Wednesday, January 11, 2012

AKSI CANDID TERLAMPAU (ACT) #15: MAKAN TAK HENGAT..!!!

*Slot Aksi Candid Terlampau (ACT)

Amekaw! Berderet2 entry Slot ACT! Al maklum la... nak qada untuk bulan lepas yang termiss & bulan ni yang sepatutnya bersiaran minggu lepas.

Owh... asik termiss je ah kak nih! Tak menepati waktu siaran slot betul! Sekeh kepala sendiriklah! Adeh3...

Hokaylah! Rentikan membebel disebabkan keterlupaan sendirik. Meh focus kat ACT seterusnya.

Jeng3.......!!! Nak jugak sound effect..! ;P

~ Entry sebelum ni, Mak Lang yang kena. Kali ni, Pak Yang pulak. He3... Khusyuk betul Pak Yang makan! Ni namanya Makan Tak Hengat..!!! He3...

Rasa2 kalau mak mertua lalu, Pak Yang terperasan tak? He3...

Berapa mintang nak kasik nih?

:: Like3, ek! ::



AKSI CANDID TERLAMPAU (ACT) #14: CIUM HARUAN..???

*Slot Aksi Candid Terlampau (ACT) 

Takmo cakap banyak. Mari kita tengok siapa yang kena..!!! Wee hooo..!!!

~ Ini Mak Lang aku yang dah kekurangan kerja. Boleh ikan haruan pun nak diciumnya..!!! Hu3...
Takde paksaan, hokay! Tapi, Mak Lang sendirik yang offer diri suruh snapkan gambar macam tu. Saja untuk suka2 katanya...

Sporting kan? ;) Errr... rating + mintang2, please!


:: Like3, ek! ::



KONON2 HI-TEA...

Balik dari rumah mertua lepas kenduri akikah Qistina, terus ke Bandar Baru. Takde apa hal pun. Just nak menjamu selera. Konon2 hi-tea. ;P

~ Menjamu selera kat Reena's Kitchen buat ke sekian kalinya...

~ Laju2 order makanan & laju2 makan! Eh! Baca doa makan dululah! Nanti kalau tak baca, setan join makan sekali pulak! ;P

~ Seni warna air namanya nih. Hiks...

~ My 'sayang' makan roti pisang. Aku cuit sikit, nak merasa. Tak boleh blah la! Manis, owh..! Not my type kot...

~ Aku pulak makan maggi kari lagik..! Apsal ntah semenjak 2 menjak ni asik addicted kat maggi je?! Musykil ah kak tau! Isk3...

Roti pisang + air bandung soda ngan maggi kari + apple juice untuk hi-tea. Kira aci la kot, ek? He3... 


:: Like3, ek! :: 


KENDURI AKIKAH QISTINA

Seperti biasa, kalau ada kenduri2 di rumah mertua, harus la kena ringan2 tulang menolong apa2 yang patut kan...Sepatutnya, pagi2 lagik dah kena 'turun padang'. Tapi, biasa la... ah kak kan menantu hantu kata ko! Masuk2 dapur je tengok, eh... macam dah separa siap je kan... Adeh3...

Tercarik2 jugak apekemendenya yang nak dibuat lagik?! Tetiba, my MIL suruh sebatikan pes kari ngan pes cili kisar. Owh... kojo sonang yo tu... He3...

Lepas tu, simpul2kan daun kari. Lagik la sonang! ;P

Basuh2 pinggan, masak air, basuh2 pinggan lagik, masak air lagik... Errr... kira aci la tu kan? Hiks...

~ Dalam pukul 10.45 a.m, aku tukar baju. Pakai baju kurung & make over la sikit2. Kasik berseri. Ecewah! He3...

~ Dah siap! Amik gambar dulu, nak masuk dalam blog, buat kenangan. Hiks...

Alhamdulillah... kenduri akikah Qistina berjalan lancar. Tumbang sekor kambing, worth dalam 600 hengget, siap sembelih + potong + cuci bersih. 

Reasonable tak?


:: Like3, ek! ::



MOH KE BENDANG KITA...

Aktiviti weekend ah kak kali ni adalah balik kampung, rumah mertua sebab ada kenduri akikah Qistina. Kenduri hari Ahad. Petang Sabtu balik kampung.

Lepak2 kejap sambil borak2 dengan mertua & adik2 ipar then, my 'sayang' ajak pergi Langkap sebab nak beli tingkap rumah mak kat hardware. Bawak Qistina sekali. Tapi, takde la pulak tingkapnya..! Habis stok. Dalam 2-3 hari baru stok sampai. Postpone lagik la projek merenovate dinding rumah mak. Hu3...

Dalam pukul 6.30 p.m, my 'sayang' kata nak tengok air kat bendang dia. Ah kak ikut sekali, dowh..! Naik scooter, singgah dari bendang ke bendang sambil menghirup angin petang. He3...

~ My 'sayang' nak bukak air ke nak tutup air ntah?! Lupa lak ah kak. Well... instead of main profesion sebagai kontraktor, my 'sayang' pun ada usahakan bendang jugak. Rezeki sampingan kata ko! ;)

~ View yang aku snap secara main2 & suka2. Bila tengok balik, nampak santeklah! Santek tak? Santek tak? ;P

Belah malam, kami keluar jugak. Tujuan utama adalah nak amik facial cleanser ngan tudung yang tertinggal kat rumah. Tujuan tak berapa utama pulak adalah nak menyinggah kat pasar malam. Beli air cincau ngan bebola ayam, ketam & sotong bbq. Sodap, owh..! Terkenang2 sampai sekarang! Terus rasa hari2 nak ada pasar malam! ;P

Pusing2 Teluk Intan kejap then, singgah Fazari Maju, konon2 nak supper la... Asal singgah kedai makan je ah kak jadik lapor! Asal lapor je, singgah kedai makan! He3... Terus order maggi kari.

Errr... maggi kari tu samadengan kategori supperkah? ;P


:: Like3, ek! ::



Tuesday, January 10, 2012

MURAHNYA HATI KAMU, OWH..!

Esok pagi kan... ada orang yang bermurah hati nak belanja Mc-dlah! 

Makanya, berbreakfast dengan 'M Besor' la ah kak esok.

Owh... la2, bebeh! ;P

Kalau terror, cer teka siapa? Cer teka... Cer teka... ;P


:: Like3, ek! ::

HAI!!! SENANGNYA DALAM HATI... LA3...

Hari Jumaat lepas...

dari pagi aku dah menggediks2 mintak dibawak jalan2. Macam la cuti! Kerja, dowh..!

Hokayla2... Pergi kerja dulu then, belah petang baru jalan2. Alaaa... bukannya jalan2 ke mana2 sangat... Just pusing2 Teluk Intan, beli barang, makan2 then, jalan2 ke Langkap, keluar Sungai Manik, masuk Teluk Intan & balik rumah. Sengaja menghabiskan minyak kereta kata ko! He3...

Memula, beli minyak hitam kereta. Lepas tu, tetiba lapor! Ecewah! Tetiba, hokay! He3... Terus terjah Gerai Sate Wak Teni kat Bumbung Biru.

~ Muka dah kembang setaman pun belasah makan jugak! Haish!

~ Makan sate & gado2. Gambar gado2 je sempat snap. Gambar sate tak sempat sebab dah kebulur. He3...

Lepas makan, sambung jalan2 tanpa tujuan. Dari Teluk Intan-Langkap-Sungai Manik-Teluk Intan-balik rumah. Best! ;D

Balik rumah dengan hati senang. Ehem2! Kejap, ek! Nak berpantun macam Osbon kejap. ;P

Gendang-gendut tali kecapi...

Errr... cer sambung... Cer sambung... 'Hai senangnya dalam hati... La3...' Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



CARA TRADISIONAL MENGURANGKAN SUHU BADAN KETIKA DEMAM

Memandangkan sekarang ni aku rasa adalah musim demam sebab sana-sini aku dengor orang demam makanya, aku nak share la sikit petua/ubat tradisional yang boleh diamalkan kalau diri sendirik/orang di sekeliling kita demam.

Alah..! Kojo sonang yo..!

Let say, tetiba suami/isteri/siapa2 la yang berkenaan demam, suhu badan panas, of cos la korang bawak pergi jumpa doktor kan... Kasik makan ubat & rest. 

Sementara dia baring2 rest tu, korang petik la beberapa tangkai pucuk daun bunga raya, cuci bersih2, bubuh dalam mangkuk/besen kecik then, ramas2 sampai lendirnya keluar. Dengan menggunakan tangan korang yang mulus macam tangan ah kak nih (wah..! Nak jugak! Hiks...), tepek2kan air lendir pucuk daun bunga raya tu kat kepala orang yang demam. 

Kena buat banyak kali la. Means, asal kering je, bubuh balik! Asal bubuh balik je, kering! He3... Begitu... 

~ Daun bunga raya. Amik pucuk dia je tau! Jangan pulak ko tebang ngan batang2 pokoknya sekali! ;P


Sebab katanya, pucuk daun bunga raya ni boleh membantu mengurangkan suhu badan secara natural. Ubat2-an moden pun amik, ubat tradisional pun amalkan jugak. Plus, dulu2 mana la ada sangat ubat2 moden. Nenek moyang kita dulu bergantung pada isi alam semulajadi macam tumbuh2-an je untuk cure penyakit. Takde chemical, memang 100 %  natural!

Sharing is caring kan... ;)


Like3, ek! ::

KENANGAN MENGUSIK JIWA (KMJ): SELEPUNG TEPUNG GOMAK!

*Slot Kenangan Mengusik Jiwa (KMJ) Bulan Januari 2012

Slot yang sepatutnya bersiaran minggu lepas tapi, dibawak ke minggu nie. Alah! Redah je la, ek? ;P

~ Dari kiri: Abang, mak & kakak. Duduk kat depan tu dah tentu2 la aku kan... Masa kakak & abang aku khatam Al-quran ni. 

My 'sayang' memang tak boleh blah tengok gambar kat atas tuh! Sebab dia kata muka aku 'unik'. Ye la tuh! Unik la sangat... Aku tau la muka aku selepung macam kena tepek dengan tepung gomak! Sadis! Tsk3...

Dulu, ada 1 bedak yang aku rasa macam popular la. Mak & kakak aku pun pakai bedak tu jugak.

~ Macam ni la rupa paras bedak tuh. Kami panggil bedak ni as bedak batu. Maybe  sebab dia berketul  & keras macam batu kot.

*Credit to: cintaiallah

Aku pun poyos, percaya la kononnya kalau pakai bedak batu ni secara over, effectnya akan sama dengan gambar amoi Cina kat penutup bedak tuh. Tak sedar diri masa tuh muka hitam sebab suka berjemur main panas. Bila tepek bedak pulak suka bubuh over2 & tak rata langsung! Terus jadik macam... ya ampon..!!! 

Tapi, ada aku kesah..??! Masa tu la aku tak kesah! Sebab aku bajet kiut habis dah! Ha3...

Korang kesah tak ngan 'kekiutan' wajah ah kak tuh? ;P


:: Like3, ek! ::



ASAM PEDAS BEST & KAWAN BARU MAK

5 Januari 2011... aku bawak mak ke hospital lagi sebab mak ada appointment dengan physiotheraphist. Ke mana lagik kalau bukan ke Jabatan Fisioterapi.

Petang Rabu, aku amik mak. So, mak tido 1 malam la kat rumah aku. Dinner, seperti biasa cam rasa nak bawak mak makan kat luar/tapau je. He3... Tapi, cancel sebab tetiba mak kata nak masak. Mak terjumpa stock ayam katanya masa selongkar2 fridge. ;P

Mak nak masak asam pedas pulak tuh! Perrgghhh..!!! Belum apa2, aku dah terbayangkan asam pedas ayam air tangan mak. Owh... nom3!!!

~ Sap2 soi je semua lauk2 ni dah terhidang kat atas meja! Paling tak menahan, dah tentu la asam pedas ayam tu kan...

Makan sambil borak2... tau2 je dah kenyang! He3... Thank you, mak... I lap you lah! ;P

Hokaylah! Bercerita pasal appointment fisio mak pulak, well... everythings went well... Ecewah! Skipping London la pulak! He3...

~ Mak siap jumpa kawan lama & dapat kawan baru lagik! Yang makcik pakai tudung tengah toleh ke belakang tu samadengan kawan lama mak. Yang auntie short hair tu samadengan kawan baru mak. ;)

Pssttt2!!! Mak pakai baju baru tau! Promo2! Hiks...

So far, mak dah boleh angkat tangan merangkap bahu yang sakit tu tinggi dari sebelum ni. Means, 1 perubahan yang positif la... 

Alhamdulillah... 


:: Like3, ek! ::



DIA DEMAM... DIA DEGIL...

My 'sayang'baru baik dari demam. Thank God sebab bukan demam teruk sangat. Means, still boleh bangun & bab makan pun takde masalah! Sampai confuse ah kak tau, 'demam ke tidak suamiku nih?' Ha3...

My 'sayang' start demam hari Isnin (2 Januari 2012). Dimukadimahkan dengan flu. Just telan Panadol Soluble je. Esok paginya macam dah kebah sikit. Tapi, aku suruh jugak rest kat rumah.

Tetiba dapat phone call, my 'sayang' kata nak ke Klang sebab Angah Utin (2 pupu my 'sayang) meninggal. My 'sayang' pergi dengan my MIL, abah & Anjang je. Aku tak dapat pergi sebab ada kerja urgent yang nak kena submit hari tu jugak! Nak pass kat Hafiz pun tak boleh sebab dia cuti sakit. Musim demam kot sekarang ni kan?

Malam, dalam pukul 9 ++ p.m, baru my 'sayang' balik. Suhu badan dia panas betul! Terus ajak pergi klinik.

~ Ni doktor yang merawat malam tu.

~ Suhu badan my 'sayang' cecah 38 ko!

Itu pun memula takmo pergi klinik sebab konon2 nak demam tu baik secara natural la...Takde maknanya! Lepas kena tarbiah dengan aku & mak, baru bersetuju nak ke klinik. 

Demam tapi, degil! Haish!


p/s: Kesah 'pemergian' Angah Utin aku share kat entry lain, ek?!


:: Like3, ek! ::



Monday, January 9, 2012

0NE KITCHEN RESTAURANT

Suatu petang yang damai...

ecewah! Macam lagu XPDC pulak! Hiks... Sebenornya nak cerita yang 1 petang tu, aku, my 'sayang' & mak jalan2 carik makan. Memula, dah pening dah sebab tak tau nak makan kat mana?! Buntu sekejap!

Last2, aku macam teringat yang kat Bandar Baru ada 1 restoran makanan Melayu & Thai yang kami belum pernah terjah. Aku suggest makan kat situ & cadangan diterima.

~ Nama restoran adalah One Kitchen Restaurant. Actually, dulu kat sini adalah cafe. Sutera Mahligai namanya. Tak taulah sama ada ni penjenamaan semula/dah tukar owner?! Wallahualam...

~ Muka tengah confuse nak pilih menu. He3...

~ Mak pun confuse gak nih! ;P

~ Masa ni, my 'sayang' dah start kena flu. Tapi, tetap gigih jugak nak makan! Bagus! ;P

~ Aku makan bihun sup. Sodap, owh..!

~ Kueteow kerang untuk my 'sayang'. Pun sodap jugak kata my 'sayang'.

~ Bihun tom yam pilihan mak. Mak kata sodap!

Memula nervous2 jugak sebab 1st time try kan One Kitchen Restaurant nih. Nasib baik sodap! So, boleh terjah lagik lepas nie. Wee hooo..!!!

Kalau korang makan kat sesebuah restoran tu kan, tetiba tak sodap, rasa hampeh bagai... tapi, restoran tu cun, best, siap ada air-cond lagik... korang terjah lagik tak untuk kali ke-2 & seterusnya? Means, korang mementingkan kesodapan & service ke/'rupa paras' restoran tuh?

Kalau aku, of cos aku pilih kesodapan & service. Lagik 1, bersih. Penting sangat kot. Tempat yang biasa2 pun takpe. Takde hal!


:: Like3, ek! ::



5 ACCIDENTS/DAY!!!

Ingat lagik tak dengan entry Pertunangan Dadi dan Haini? Kalau tak ingat, boleh la click balik kat sini, ye! Mengimbau entry kata ko! ;)

& korang masih ingat lagik tak dengan berita pemergian arwah Dadi? Kalau tak ingat jugak, boleh la click kat sini.

Dah takde jodoh untuk Dadi & Haini ke jinjang pelamin kan... Redha je... Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan... Kita hanya merancang tapi, Allah yang menentukan segala2nya. Plus, hanya Allah yang tau apa yang terbaik untuk hamba2-Nya...

~ Disebabkan tu jugaklah, aku, my 'sayang', my MIL & abah ke Selama. Bukan nak memutuskan sebab istilah tu tak berapa sesuai kot. Tapi, lebih kepada menyelesaikan secara baik...

~ Dah lama kot tak pakai tudung nih. Pergi opis memang jarang pakai. Harap pakai time berjalan2 je la. Tak taulah kenapa?! Bukan faveret sangat kot.

On the way pergi memang traffic smooth je. Takde masalah. Cuaca pun ok walaupun macam mendung2 sikit. Tapi, tak hujan. Redup gitu..!

Singgah R&R Gunung Semanggol sebab abah lapor. Aku ngan my MIL makan maggi goreng. Tak kick pun... Biasa la... R&R kan... Hu3...

Pukul 1 p.m sampai rumah parents Haini. Sembang2 kejap then, diorang jamu makan tengahari. Lauk memang marvellouslah! Nasik putih, ayam goreng, ayam masak lemak, sambal belacan, kari ikan, ulam2-an & ikan goreng. Tak cukup dengan tu, diorang jamu pulak dengan buah2-an tempatan macam rambutan ngan durian. Owh... memang santaklah perut!

Perbincangan rasmi pun dah dibuat. Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan baik. Pukul 2 ++ p.m, kami mintak diri nak balik.

~ Perjalanan balik tak macam perjalanan datang sebab masa balik jalan jemm. Nampak tak kenderaan yang berderet2 tuh? Dah la hujan. Lagik la kena slow2 kan...


~ Rupa2nya ada accidentlah! Sebab tu traffic slow. Bapak polisi pun ado!

Bukan 1 tu je tau accident yang kami jumpa sepanjang perjalanan balik. Tapi, totally 5 accident! Semuanya di lokasi berlainan la... & semuanya melibatkan kereta. Kalau tengok keadaan kereta tu, boleh la dibuat kesimpulan ada accident yang teruk & ada yang biasa2 je.

Punca sebenor tak tau lah kan... Tapi, maybe sebab faktor kelajuan melampau dengan keadaan jalan yang basah sebab hujan lebat. Wallahualam...

Terus aku remind my 'sayang' suruh berhati2. Plus, tak perlu nak rush. Bukannya nak kejor apa pun kan... 

Akhir kata, berhati2 la di jalan raya. Ingat orang tersayang. 


:: Like3, ek! ::



MEMBACA DOA MAKANLAH KAMI...

Suatu hari... kat opis...

Ros datang kat tempat aku & hulur 2 cards Marrybrown. 1 student card & 1 lagik kad discount. Dia dah takmo redeem keistimewaan kad tu dah katanya sebab nak lebih focus kat balik kampung jumpa suami. Al maklum la... Ros kan weekend wife...

Dengan berbesor hati aku amik dua2 kad tuh! Wee hooo..!!!

~ Student card tu untuk dapatkan 3 set yang tertera kat kad tuh dengan hanya 5 hengget. Discount card tu pulak untuk dapatkan 10 % discount.

~ Kami gunakan kad2 tuh untuk Tower Burger...

~ Set #3 yang ada fries ni...

~ & seketul ayam.

Tapau je pun... Jalan2 pusing Teluk Intan kejap then, singgah Marrybrown untuk menapau. Sampai rumah, bukak Japanese table & membaca doa makanlah kami... Nyum2..!!! ;D

Eh! Kalau korang ada kad2 yang seumpamanya tuh, jangan segan2 nak courier kat ah kak, ek? Ha3...


:: Like3, ek! ::



SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG...

Bila aku berdepan masalah...
I've a shoulder to cry on...

Bila aku rasa happy...
I've somebody to share with...

Bila aku dalam kesakitan...
I've a 'doctor' as a 'medicine'...

~ & bila aku malas masak... I've an 'excellent chef' that make nasik goreng cili kering for me! ;D

'Shoulder... somebody... doctor... & chef' tu lah suami kesayangan saya..!!! 

Semakin hari semakin sayang kata ko! Ahaks3... 


:: Like3, ek! ::


Sunday, January 8, 2012

ZIARAH 'ATUK KOLONEL'..??!

Dah lama jugak kot tak menjamu selera kat KFC. Kesian kat 'Atuk Kolonel' sebab aku tak ziarah dia. Ngeh3...

Errr... ye ke? Ke aku yang rasa lama, padahal asik2 makan kat KFC je? 'Atuk Kolonel' tu pun dah jemu kot tengok muka aku! ;P

Tak kesah la kan... Janji bahagia. ;)

~ Tarikh & masa kejadian adalah samadengan pada suatu hari selepas balik kerja.

~ My 'sayang' ajak makan then, tanya aku nak makan kat mana?! Well... tekak ah kak ni kan tekak KFC. Maka, ke KFC la jawabnya kami..! ;P

Sodap betul rasanya makan petang tuh. Ditambah pulak dengan angin sepoi2 bahasa... eh, tak... bukan angin tapi, air-cond sepoi2 bahasa... he3... fuh! Memang tak terasa ayam tu dah tinggal tulang! Kat luar pulak hujan renyai2... lagik la dengan tulang2 tu kena ratah! Ha3...


Lepas makan, terus balik rumah. Malam tido dengan sangat lena sebab 'tangki' dah diisi dengan sempurna! ;)

Owh... 'Atuk Kolonel'... La3...


:: Like3, ek! ::



RINDU BANGET, DONG! ;P

Badan lenguh tapi, gigih jugak nak berblogging! Semangat kata ko! Ngeh3...

Baru balik dari kampung, actually. Rumah mertua. Pukul 7 p.m tadi sampai rumah. Owh... home sweet homelah! Rindu banget, dong sama rumah! Hiks...

Siang2 lagik my 'sayang' dah mintak permission nak chop remote & tv sebab nak tengok bola pukul 9 p.m nanti. Ikutkan hati, macam nak osom je sebab ah kak nak tengok Keeping Up With Kardashians. Faveret, bebeh! Tapi, sebagai isteri mithali... cewah... ha3... takpe la... ah kak kasik chance la... Plus, rasa macam nak focus kat bloglah malam ni. ;)

Semoga my 'sayang' happy menengok tv... Jangan tv yang tengok dia, sudah! He3...


:: Like3, ek! ::

Saturday, January 7, 2012

1... 2... 3... SENAM LAGI..! ;P

Rutin senaman mak kat Jabatan Fisioterapi masih berjalan ikut jadual yang dah ditetapkan. Seperti biasa, tugas aku adalah bawak mak ke hospital.

Owh... lupa nak bagitau. Ini kesah appointment mak pada 22 Disember 2011. Terbasi sikit tapi, ada aku kesah??! Nak jaja jugak! ;P

~ Bilik tempat mak buat senaman tu namanya Bilik Elektro. Peneman pesakit tak dibenarkan masuk apatah lagik nak menjenguk2. Siap bertirai2 lagik ko! Isk3... private betul! Bila ada staf yang keluar masuk Bilik Elektro tuh maka, terbukaklah sikit tirainya. & makanya, boleh la nampak sikit mak yang tengah bersenam (tengok arrow).

~ 1... 2... 3... senam lagi..! Ewah..! ;P

Best pulak bila dengor mak cerita pasal senaman tuh. Pakai bola la... tongkat la... tali skipping lagik... Teruja ah kak tau! Terus terbayang poco2! Eh! ;P


:: Like3, ek! ::



BEG MAKE-UP

Suatu hari, masa tengah gigih nak bermake-up nak pergi kerja, masa nak bukak zip beg make-up tuh, ternampaklah aku akan keuzuran beg make-up tersebut... Alah! Dah koyak, derrr..! Sedeh!

~ Ini la beg make-up yang dimaksudkan. Bukan cap Louis Vuitton mahupun Chanel! Yang biasa2 je... sebab ah kak bukanlah bergaji besor berkepuk2 macam Tok Ti sampai nak pakai Louis Vuitton segala... Ukur baju di badan sendirik, hokay!

~ Nampak tak bahagian yang koyak tuh? Alaaa... yang ada arrow tu, haaa... Quite besor jugak la... Walaupun cap ayam tapi, tempoh perkhidmatannya melebihi 5 tahun tau! Sila kagum sambil angguk2 kepala, ye anak2..! ;P

& keesokan harinya, my 'sayang' offer untuk shopping beg make-up baru. Wee hooo..!!! Prihatin betul! I lap you lah, bebeh! La3...

~ Hasil penyopingan, mendapat la beg make-up ni... Nak carik kaler purple tapi, adik yang jaga kiosk tu kata nan ado! Sentapahkaktau! Hu3... Malas dah nak survey2 kaler purple, rembat jer la apa yang ada. Kaler shocking pink terus!

~ Yang ni pulak beg make-up untuk mak. Senang kot kalau mak nak travel pergi mana2, bubuh segala apa yang patut kat dalam beg comel nih. Then, masuk dalam handbag. Nak carik pun senang. Kalau tak sebelum nie bersepah2! Sikat kat sana, bedak kat sini, deodorant kat sinun... Bila tak jumpa/tak ingat kat mana letaknya, terus pening! Haish!

Well... beg make-up aku yang koyak tu, aku still simpan. Tak sampai hatilah nak buang. Tapi, tak tau la pulak nak buat apa kalau simpan?! Hmmm... maybe buat kenang2-an je kot.

Beg make-up shocking pink aku dah start guna. Comfy jugak la... & banyak compartment which is very good! Aci pejam mata pun boleh carik alat make-up. Ecewah! Over tau! He3...

So far, mak suka beg make-up tuh.Kaler tu pulak adalah pilihan my 'sayang' sebab kaler light coklat tu sesuai untuk makcik2 katanya... 

Hmmm... ye ke?


:: Like3, ek! ::



Friday, January 6, 2012

M BESAR... M BESAR... BUKAN WANG BESAR, EK!

Buat ke sekian kalinya, aku & my 'sayang' mendating lagik... Biasa la kan... tak sah kalau mendating tanpa acara makan2. Ke mana lagik tempat dituju kalau bukan ke 'M Besar..!'

Wee hooo...!!! ;D

~ Santapan kami malam tu di M Besar... Fries, cold drinks, prosperity & cheese burger sampai 2 bijik! Giler tamak haloba kata ko! Hu3...

~ Memek muka nie takde kaitan dengan mood, ye anak2..! Saja je nak ngetest muka garang... Garang tak? Garang tak? He3...

~ Hokayla... Senyum la sikit... Kasik sweet! Ecewah! Ha3...

~ Jelingan makrifat! Ha3...

Alkesahnya,memula memasing nak makan cheese burger je. Tapi, bila nampak prosperity, terus gediks nak jugak! Padahal sebelum ni tak minat pun sebab kes nih. Tetiba je macam nak try balik. & tetiba jugak jadik sodap! Terpikat, bebeh! 

Berebut2 nak makan prosperity! Sudahnya, cheese burger terpaksa ditapau sejibik. Owh... kesian cheese burger tuh... ;P

Errr... tengok tempat jugak, ek prosperity nih? Means, kat sana tak sodap tapi, kat sini boleh pulak jadik sodap! Isk3... Confuse ah kak tau!


:: Like3, ek! ::



MEE GORENG TENTANG DHIA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Suatu hari, ah kak 'bertapa' kat dapur sambil pejam mata then, berangan nak jadik Masterchef! La3...

Bahan2:-

1 bungkus mee kuning (dicuci bersih & ditoskan)
1 sudu besar kicap
7-10 ekor udang (disiang & dicuci bersih)
2 keping tauhu lembut
1 pokok daun sup (dicincang)
1 pokok daun bawang (dicincang)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 cawan cili kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur ayam
1 pokok sawi (dipotong)
Minyak masak
Air masak
Garam
Gula

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur tauhu dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng tauhu hingga garing. Angkat & toskan. Tauhu goreng dibelah 6 setiap 1.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga pecah minyak.
3) Masukkan sos tomato, kicap & sos cili. Kacau rata.
4) Masukkan sedikit air masak.
5) Perasakan dengan gula & sedikit garam jika kurang masin.
6) Masukkan udang. Sebatikan.
7) Masukkan sawi. Masak hingga sawi sedikit layu.
8) Pecahkan telur ayam. Bila dah mengeras sikit, kacau hingga jadi telur hancur.
9) Masukkan mee kuning. Sebatikan. Masak seketika, angkat & hidangkan dengan tauhu goreng tadi, daun sup serta daun bawang.

~ Mee Goreng Tentang Dhia. He3...

Nama resepi jadik begitu adalah sebab tak puas hati dengan ending drama Tentang Dhia. Bab Zikir ngan Dhia mati tu aku macam boleh terima la... Tapi, bab Mommy Ku Salmi, Zetty, nenek Zikir ngan Rose yang tergantung tak tau apa jadik kat diorang tu yang tak boleh blah! 

At least, tunjuk la Mommy Ku Salmi tu jadik gila sebab Zikir mati ke... nenek dia pulak mati terkejut ke... Zetty terjun bangunan sebab mengandung anak luar nikah ke... Rose accident! Hah! Baru la nampak balasan perbuatan diorang! Huh! Emo ah kak tau!

Eh! Ni Slot KKBA ke slot meluahkan perasaan nih? ;P


:: Like3, ek! ::



K-POP..???

~ Muka manjas!

~ Muka buat2 comel, bajet kiut!

~ Muka blur2!

2 memek muka Baby Odah yang boleh buat aku rindu kat dia. Dah quite petah bercakap tapi, lambat panas. Kena lepak lama sikit ngan dia then, baru dia bukak mulut, bercakap macam bertih jagung! Macam2 yang dibebelkan! Soklan cepu emas pun... masyaallah! Sikit punya banyak, derrr! Sampai pitam aku nak jawab! Adeh3...

Paling tak boleh blah bila dia kita tanya macam nie...

"Kenapa rambut Baby serabai nie?"

& dengan muka selamba habis dia jawab macam nie...

"Nie rambut K-Pop..."

Adeh3... Tolongggggggggggggg........!!! Pitam sekejap! Mintak oksigen, please..! Nak kasik tangki dia terus pun boleh! Hu3...


:: Like3, ek! ::