*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)
Hari Jumaat lepas punya cerita kot...
Bosan sangat dah sebab asik2 makan kat kedai / tapau je kan... Sampai dah boleh hafal menu2 yang available kat satu2 kedai tuh. So, ah kak amik keputusan nak masak je la untuk lunch. Lunch hour di hari Jumaat kan lama dari biasa. Masak yang simple2, confirm sempat sangatlah!
Bahan2:-
3 ekor ikan termenung (disiang & dicuci bersih)
1 biji tomato (dibelah 4)
7 batang kacang bendi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
5 helai daun limau purut
5 biji cili padi
Air masak
Garam
Bahan2 Tumbuk:-
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Cara2 Penyediaan:-
1) Masukkan bahan2 tumbuk ke dalam periuk.
2) Masukkan air. Reneh dengan api sederhana.
3) Masukkan ikan termenung, serbuk kunyit & asam keping.
4) Masukkan daun limau purut & cili padi.
5) Perasakan dengan garam.
6) Masukkan kacang bendi & tomato. Masak seketika. Angkat & hidangkan.
~ Siap dah... Asam Rebus Ikan Termenung Aku Dah Bosan! ;P |
Ada lebih lagik 4 ekor ikan termenung. Aku goreng je. Lepas tu, buat cicah cili kicap. Nasik putih panas2 + asam rebus ikan termenung + ikan termenung goreng + cili kicap = Terbaheklah..!!!
:: Like3, ek! ::
No comments:
Post a Comment