*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)
Nak masak yang simple2 & berkuah. Asam rebus paling menepati kriteria kot. Sebab penyediaan bahannya tak remeh.
Jom masak! ;)
Bahan2:-
4 ekor ikan termenung (disiang & dicuci bersih)
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 helai daun limau purut
1 keping asam keping
7 tangkai daun kesum
1 biji timun (dibuang biji & dibelah 4)
Serbuk perasa
Garam
Gula
Air masak
Bahan2 Tumbuk:-
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
3 - 5 biji cili padi
Cara2 Penyediaan:-
1) Masukkan bahan2 tumbuk ke dalam periuk.
2) Masukkan air. Reneh dengan api sederhana.
3) Masukkan ikan termenung, serbuk kunyit & asam keping.
4) Masukkan daun limau purut & daun kesum.
5) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula.
6) Masukkan timun. Masak seketika. Angkat & hidangkan.
~ Asam Rebus Limau Purut Ikan Termenung. Sepatutnya pakai daun kunyit. Tapi, daun kunyit takde dalam stok. So, belasah je la pakai daun limau purut. Inovatip kata ko! He3... |
Sonang, sehhh..!!! ;)
Eh, tercakap loghat Singapore la pulok! Owh... Abang Aaron Ajis... Ha3...
:: Like3, ek! ::
6 comments:
macam sedap jer resepi ni..sebut asam kuar liur hehehe
bleh try
MaMa Rey,
cuba, try, test! he3..
oo.. peminat makanan masam2, ek?
Carlos Santiago,
sila2.. ;)
sedap nie.. blh try nnti.. :)
MiZ Rayy,
sila2.. wat lauk lunch plg t'baekk.. kot!
Post a Comment