SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, December 27, 2012

ASAM REBUS LIMAU PURUT IKAN TERMENUNG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Nak masak yang simple2 & berkuah. Asam rebus paling menepati kriteria kot. Sebab penyediaan bahannya tak remeh.

Jom masak! ;)

Bahan2:-

4 ekor ikan termenung (disiang & dicuci bersih)
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 helai daun limau purut
1 keping asam keping
7 tangkai daun kesum
1 biji timun (dibuang biji & dibelah 4)
Serbuk perasa
Garam
Gula
Air masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
3 - 5 biji cili padi

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan bahan2 tumbuk ke dalam periuk.
2) Masukkan air. Reneh dengan api sederhana.
3) Masukkan ikan termenung, serbuk kunyit & asam keping.
4) Masukkan daun limau purut & daun kesum.
5) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula.
6) Masukkan timun. Masak seketika. Angkat & hidangkan.

~ Asam Rebus Limau Purut Ikan Termenung. Sepatutnya pakai daun kunyit. Tapi, daun kunyit takde dalam stok. So, belasah je la pakai daun limau purut. Inovatip kata ko! He3...

Sonang, sehhh..!!! ;)

Eh, tercakap loghat Singapore la pulok! Owh... Abang Aaron Ajis... Ha3...


:: Like3, ek! ::



6 comments:

Unknown said...

macam sedap jer resepi ni..sebut asam kuar liur hehehe

Carlos Santiago said...

bleh try

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

MaMa Rey,
cuba, try, test! he3..

oo.. peminat makanan masam2, ek?

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Carlos Santiago,
sila2.. ;)

MiZ Rayy said...

sedap nie.. blh try nnti.. :)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

MiZ Rayy,
sila2.. wat lauk lunch plg t'baekk.. kot!

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google