Nak shopping sikit dengan my 'sayang'. Merangkap nak mengopakkan poket beliau. He3...
Tujuan utama adalah nak menyopping backpack. Untuk kegunaan kursus. Senang sikit kalau kena berkursus dalam 2 hari je tak payah la nak usung trolley bag tuh. Bawak backpack je dah cukup. Lepas tu, bawak 1 tote bag khas untuk kasut2.
Bernas tak idea ah kak? Kannnnnnnn.......... ;P
Carik backpack kat Giant, tak jumpa. Actually, ada je... tapi, mahal ya ampon! Kualiti so-so yet mahal! 180++ hengget harganya. Kalau yang ada ciri2 water proof & heat resistance tu berbaloi la jugak kot. Ni yang biasa2 je... Brand pun cap ayam. So, reject!
Ada banyak mende lagik yang nak dishoppingkan sebenornya. Tapi, perut dah lapor sebab tak breakfast lagik. Turun bawah, jalan ke depan sikit, nampak 1 port makan baru. Big Pot kalau tak silap aku namanya.
So, jom mengtry! ;)
~ Aku order Fishball Fried Kueteow. Sodap! |
~ My 'sayang' makan Mee Curry. Fail sikit sebab macam terlebih kunyit. Karinya pun tak kaw. Kaw lagik Zul Mee Kari kat RNR Ulu Bernam. |
~ Bersih & self service. Means, kita order kat kaunter & bawak sendirik apa yang kita order kat dalam tray ke meja. Air je diorang tolong serve. |
~ Menu. |
Menunya simple2 je. Nasik lemak, nasik ayam, kueteow & bihun. Lepas ni, aku nak try nasik ayam pulak.
Korang pun kalau nak try, ok jerrr... Terjah sini:-
Big Pot
Rapid Mall Seri Intan, Bandar Teluk Intan
Jalan Changkat Jong
Teluk Intan, Perak
Betl2 dalam Giant tuh. Pendek kata, kalau jumpa Giant makan akan terjumpa jugaklah dengan Big Pot nih. Opposite Sushi King.
Lepas makan, sambung shopping. Tapi, bukan kat Giant, kat Teluk Intan terus. Dapat backpack within 65 hengget. Kaler harus oren. Heh3...
:: Like3, ek! ::
No comments:
Post a Comment