Wednesday, November 30, 2011

NASIK GORENG SOTONG HALIA PEDAS KEBABOM!!!

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Jom main masak2, kawan2..! Hiks...

Bahan2:-

2 mangkuk nasi
1 mangkuk kecil Sotong Halia Pedas Kebabom!!! (Resepi ada kat sini. Bila dah masak, keluarkan asam keping)
Garam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Masukkan Sotong Halia Pedas Kebabom!!!, tumis sekejap.
2) Masukkan nasi. Sebatikan.
3) Perasakan dengan sedikit garam. Biarkan seketika dengan api kecil. Angkat & hidangkan.

~ Nasik Goreng Sotong Halia Pedas Kebabom!!! Actually, nie adalah resepi elakkan pembaziran sebab Sotong Halia Pedas Kebabom!!! tu still available & elok. Dari dibuang baik recycle buat nasik goreng.

~ Dihidangkan bersama dengan ikan sepat masin goreng yang diimport dari rumah mertua. 2 ekor tu cukup untuk my 'sayang' sebab aku memang tak usik langsung! 

Pesanan khidmat masyarakat: Elakkan pembaziran makanan! ;)


:: Like3, ek! :: 

MAKAN TIME HUJAN SAMADENGAN SORGA..!

Sekarang nie, petang2 selalu hujan. Kat tempat aku la kan... Kat tempat korang, tak tau pulak aku.

Macam petang semalam pun hujan jugak. Seperti biasa, musti la my 'sayang' yang amik balik kerja. Tu pun my 'sayang' terpaksa amik lambat sikit sebab stuck kat kantin Pejabat Daerah.

Alkesahnya... semalam my 'sayang' ada kerja undi untuk kontraktor. Lepas settle urusan cabut undi, sementara nak tunggu pukul 5 p.m tu, my 'sayang' melepak la dengan geng2 bas sekolah dia kat kantin Pejabat Daerah. Tetiba hujan lebat. Payung nan ado..! Tu yang stuck kejap kat situ tuh!

Nasib baik tak lama sangat stucknya. Pukul 5.20 p.m my 'sayang' datang jemput. Kalau tak, mau meroyan ah kak kat opis tuh!

Owh... meroyan sesadolah pulak! Bukan ke semalam baru jer berazam nak jadik isteri mithali lagik penyabor. Haish! Cabaran betul! ;P

Masuk jer dalam kereta, terus my 'sayang' tanya, 'Aaby 
lapor tak? Jom makan nak tak?'

& aku... of cos tak jadik nak meroyan!!! Ngeh3...

~ Wajah kesayangan hamba... Ecewah! Dan2 tu, noks! ;P

~ Kalau yang tadi samadengan wajah kesayangan hamba, yang nie pulak samadengan wajah kiut! Ha3...

~ Skill artistic sementara tunggu order sampai. Tetiba teringat kat Sabah... Owh... Kota Kinabalu... owh... Jesselton Point... owh... Sapi Island... owh3..!!!

~ Makanan dah terhidang. Tak jadik nak blues2 teringatkan Sabah. Kita makan duluuu..!!! He3...

Makan kat Mutiara Seafood lagik... Sodap pulak makan semalam. Sold out! Licin! 

Makan time hujan memang sorga kot... Kan3..??? ;P


:: Like3, ek! ::

Tuesday, November 29, 2011

TUESDAY PUN BLUES JUGAK..!

Musti malas nak buat kerja hari nie. Gerenti punyalah! Sebab dah 3 hari cuti straight kan... 

Owh3...

Kerja banyak tapi, malas nak buat... camno tuh? 

Tuesday blues betul! Hu3...


:: Like3, ek! ::

STOCK DINNER

Aku buat stock dinner. Eh! Dinner pun aci buat stock2 jugak ke? Owh... jangan salah paham... Nie bukanlah dinner yang heavy macam kari ayam/masak lemak cili padi ayam yang aku masak banyak2 lepas tu buat stock simpan dalam fridge. No3!!!

Stock dinner kat sini maksudnya, aku buat light meal contohnya macam sandwich. Buat banyak2, lepas tu simpan dalam fridge. Malam2, boleh makan. Secara tak langsung dapat la elakkan makan nasik time dinner yang mana aku rasa badan aku akan cepat naik berganda2 bila tak control pengambilan nasik.

Wah! Dah macam dietician pulak kekdahnya... Sila mahapkan keover-an ah kak, ye..?! He3...

~ Kelentang-kelentung kat dapur... & inilah hasilnya. Sandwich telur + daun salad yang dah ready nak dimasukkan dalam fridge. 

Buat dalam sebuku roti potong2 Gardenia tuh. Makan 1 set/dinner. Tapi, kadang2 kalau terover ghalit, boleh cecah jadik 3 set/dinner! Hadoiiyaiiinya pun!!! 

Lepas tu, insap balik. Cepat2 disiplinkan diri! Kembali dengan 1 set/dinner. 

Lagik 1, aku rasa macam nak mula minum susu Anlene balik. 1 set sandwich telur + daun salad dengan 1 mug susu Anlene untuk dinner. Nak jadikkan habit. 

Aku bukan peminum susu yang tegar! Sebulan minum, berbulan2 pulak tak minum. Tak konsisten betul! Tu yang nak konsisten & disiplinkan balik. Harap2 berjaya. Insyaallah...

Plus, susu kan elok untuk tulang. Membekal kalsium kata ko! Umur pun makin lama makin banyak, bukannya makin sikit. Sama jugak macam berat badan. Kalau tak control, memang makin banyaklah jugak. Hu3...

Wish me luck, ye..! Terima kasih... ;)


:: Like3, ek! ::

Monday, November 28, 2011

STICKY MODE ENTRY: NAK YANG BAIK2 JER... SALAM MAAL HIJRAH...

*This is a sticky mode entry. Please scroll down for new updates. Thank you.

1 Muharram datang lagik...

Alhamdulillah... Tuhan masih bagi aku peluang untuk bernafas, untuk aku menikmati hidup di kelilingi insan2 yang aku sayang, untuk aku perbaiki diri...

Syukur...

Terima kasih Tuhan di atas peluang yang Kau berikan...

Tahun baru, pastinya ada azam baru. Aku pun tak terkecuali. Nak tutup buku lama, nak bukak buku baru. Let bygone be bygone... Ecewah! Skipping Londonlah pulak! Hiks...

Hmmm... aku berazam untuk jadik seorang yang penyabar. Means, lebih sabar dari sekarang yang sememangnya susah betul nak bersabar! Asik nak hangen jer! Haish! Malu dengan diri sendirik! Hu3...

Aku berazam untuk lebih menghargai orang2 yang aku sayang. My 'sayang', mak, kakak, abang, abang ipar, kakak ipar, anak2 sedara... I do love you, guys...

Aku berazam untuk jadik isteri solehah. Pelan2... Insyaallah...

Aku berazam untuk dapat baby..!!! Semoga Tuhan berikan aku rezeki... Amin...

Banyak lagik sebenornya azam untuk tahun baru. Tu belum campur yang lepas2 yang still belum dapat direalisasikan lagik tuh! Pendek kata, nak yang baik2 jer semuanya... Kalau semua nak canang kat sini, mau sampai bulan depan pun tak habis kot. Hu3...

~ So, kepada semua muslimin & muslimat, walau di mana berada, aku nak ucapkan Salam Maal Hijrah. Semoga berjaya dengan azam2 baru yang korang harapkan. Insyaallah... ;)

Buang yang keruh, amik yang jernih tau! ;)


:: Like3, ek! ::

SEMERBAK BAU! PERRGGHHH..!!!

Durian yang abang bagi hari tu, dah selamat masuk dalam perut my 'sayang'. Tak amik masa yang lama untuk habiskan 3 bijik durian tuh.

Memula makan sejibik. Esoknya belasah lagik 2 bijik. Total aku makan adalah dalam 6 ulas gitu. Selebihnya my 'sayang' yang habiskan. Dasat betul!!!

~ Proses mengopek durian. 

Berbijik2 durian tu, bukanlah my 'sayang' habiskan sekali hadap... Ganas sangat kot kalau sekali hadap. Tapi, aci makan2 sikit, lepas tu bubuh dalam tupper ware, masuk dalam fridge. 

Kalau rasa teringin kang, bukak fridge, makan lagik... Sampai la habis. 

Bagus! Tak membazir. Tapi, fridge la yang jadik mangsa. Harum semerbak dengan bau durian. Hu3...


:: Like3, ek! ::

Sunday, November 27, 2011

SUP AYAM PENAKUT

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Masak belah petang, lepas balik kerja, untuk direheat keesokan tengaharinya, buat lauk lunch. Masak secara ekspres nih sebab belah malam nak berdesup ke rumah mak. Takde apa hal. Saja jer...

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (disiang, dipotong kecil & dicuci bersih)
2 keping fishcake (dihiris)
1/4 biji bunga kobis (dipotong)
1/2 ketul kiub ayam
1 keping asam keping
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji tomato (dibelah 4)
Garam
Air masak
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis & bunga lawang hingga naik bau.
2) Masukkan ayam. Masak hingga ayam kecut.
3) Masukkan air masak & kiub ayam.
4) Perasakan dengan garam & asam keping.
5) Masukkan tomato, bunga kobis & fishcake. Biarkan seketika. Angkat & hidangkan.

~ Dah siap dah Sup Ayam Penakut. Vah3..!!! Kontroversi lagu Yuna mempengaruhi gitu..! He3...

Kalau makan sup ayam/yang sewaktu dengannya, wajib ada sambal kicap. Aku tak tau la orang lain buat sambal kicap macam mana?! Tapi kalau versi aku, aku buat macam nie jer:-

1) Tumbuk cili padi, cili merah, bawang putih & bawang besar. Sukatan semua ikut sukahatiko jer. Agak2... Tapi, bawang besar tu jangan banyak sangat. 
2) Bubuh bahan2 tumbuk tu dalam mangkuk. Perahkan limau nipis.
3) Tuangkan kicap sesedap rasa. 
4) Tuangkan sikit kuah sup untuk pekatkan kuah. Kacau2 & siap!

Sonang kan? ;P

Tapaukan untuk mak jugak. Anak mithali kata ko..! Ha3...


:: Like3, ek! ::

Saturday, November 26, 2011

CORNETTO LAGIK...

~ Hujan2, pekena eskrem Cornetto Black Chocolate. Terus mengaum macam Harimau Muda. Aummm2..!!! Ha3...

Cerita hari Khamis. 

Bagus betul kan? Kalau batuk, siapa yang susah? Hu3...


:: Like3, ek! ::

NAK TAMBAH PAHALA TAK?

Morning, you ols..! Eh, silap! Selamat tengahari semua..! Ngeh3...

Dah 'buta waktu' dah ah kak. Dari pagi asik baring jer... Jadik peneman setia sofa empuk... la sangat ah kak nih. He3...

My 'sayang' takde, ada urusan kerja sikit. Eh, banyak jugak sebab petang kang baru balik. Sorang2 kat rumah memang giler boring! Lepas breakfast makan roti canai ngan my 'sayang' terus melepak depan tv, layan Keeping Up With Kardashians. Best pulak tengok family Kardashians nih! So out-spoken tapi, prihatin. Drama2 tu biasa la kan...

Eh! Dah larik tajuk pulak. Sebenornya nak cerita pasal lapor! Yesss! Memang lapor skang nih! Tapi, sangat malas nak masak! Dari pagi dok resting2 bersenang-lenang jer. Alas perut dengan lebih roti canai tadi. Tak taulah apa kena malas sangat nak buat apa2 hari nie. Makan rajin tapi, masak malas! Camno tu? ;P

Time2 lapor camnie, cepat sangat otak nie refresh memory makan2 tau! Teringat pulak masa my 'sayang' ajak makan lepas balik kerja hari tu. Bukan teringat apa... tapi, teringat kat makanan. Hu3...

~ Encik nie la yang paksa aku temankan dia makan. Saja tau...

~ & aku pun macam TERpaksarela... 'TER' hokay! 'TER'..! Ha3...

~ Kembung2kan pipi, konon2 kiut la tuh! Ha3...

~ Order dah sampai. Radix ice untuk my 'sayang'. Aku tumpang rasa. Menusuk kalbu tapi, apsal ntah aku tak pernah order sendirik?! Musykil ah kak!

~ Meja #18 at Mutiara Seafood.

~ Makanan my 'sayang'... nasik putih + kailan ikan masin + sup ekor.

~ Aku pulak makan kueteow Hong Kong. Superblah!

~ Sotong goreng tepung jugak.

~ & lihatlah hasilnya..!!! Bbrrppp..!!! Alhamdulillah... ;P

Arrgghhh...! Terbayang2 sampai telan2 air liur nih! Kronik betul! Hadoiiyaiiinya pun!!!

Ada sesiapa baik hati nak tolong  courierkan makanan best2 tak? Tak payah susah2... Nasik dengan ayam goreng pun dah ok! Errr... lepas tu, nak lagik banyak pahala, sertakan sekali dengan sos pencicah, ek? Vah3!!! Demand pulak! ;P


:: Like3, ek! ::

Friday, November 25, 2011

SOTONG HALIA PEDAS KEBABOM!!!

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Nak share resepi yang aku masak semalam... yang bersilat time lunch hour tuuu...

Malas dah nak tapau lauk kedai kekdahnya... Plus, semalam my 'sayang' tak balik tengahari, ada hal. Nak redah kedai makan sorang2 lagiklah super malas! So, pukul 1 p.m sharp, drift balik rumah, terus bersilat kat dapur.

Bahan2:-

5 ekor sotong (disiang, dicuci bersih & dipotong)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 keping asam keping
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu kicap
1 keping fishcake (dihiris)
1 sudu cili kisar
1 inci halia (dihiris)
Minyak masak
Garam (optional)
Gula
Air masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
5 biji cili padi

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, cili kisar & bahan2 kisar hingga pecah minyak.
2) Masukkan sos tiram, sos tomato & kicap. Kacau rata.
3) Tuangkan sedikit air.
4) Masukkan asam keping.
5) Masukkan sotong. Biarkan seketika hingga sotong lembut.
6) Perasakan dengan gula & garam jika kurang masin.
7) Masukkan fishcake. Biarkan seketika. Angkat & hidangkan.

~ Sotong Halia Pedas Kebabom!!!

Kalau memang suka pedas, boleh la tambah kuantiti cili padi tuh. Kasik berasap telinga! Baru betul2 kebabom! Pedas2 nak lagik, gitu..! He3...


:: Like3, ek! ::

TAYANGAN ISTIMEWA OMBAK RINDU

Hari ape, ek... errr... hari Rabu kot. Alaaa... hari yang Malaysia lawan Syria (bola sepak) tuh. Rabu la kan?

Haaa... malam tu aku cuti berblogging sebab konon2 nak kasik ruang untuk berehat + konon2 jugak nak layan bola lah. Eh! Macam tetiba pulak terminat kat bola... Penangan Sukan SEA kata ko! He3...

Tapi, layan sorang2, mana best! My 'sayang' lepas pekena durian, terus terbongkang tido. Penat sangat agaknya... Sebab jadual dia hari tu pack jugak. Aku kejut lapanplohkali suruh teman tengok bola pun dia just kata, 'Aaa... key2... aaa...' Haish! Mamai la tuh!

Boring! So, tukar channel, Astro Ria kot... ke Prima ntah... either 1 la... Eh! Ada Tayangan Istimewa Ombak Rindu la... Terus melekat depan tv!

Macam best la... Plus, aku follow novel tuh. Suka banget kat Aaron Aziz yang aku rasa ko bagi watak apa pun kat dia, dia akan buat sehabis baik! Dalam Jiwa & Lara jer aku nyampah! Sebab aku tak suka kot dia acting watak jahat2 yang style camtu. Kalau jadik 'abang besor' macam dalam KL Gangster tu aku suka la. Ecewah!

Hah! Balik pada Ombak Rindu, seriously, aku tak sabor nak tunggu keluar kat wayang. Nak tengok! Teruja, bebeh! 

Korang teruja macam aku jugak tak? ;P


:: Like3, ek! ::

ALA2 MASTERCHEF...

Bersilat lagik kat dapur...

~ Dapat siapkan 2 hidangan nie masa lunch hour semalam. Merangkap lauk lunch jugak.

Hebat tak? Hebat tak? ;P

Terus nak feeling2 ala2 Masterchef! Ha3... Over! ;P

Resepi akan menyusul kemudian, ye anak2..!!! ;)


:: Like3, ek! ::

AKSI CANDID TERLAMPAU (ACT) #13: SHAME2 CAT... LA SANGAT...

*Slot Aksi Candid Terlampau (ACT)

Orang sibuk berphotoshoot raya, 'si dia' pulak sibuk buat taik mata! Haish!

Eh! Siapa 'si dia' tu, ek?

Errr... cer scroll... cer scroll... ;P

V

V

V

V


~ Tak lain tak bukan... my 'sayang' la, derrr..! Bila tala camera, terus macam malu2 kucing. Disebabkan tu jugaklah aku namakan ACT nie as Shame2 Cat... La Sangat... ;P

Hokay, you ols... berapa mintang mau kasik? ;P


:: Like3, ek! ::

Thursday, November 24, 2011

NASI GORENG CILI PADI BERKOBIS

Pada suatu hari...

masa tengah godek2 dapur, tetiba terjumpa pulak nasik sejuk. & hati pun berkata... 'Buat nasik goreng best jugak nih!'

Laju2 buat... Laju2 masak...

~ Sap2 soi dah siap! Nasik goreng cili padi berkobis. Makan sambil layan kartun... Perrgghhh..!!! Terbaik kata ko! ;D

Resepi..???

Tak payah la kot. Sama jer macam nasik goreng cili padi Sukan SEA tu... Cuma tambah kobis jer. 

Sekian... ;)


:: Like3, ek! ::

BIHUN TOMYAM UNTUKMU

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Masak yang biasa2 jer jugak kali nie... Jom tengok! ;)

Bahan2:-

1 bungkus bihun (direndam & ditoskan)
1/2 ekor ayam (dipotong kecil & dicuci bersih)
10 ekor udang (disiang & dicuci bersih)
3 ekor sotong (disiang & dicuci bersih)
2 keping fishcake (dihiris)
2 tangkai cili merah (dihiris)
3 biji bawang putih (dicincang)
1/4 biji bunga kobis (dipotong)
1/4 biji kobis (dipotong)
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1 biji tomato (dibelah 4)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu sos lada hitam
1 sudu kicap
1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
2 sudu cili kisar
1/2 ketul kiub ayam
Air masak
Minyak masak
Garam (optional)

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang putih & cili kisar hingga pecah minyak.
2) Masukkan ayam. Masak hingga ayam kecut.
3) Masukkan sos lada hitam, sos tiram & kicap. Kacau rata.
4) Masukkan air masak secukupnya.
4) Masukkan kiub ayam.
5) Masukkan lobak merah, bunga kobis & kobis.
6) Masukkan sotong & udang.
7) Perasakan dengan garam sekiranya kurang masin.
8) Masukkan fishcake & tomato.
9) Tuangkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Biarkan seketika dengan api perlahan. Angkat & hidangkan bersama bihun yang telah ditoskan tadi. Hiaskan dengan hirisan cili merah.

~ Bihun Tomyam Untukmu. ;)

Nama resepi adalah sempena lagu Untukmu dari Kumpulan Feminin. Tetiba jer tuan tanah kedaung asik nak menyanyi2kan lagu tuh. Tu yang bila buat entry Slot KKBA, terus bubuh nama lagu Untukmu kat hujung nama masakan. 

Kreatif tak? Kreatif tak? Ngeh3...


:: Like, ek! ::

ESKREM CORNETTO LAGIK HEAVEN KOT DARI DURIAN

Petang semalam, abang roger2, kalau nak makan durian sila datang rumah... katanya... Rejeki kata ko! Mana aci nak tolak2 kan... Hiks...

Pukul 8 p.m, berdesup pergi rumah abang. Merempit jer. Plus, bukan jauh mana pun. Sebelah2 taman jer...

Sampai2, 2 orang tuan putori jadik penyambut tetamu, Kak Yong & Baby. Tuan putera (Rifqi) dok dalam buai. Tengah 'ehek2' sebab nak tido. Eh! Mana boleh tido bila ada tetamu..! & operasi mengganggu ketenteraman hidup Rifqi pun bermula..! Ha3... Giler kejam kot Acu dia nih. ;P

Abang jamu 2 bijik durian. Aku makan 3 ulas jer. Buat syarat sebab durian bukan buah kegemaran aku. Kalau buah tembikai ke... rambutan ke... kalau ko bagi 2 bijik jer, memang dengan muka tak malunya aku mintak lebih! Ha3...

Tak lama mana pun melepak kat rumah abang. Pukul 8 setengah lebih2 sikit mintak diri. Nasib baik tak hujan. Kalau tak, mau basah-kuyup kami. Merempit kata ko! ;P

Abang bagi durian 3 bijik. Owh... terima kasih banyak2! ;) Masa tengok bola Malaysia vs Syria malam tadi, my 'sayang' dah belasah sejibik sorang2. Dasat betul pokcik tuh! 

Aku..??? Owh... aku makan eskrem Cornetto Kit Kat... sorang2 jugak. Laaaagik heaven kot..! He3...

Kalau diberi pilihan antara durian dengan eskrem Cornetto, mana 1 yang korang pilih? ;P


:: Like3, ek! ::

UNIT ORTHOPEDIC YANG... AHHH..!!! LAZY TO STORYLAH..!

Mak ada appointment lagik... dengan doktor kat Unit Orthopedic regarding sakit bahunya tu lah. Sebagai anak yang mendengor kata lagik baik hati makanya, aku pun bawaklah mak ke hospital... Wah! Giler over ko puji diri sendirik!!! Ha3...

Mak ajak keluar awal sebab mak punya teori mengatakan yang if kita keluar awal & sampai awal then, kita akan dapat nombor awal, jumpa doktor awal + boleh balik awal. Begitu...

So, pukul 7.30 kami dah terpacak kat Klinik Unit Orthopedic tuh. Giler ramai dah orang, weh..! Semua pun tengah tunggu turn nak amik nombor giliran. Hmmm... takpe la... Bawak bersabor kata ko..! ;P

~ Dah naik kebas bontot duduk kat kerusi menunggu nama mak dipanggil, nak amik nombor giliran. Tapi, si tukang bagi nombor batang hidung pun tak nampak! Coi betul! Almost pukul 9 a.m baru mendapat. Nombor 1023. Perrgghhh..!!!

~ Mak yang lebih sabor daripada aku pun dah jadik tak berapa nak sabor dah! Siap mak jalan2 amik angin kat luar lagik! Isk3...

Kepada si tukang bagi nombor: Dah tau awak tu budak baru merangkap baru nak belajar rekod2 & kasik nombor kat orang, datang la awal sikit maaa... Kalau malas sangat nak datang awal, datang on time lah! Pukul 8 a.m sharp!

Nie dah la datang lambat, siap terhegeh2 baru nak carik kunci ntahhape2 la... lepas tu baru nak breakfast minum susu Strawberry Dutch Lady (kotak). Hadoiiyaiiinya pun!!! 

Apa ko tak nampak ke orang dah ramai bersidang kat depan kaunter sebab tak cukup kerusi nak duduk menunggu?!! Ke buat2 tak nampak? 

Nak carik pen yang ada ink pun tergediks2 menanya kat cik abang baju putih dok kat sebelah. Hallooo..!!! Ini bukan masanya untuk mengorat! Kalau nak ngorat, ko pergi funfair ke... tak pun taman rekreasi air panas ke... Huh!

Efficient la sikit. Utamakan pelanggan/khasnya pesakit. Jangan malukan orang gomen. Please la, weh..! Please la...

Nasib baik si tukang bagi nombor tu rajin senyum dengan pesakit. Senyum samadengan penyelamat dia la kiranya... Apa2 pun, senyum jer tak cukup. Perlu disertakan dengan attitude yang bagus. Barulah ada ummpphhh!!! Betul tak kawan2?


:: Like3, ek! ::

Wednesday, November 23, 2011

BYE2 PIXON... WELCOME LOGITECH...

Cerita hari Sabtu lepas pulak... He3...

Malam sebelumnya, aku on lappy macam biasa. Memula, everything nampak ok. Bila dah lama2 sikit, eh2... apsal macam panas jer lappy nih kan... So, aku try check cooler pad. 

O.M.G!!! Dah tak berfungsi, noks! Kipas dia dah 'mati'! Sikit pun tak berpusing! Tak perasan pulak masa cucuk cable tadi, lampu tak nyala. Selalu ada jer keluar lampu kaler biru2.

Haish! Mintak duitlah tuh! Hu3...

Nasib baik ah kak ada strategi baik punya..!

"B... cooler pad lappy dah rosak la... Baru perasan. Alaaa... 
nanti lappy panas la, B... Menyukarkan keadaan untuk 
Leez berblogging la B. Kesian Leez... Tsk3..."

*Sambil buat muka sadis tak hengat tau! Kasik dramatik lebih... Ha3...*

"Ye ke? Hmmm... patut2 la pun... sebab cooler pad nie dah 'tua' kan... Lama sangat dah pakai. Dari beli lappy nie dulu kan... Takpe2... Esok kita carik cooler pad baru. Abang belanja."

Owh... terharu sambil yahooo2 yariibaaa2... bebeh! Ngeh3...

~ Hasilnya... mendapat la cooler pad Logitech nih. 'Keep cool with your laptop.' Ecewah! ;P

~ Rupa sebenar dia... Best sikit kot sebab kalau nak berinternet kat atas sofa,  dia dah tak tersangkut2 dah. Ada casing kata ko!

Tak survey2 sangat pun... Terus jer pergi Xtreme & beli. Harga samadengan 53 hengget. Murah ke mahal... aku pun tak tau! Aci beli jer, asal ado..!

~ Nie cooler pad lama. Jenama Pixon. Huduh sikit la... Tapi, huduh2 pun, lama jugak dia berjasa kat aku. Since kitorang beli lappy tu lagik. Plus, didatangkan sekali bersama lappy gitu..! 

Harap2 Logitech nie pun long lasting jugak. Harap2 la kan... Sebab aku nie ganas jugak kadang2 tuh. Ikut angin! 

Kalau cermat, memang cermat habis! Sampai kalau ada sesiapa usik barang aku pun boleh kena sekeh kepala wooo..! Tapi, kalau tiba musim tak berapa nak cermatnya, aci suka2 hati jer letak barang. Kejap2 ada kat katil... kejap2 pulak kang dok ada kat meja makan... letak kat hujung2 meja. Tersenggol sikit, dah jatuh ke lantai... berkecai! Haish!


:: Like3, ek! ::

DHIA VS CINTA ELYSA

Semalam punya kesah...

Memula layan cerita Tentang Dhia. Dah lama kot tak layan. Since 2nd episode sampai la Isnin minggu nie. Sebab rasa macam lembab & tak berapa mengujakan untuk ditengok agaknya. Tak macam Soffiya. Sentiasa jer kita nak tau apa yang akan terjadik lepas tu... & lepas tu... & lepas tu lagik...

Yang semalam tu apsal ntah tetiba nak layan?! Tapi, memang tetiba la... Sebelum tu my 'sayang' gigih tengok highlight bola sepak final Sukan SEA kat Astro Arena. Lepas tu, aku suruh tukar channel TV3. Konon2 nak tengok sepintas lalu jer la... Eh2! Tetiba tertengok sampai habis, noks! ;P

Laju pulak cerita dia kan... Tetiba jer Zikir datang kampung Dhia secara tak sengaja... Tetiba lagik Zikir terberkenan kat Dhia... Lepas tu, tetiba Dhia kena risik2 ngan Zikir... Eh! Banyak betul 'tetiba'! He3...

Watak Melly tetap tak boleh blah! Nasib baik muka kiut sikit. Kalau tak, musti orang kata, 'Dah la huduh, bengap pulak tuh!' Hah! Amekaw!!!

Belah malam, layan Cinta Elysa pulak. Pun dah lama tak layan jugak. Terserlah dah sikit2 sisi jiwang Aril. Yasmin (mak Elysa) dah start meroyan sebab tak dapat harta walau 1 sen pun! Macam singa lapor jer aku tengok! Ha3...

My 'sayang' pun dah start terminat kat Cinta Elysa. Bila the end jer malam tadi, my 'sayang' terus tanya...

"Aaby, bila lagik sambungan cerita nih? Esok ada kan?"

"Mana ada la, B... Dia kan setiap Selasa. Slot Lestary maaa... 
Next Selasa baru ado!"

"Cis! Lambat lagik la nak habis! Hu3..."

My 'sayang' memang... kalau tengok apa2 cerita, musti nak tau cepat2 endingnya. Tak sukakan kesuspenan. Apparaaa..! 

Korang tengokkah?


:: Like3, ek! ::

WEDDING MERAH-HITAM

Musim kenduri kahwin kot sekarang nie kan... Boleh dikatakan tiap2 minggu ada jer jemputan kenduri. Bukan 1 tapi, berkad3 jemputan dalam 1 hari! Memang betul2 musimlah!

Macam last Sunday, aku pun baru jer mengattend 1 kenduri kahwin kat kampung. Kira macam sedara-mara jugak la... Tapi, kalau nak suruh cerita salahsilah macam mana boleh jadik sedara tu, memang tak la kan... Sebab berpusing2 kot. Senang cakap, 
S-E-D-A-R-A jer. Titik! ;P

~ Mak pun ada. Eh, harus kata ko! Kalau sorang2, tak reti kot aku nak bawak diri. Rasa macam semua orang dok usha2 jer. Terus feeling2 Tiz Zaqyah versi luar bandar! Ha3... 

Actually, sebelum tu mak attend kenduri doa selamat kat Chenderong Balai dengan geng bas sekolah mak. Pukul 12 p.m, mak roger2 kata mak dah on the way nak ke kenduri kahwin tuh. Then, baru la kami gerak dari rumah. Itu pun gigih suruh mak tunggu kat tepi2 jalan if mak sampai dulu sebab segan. Isk3... Overlah ah kak nih! ;P

Lauk kenduri tu memang terbaik..! Nasik putih/nasik minyak, ayam goreng tepung, gulai daging, daging masak kicap & acar timun + nanas. Siap ada cendol pulak tuh! Owh... nom3!!!

~ Tengah kitorang sibuk makan, pengantin pun bersanding... Tema samadengan merah + hitam. 2 warna nie kalau dicombinekan memang naik wooo...!!!

~ Nie kat meja makan beradab. Kat pelamin tak sempat nak amik. Pengantin dah lapor sangat sebab tu laju2 turun pergi meja makan beradab. Agaknya la kan... Tapi, pelamin dia pun cun jugak! Trend pakai kerusi tinggi2 besor gedabak tuh. More to merah la kaler pelamin dia... Aku rasa kalau lebihkan kaler putih, letak pulak munge ros merah2, perrgghhh... musti lagik malatops kebabom kata ko!

Macam kaler tema artis si Syella Kamaruddin yang kahwin 
pulak hantaran banglo 5 juta hengget + Audi R8 katanya tuh... Ooppsss! Tergossip pulak! Mahap3..!!! ;P


:: Like3, ek! ::

Tuesday, November 22, 2011

BANJIR... OOO... BANJIR... OOO...

Baru balik. Eh! Tak pergi mana2 pun... Keluar kejap jer lepas Maghrib tadi.

Hujan wooo... kat sini! Kat opis tadi pun dah start hujan, membawak ke malam. Semalam pun hujan jugak. Lebat! Musim hujan kot sekarang nie kan...

Ye la... kat berita pun sana-sini kita dengor pasal banjir, especially kat area Pantai Timur tuh. Dah banyak kawasan dah kena kosongkan. Mangsa banjir pun dah makin ramai yang dipindahkan ke tempat lebih selamat. 

Nelayan2 pulak sah2 tak boleh nak ke laut sebab bahaya. Terpaksa la carik inisiatif lain untuk carik rezeki yang halal. 

Kesian jugak... Apa2 pun, setiap yang berlaku tu ada hikmahnya kan... Wallahualam...

& harap2, banjir surut cepat & takde yang sampai meragut nyawa. Amin...

Kita yang tak terdedah dengan bencana banjir nie, jangan pulak lupa nak bersyukur, ye! 

Adios! P.E.A.C.E...


:: Like3, ek! ::

BUKAN ENTRY PROVOKASI

Standing ovation everybody...


& cue music, please..!


Negaraku...
Tanah tumpahnya darahku...
Rakyat hidup...
Bersatu & maju...
Rahmat bahagia...
Tuhan kurniakan...
Raja kita...
Selamat bertakhta...
Rahmat bahagia... 
Tuhan kurniakan...
Raja kita...
Selamat bertakhta...


Terus tak bergelora langsung Stadium Gelora Bung Karno malam tadi bila lagu Negaraku berkumandang. Dalam hati jer la kot yang bergelora sebab kalah di tempat sendirik. Ha3... Tu la... siapa suruh tak respect national anthem orang lain... Kan dah kena tulah! He3...


Sunyi sepi terus Gelora Bung Karno! Amekaw!!! 


'Errr... bapak2, ibuk2... nggak mau nyanyi sama gue???' 


Ha3...


*Nota kaki: Ini bukan entry provokasi tapi, entry bersifat realiti. ;P




:: Like3, ek! ::





NASI GORENG CILI PADI SUKAN SEA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Baru2 nie, aku 'main masak2', buat breakfast. Memula macam malas. Tapi, bila terserempak (Wah! Terserempak kata ko! He3...) dengan nasik sejuk dalam rice cooker, terus timbul idea nak buat nasik goreng. Terus malas bertukar menjadik rajin. Ngeh3...

Bahan2:-

2 mangkuk nasi
1 biji telur ayam
1/2 ketul kiub ayam
Garam
Minyak masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
5-7 biji cili padi
1 tangkai cili merah

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan kiub ayam. Kacau rata.
3) Pecahkan telur ayam. Bila dah mengeras, kacau sampai jadi telur hancur.
4) Masukkan nasi. Sebatikan.
5) Perasakan dengan garam. Biarkan seketika dengan api yang kecil. Angkat & hidangkan.

~ Nasi Goreng Cili Padi Sukan SEA. Amekaw! Tak agak2 dia punya nama! Ha3...

~ Dimakan bersama daging masak kicap yang diimport dari rumah mak. Marvellous, bebeh! Marvellous!!!

Nama resepi adalah terpengaruh dari Temasya Sukan SEA yang sedang berlangsung merangkap kemenangan Harimau Muda malam tadi. Sekian, untuk makluman. ;P


:: Like3, ek! ::

GARUDA PATAH SAYAP, HARIMAU MUDA TUNJUKKAN BELANG!

Bangga giler!!!

Hari nie, rasa macam nak senyum sampai telinga selama 24 jam tanpa henti, bebeh! La3... ;D

Penangan final bola sepak Sukan SEA la nih! Terjerit2 aku kat rumah mak tau! Siap terlompat2 baling2 bantal lagik ko! Over ah kak... Ha3...

Pagi nie, suara macam serak2 basah ala Dayang Norfaizah dah. Tapi, takpe... Pengorbanan kot namanya... Berbaloi2! Sebab akhirnya...

Garuda patah sayap, HARIMAU MUDA TUNJUKKAN BELANG!!!

~ Owh... Apek! You rock, bebeh! ;P
~ Good job Harimau Muda!
~ Terima kasih Ong Kim Swee...

*Credit to: kosmo, sukanmalaya dan nst

Glory2..!!! ;P & terus rasa nak menyanyi2!

'Oleee3... Kita menang... Kita lah juara... La3...' 


:: Like3, ek! ::





Monday, November 21, 2011

KAK LONG IS OFFICIALLY ENGAGED!

Entry tertangguh. Kesah hari Sabtu lepas2. ;)

Kesah Kak Long bertunang. Alaaa... Kak Long, anak Cik Am yang kiut2 tuuu..! ;P

Kesimpulannya, Kak Long nie sepupu my 'sayang' la sebab Cik Am tu kan mak sedara my 'sayang'...

~ Bajet nak keluar pukul 9 a.m sebab Acik Ajis (abah Kak Long) kata majlis start  pukul 10 a.m. Tapi biasa la... weekend kata ko! Harus la membuta tak hengat! Pukul 10.30 a.m baru keluar rumah. *Sekeh kepala sendirik*

~ Dah la lambat! Boleh lak diorang nie berposing buat muka suci lagik..! Haish!

~ Pukul 10.30 a.m tu bukannya terus pergi pergi rumah Mak Ngah tapi, baru nak keluar pergi amik mak sebab mak pun dijemput jugak. Owh3...

Errr... by the way, nak bagitau yang majlis dibuat di rumah Mak Ngah, kat Selabak nun. Mungkin atas faktor suasana & keselesaan kot sebab rumah Cik Am adalah rumah taman perumahan yang bukan corner lot. Mungkin susah nak carik space. Rumah Mak Ngah lak walaupun bukan totally rumah kampung tapi, lokasi adalah kat kampung. Plus, memang kat situ la sedara-mara berkumpul kalau ada event.

Suspen jer bila sampai rumah Mak Ngah sebab dah banyak kereta yang parking baik punya kat laman. Majlis dah start ke kan... Owh... nom3!!!

Selidik2, rupa2nya belum start lagik. Tapi, dah dekat2 nak start la... Fuh! Lega... ;P

~ Sampai2, terus jenguk hantaran! Hokay! Cun! Not bad. Ecewah! Macam pengkritik hantaran pulak. Ha3...

~ Lepas tu, tengok pelamin pulak. Trend sekarang, bertunang pun dah ada mini pelamin. Bestlah! Apsal zaman aku dulu nan ado? Cis betul! Hu3...

Eh! Pelamin tu hasil gotong-royong sepupu2 Kak Long tau! Munge2 yang ada kat rumah Mak Ngah semua diorang jadikkan props. Bagus betul bebudak tuh! Syabbash!!!

~ Dessert of the day... roti jala + kuah durian & bubur apa ntah nama dia. Aku tak berapa nak merasa sangat sebab mende manis2 nie kan tekak aku kurang terima.


~ Muka orang tak suka makan manis2. He3...


~ Mak Anjang & Cik Am. Mak Anjang dah baik punya tengok camera. Cik Am malu2 pulak. Hiks...

~ Lebih kurang pukul 12 p.m, rombongan pihak lelaki datang...

~ Kak Long musti tengah nervous2 dok dalam bilik.

~ Dah dok kat mini pelamin dah. Cik Udda jadik penata rias pelamin hari tuh. He3...

~ Yahoooooo..!!! Dapat cincin! ;P

~ Jangan lupa salam pulak! ;P

~ Cincin lagik... Kaya3!!! Ha3...

~ Salam lagik...

~ Kak Long with mom-in law to be & mak dia, Cik Am.

~ Hantaran daripada pihak lelaki. Tema: pink + purple.

~ Hantaran daripada pihak pompuan. Tema: peach + oren.

~ Manyak owh..!

~ Adik2 iparku yang kaki enterframe. ;P

~ Ah kak pun nak menyelit jugak. ;P

~ Kak Long with fiance. Lupa pulak nak tanya nama. Plus, tak sempat berkenalanlah. 

Orang kata, bila bertunang nie darah jadik manis. Hmmm... tak tau la apsal tetiba jadik manis lak?! Apa diorang pernah rasa darah ke? Ngeh3...

Katanya lagik, alam pertunangan nie la paling banyak pancaroba. Katanya... Bukan ah kak kata, hokay! ;P 

Semoga Kak Long & fiance dapat menempuh alam pertunangan dengan jayanya..! Amin...


:: Like3, ek! ::