Thursday, November 24, 2011

ESKREM CORNETTO LAGIK HEAVEN KOT DARI DURIAN

Petang semalam, abang roger2, kalau nak makan durian sila datang rumah... katanya... Rejeki kata ko! Mana aci nak tolak2 kan... Hiks...

Pukul 8 p.m, berdesup pergi rumah abang. Merempit jer. Plus, bukan jauh mana pun. Sebelah2 taman jer...

Sampai2, 2 orang tuan putori jadik penyambut tetamu, Kak Yong & Baby. Tuan putera (Rifqi) dok dalam buai. Tengah 'ehek2' sebab nak tido. Eh! Mana boleh tido bila ada tetamu..! & operasi mengganggu ketenteraman hidup Rifqi pun bermula..! Ha3... Giler kejam kot Acu dia nih. ;P

Abang jamu 2 bijik durian. Aku makan 3 ulas jer. Buat syarat sebab durian bukan buah kegemaran aku. Kalau buah tembikai ke... rambutan ke... kalau ko bagi 2 bijik jer, memang dengan muka tak malunya aku mintak lebih! Ha3...

Tak lama mana pun melepak kat rumah abang. Pukul 8 setengah lebih2 sikit mintak diri. Nasib baik tak hujan. Kalau tak, mau basah-kuyup kami. Merempit kata ko! ;P

Abang bagi durian 3 bijik. Owh... terima kasih banyak2! ;) Masa tengok bola Malaysia vs Syria malam tadi, my 'sayang' dah belasah sejibik sorang2. Dasat betul pokcik tuh! 

Aku..??? Owh... aku makan eskrem Cornetto Kit Kat... sorang2 jugak. Laaaagik heaven kot..! He3...

Kalau diberi pilihan antara durian dengan eskrem Cornetto, mana 1 yang korang pilih? ;P


:: Like3, ek! ::

6 comments:

KAMSAHAMNIDA...