Lena betul aku tido malam tuh. Ye la kan... badan letih, kaki sengal2 sebab banyak berjalan, mulut pun naik cramp sebab banyak gelak & berposing.. heh3... ditambah pulak dengan perut yang kenyang bulat macam belon udara panas, sojuk2 pulak tuh, perrgghhh... memang terbahek sangat la mentido kan... Lena betul! Bom meletop pun confirm wat dek je sambil ngeliat2.
Cer bayangkan... Cer bayangkan... Ha3... Hadoi!
Bangun pagi pun rasa cool & relax je. Maybe sebab dapat tido yang berkualiti kot... ;)
Sebelum meneruskan pengembaraan, aku dah siap google2 tempat2 best yang boleh we ols terjah. Salah satunya adalah Big Red Strawberry Farm. Confirm Mak suka! Sebab awal2 lagik Mak dah berangan nak petik2 strawberry. He3...
Sappedek dulu kat Restoran Kerisik Emas. Senang je nak carik restoran ni. Lokasinya kat belah belakang Star Regency Hotel & Apartment. Not bad la... Yang penting bersih! Berchenta tau nak carik kedai makan bersih kat Cameron Highlands nih. Memula gediks nak makan kat luar Brinchang. Sampai ke Tanah Rata nun... mencarik port nak berbreakfast. Nan hado..!
Errr... ada sebenornya. Tapi, yang ada tu macam... &*!@$# lah! We ols bukanlah nak demand makan kat tempat high class ke apa ke kan... Cukup la sekadar bersih & takde bau macam2. Gerai2 biasa pun takpe.
1 lagik yang aku tak berapa puas hati, kebanyakan tong sampah besar lokasinya dekat kot dengan kedai makan. Bila angin sepoi2 bahasa bertipu, memang confirmlah tekak akan jadik kembang! Hu3...
Last2, patah balik ke Brinchang. Tu yang terjumpa Restoran Kerisik Emas tuh! Akhirnya kan... Brinchang jugak..!
Breakfast, Kak Aneem belanja kot... ;)
~ Tetiba dah sampai kat Big Red Strawberry Farm. Macam magic! Nampak sangat nak memendekkan cerita. Ha3... |
Tak jauh mana pun dari Restoran Kerisik Emas tuh. Memang dekat sangat! Signboard pun bapak besor! Senang nak carik.
Big Red Strawberry Farm a.k.a Taman Agro Tourism
Brinchang
Cameron Highlands, Pahang
Simple giler kan addressnya. Beginilah... dari main road tu korang masuk simpang kat depan Star Regency Hotel & Apartment. Straight je sampai la jumpa Restoran Nassya. Kat situ ada signboard, follow je anak panah tuh.
Eh, tetiba ah kak macam terror je kan bagi direction..! Ahaks3...
Jalan masuk adalah membukit. Kereta boleh bawak masuk. Antara gayat ngan tek je la kan... Ngeeeeee.....
~ Mak jumpa munge. Feeling hindustan kot! Hiks... |
~ Gambar bukti kejadian. ;P |
~ Jumpa kolam ikan koi. |
~ Ikan koi sedang berchenta. Gatal! Ahaks3... Awwsss!!! |
~ Nama je strawberry farm. Tapi, kaktus ngan munge pun ada. |
Aku ada tanya Mak, nak beli kaktus tak? Jawapan Mak...
"Tak naklah! Mak malas nak 'bela'."
Ha3... Kesian kaktus, Mak tak kose nak 'bela'. Hadoi!
~ Muka orang takmo 'bela' kaktus. Suruh posing pun macam paksarela je. He3... |
~ Hah! Ni pulak tempat impian ah kak! Sebab dah google2 kan... tengok blogger2 upload gambar diorang dok dalam lubang strawberry. So, I ols is nak jugak! Ha3... |
~ Taraaaaaaaaa.......... |
~ Memang BIG kot dia punya strawberry..! |
~ Ini semua poyo... sangat..! ;P |
~ Sayur apa ntah nama dia... tapi, cantik! Sebab dia cantik, rasa nak baring manjas2 pulak kat atas dia. Hijau je... Macam karpet bulu tebal. Amekaw... perumpamaan! He3... |
~ Naik atas sikit, jumpa cafe yang ada jual macam2! Produk berasaskan strawberry terutamanya. Souvenir pun ada. |
We ols tak petik strawberry kat sini pun sebab tak boleh petik katanya... Maybe, kebanyakan strawberry kecik2 lagik kot. Tak cukup umur. ;P
~ Ah kak tumpang menggediks je. Tak beli apa2 pun... Heh3... |
Kak Yong, Kak Ngah & Rifqi adalah kanak2 paling bahagia kat situ sebab diorang boleh main mainan yang kita masukkan coin 50 sen, lepas tu dia gerak2 sambil keluarkan lagu. Alaaa... yang macam2 rupa bentuk tuh. Ada kereta, ultraman, zirafah bagai... tu haaa..!
Kopak jugaklah coin Abang ngan Kak Aneem kat sini. Ha3...
Jalan masuk & keluar kat Big Red Strawberry Farm ni kan membukit. Jalan sehala kekdahnya... Nak dijadikkan cerita, Mak tersangat gayat nak naik kereta. Mak kata Mak lebih rela menapak dari naik kereta. Nak tak nak terpaksa la aku temankan Mak menapak!
Hadoiiyaiiinyapon!!!
~ Nampak tak jauh. Tapi, dah katanya membukit kan... confirm tercungap2! Hnnsss2..!!! |
~ Chaiyok2, Mak! Chaiyok! |
~ Siap pegang tangan lagik dengan Mak. Padahal, lutut menggigil, bontot pulak rasa tertinggal nun jauh di belakang! Tonggek semacam! Semput! Hu3... |
Berjaya jugak we ols menapak. Fuh!!!
Lepas ni, kalau setakat nak mendaki Puncak Everest tuh, aku ngan Mak akan kata, 'No hal lah!' Ha3... Over, noks!
Pui! ;P
*Bersambung...
:: Like3, ek! ::
6 comments:
waa...happy betul bercuti ya? hihihi
salam..lama tak singgah sini..seronok nya...kak ita lama tak gi sini...teringgin nak gi ...bawa family..takut kereta buruk kak ita tak lepas...
♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
sekali-sekala release tensen kan..
anitadiana,
slm.. tq sbb sudi singgah lg. he3.. free2 buleh la b'cuti2 m'sia ngn family kat sini. alaa.. keta leez pun buruk jugak. alhamdulillah.. selamat pegi & balik. ;)
Best best :) bontot trtinggal ke belakang tu mmg sgt tak bole belah…haha
AzieFirdaus Kamarudin,
yupp! mmg best! he3..
sumpah, xtipu! mmg rase jauh benor bontot t'kebelakang. ha3.. hadoi!
Post a Comment