SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, December 4, 2012

FAREWELL ROS

Entry kenangan...

Kenangan terakhir dengan Ros. Kitorang dah plan nak buat majlis farewell khas untuk Ros. Well... permohonan transfer Ros kan dah diluluskan. Dapat transfer ke SKM Selangor. So, di hari2 terakhir Ros bertugas kat opis aku yang comel nih, kitorang nak la jugak buat majlis perpisahan...

Caranya tak lain tak bukan adalah dengan acara makan2. Owh... ah kak like sangat2! He3...

~ Emcee of the day... Encik Selvam. Dia Indian. Tapi, rupa paras takde nak Indian sangat. Kalau dia mengaku dia orang Melayu pun rasanya orang akan percaya. Fasih pulak tuh berbahasa Melayu! Takde pelat India langsung, ok..!


~ Ucapan dari Encik Boss. Terbaekkk... ucapan Encik Boss! Harap2 markah SKT akan meningkat secara drastik dengan pujian melambung2 nih. Ha3... 

~ Bacaan doa daripada Encik Amir. Semoga majlis diberkati. Aminnn...

~ Tisu catering pun aku nak jaja jugak. He3... Tapi kan, kitorang tempah caterer kat Teluk Intan je. Apa kes pulak tisu dia dari Rest House Gerik? Confuse ah kak tau!

Ucapan sorang2 untuk Ros dibatalkan sebab memasing dah meleleh2 air liur tengok menu yang terhidang kat atas meja. Plus, kitorang dah wakilkan Encik Boss untuk sampaikan ringkasan speech kitorang. Cewwah! Dan2 tu, noks..! Ha3...

~ Mana tak menahan kalau udang galah bersepah2 kat atas meja kan... He3... Yang ni udang galah goreng pedas. Sodap!

~ Udang galah lagik! Tapi, yang ni udang galah masak lemak cili padi pulak. Sodap jugak!

~ Siakap 3 rasa.

~ Telur dadar.

~ Tomyam campur. Ada ball2 lagik..! He3...

Syiok giler meratah udang galah. Nasik aku amik 1/2 senduk je. Udang galah amik berekor2. Sampai penuh 1 pinggan lain yang aku khaskan untuk bubuh kulit udang galah. Diorang sambil makan sambil sembang. Aku pulak tak dan dah nak bersembang. Makan terus2-an! Ha3...

Majlis farewell Ros ni 2 hari tau! Berturut2! Hari 1st tu kitorang yang plan. Hari kedua tu Ros ngan aku yang plan. Ros nak jamu kitorang something sebelum berpisah. Aku pulak tumpang jamu pulut kuning sempena belated birthday. Heh3...

Hari pertama, semua pakai baju korporat biru. Encik Boss je pakai baju kuning sebab kami sengaja nak bagi dia nampak lain. Kira macam nak differentiate sikit la daripada kitorang. 

Hari kedua, temanya adalah oren. Semua pakai oren sekali dengan Encik Boss. Tak nak different2 katanya... He3...

Seperti biasa, hari kedua pun ada acara makan2. Acara wajib! Heh3... Menu: nasik impit, kuah kacang, rendang ayam, pulut kuning & kurma kambing. Hebak tak? Hebak tak? ;P

~ Lepas makan, ada acara penyampaian hadiah. Hadiah pertama daripada kitorang semua untuk Ros.

~ Hadiah kedua... pun daripada kitorang semua jugak.

~ Hadiah individu daripada Encik Fadzil.

~ Encik Amir kasik angpau 50 hengget kat Ros. Wah, kaya3!!! He3...

Lepas tu, semua pakat touch up sebab nak berphotoshoot kat luar opis. Sporting semuanya. Thumbs up untuk korang... ;)

~ Yang kat tengah pakai putih sorang2 tu adalah orang koperasi. Kebetulan dia datang masa tu kan... Kira macam langkah kanan la. 

~ Siapa yang paling gediks? Ahaks3...

Alhamdulillah... majlis farewell Ros berjalan lancar seperti di rancang. Even lagik meriah kot... He3...

Walaupun Ros dah selamat bertugas kat SKM Selangor tapi, persahabatan selama lebih kurang 4 tahun dengan dia takkan aku lupakan sampai bila2. Friendship forever, bebeh!

Owh... tetiba rasa syahdu pulak. Tsk3... 

Takde dah geng nak bergossip. Erkkk!!! ;P


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google