SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, December 13, 2012

IKAN MASIN KACANG BUNCIS SAP2 SOI

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Ini namanya memasak dalam keadaan kelam-kabut & tersangat la memerlukan kepantasan sebab masak time balik lunch hour. Aci pikir secara spontan berdasarkan apa yang terselongkar dalam frdige. 

Wah, macam peti saji misteri Masterchef Malaysia la pulak! Ha3...

Bahan2:-

1 ekor ikan duri masin (dipotong)
5 - 7 batang kacang buncis (dipotong)
1 tangkai cili merah (dihiris serong)
1 biji bawang besar (dihiris)
Minyak masak
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng ikan duri masin hingga separa garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis cili merah & bawang besar hingga naik bau.
3) Masukkan kacang buncis. Kacau rata.
4) Tuangkan sedikit air masak sekiranya terlalu kering. 
5) Masukkan ikan duri masin yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Ikan Masin Kacang Buncis Sap2 Soi. ;P

~ Lauk tambahan adalah sambal telur hancur. Pekena dengan nasik panas2... owh... terangkat, bebeh! ;P

Tak sampai 10 minit dah siap. Sajian pantas kan? ;)

Plus, kalau rasa nak mengkelam-kabutkan diri time lunch hour, boleh la try masak lauk nih. He3...


:: Like3, ek! ::



4 comments:

Asrul "iLham" Sany said...

masak simple2 la yg paling sedap kannnn :)

mau abis dua tiga pinggan :)

mie said...

tiba2 rasa lapar la pula..
ehehehehe

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Asrul "iLham" Sany,
aah. betul3!! yg simple la lagik bnyk kali tambahnye. he3..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

mie,
ooppss! ya ampon! hiks..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google