patient? Hmmm...
~ Sampai tertido2 Mak tunggu nombor 13 punya turn. |
BP Mak: 160/80. Natijah berbuka kat surau berlaukkan telur masin. Haish!
By the way, aku dah tarbiah Mak. He3...
Next appointment: 31 Julai 2013
25 Julai 2013
Appointment paling mendebarkan, kata Mak. Sebab nak kena sedut thyroid. Pagi2 dah terpacak kat Klinik SOPD. Dapat nombor 16. Hokay la tuh!
Doktor interview Mak lelebih kurang then, dia suruh tunggu kat ruang menunggu kejap. Dalam 10 minit, nurse panggil Mak masuk untuk buat prosedur sedut thyroid tuh. Aku masuk jugak. Kasik moral support sebab aku tau, Mak musti dah neves tahap gaban! Ha3...
Next appointment: 9 September 2013
Hospital marathon... Kesian Mak...
:: Like3, ek! ::
No comments:
Post a Comment