SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, June 6, 2011

TUNANG BATAL NIKAH MELALUI SMS

KANGAR - Impian seorang jurujual kereta di sini untuk berkahwin dengan gadis pilihannya berkecai selepas tunangnya itu membatalkan majlis pernikahan mereka melalui satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).

Lebih melukakan hati lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Aizat, 37, kiriman SMS oleh gadis tersebut dibuat kira-kira 11 jam sebelum majlis perkahwinan mereka diadakan di sebuah masjid di Simpang Empat di sini pukul 10 pagi semalam.

Ekoran terkejut dan terkilan dengan keputusan pasangannya itu, Aizat tidak dapat tidur semalaman dan akhirnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar di sini semalam.

"Saya buat laporan ekoran rasa ditipu dan teraniaya oleh tindakan tunang saya dan keluarga perempuan yang membatalkan majlis akad nikah secara tiba-tiba.

"Saya sepatutnya bernikah dan bersanding hari ini (semalam) di rumah pengantin perempuan, namun impian saya musnah tiba-tiba," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Aizat, pasangannya yang dikenali sebagai Amira, 20, membatalkan pernikahan mereka atas alasan abang gadis itu yang merupakan wali perempuan berubah fikiran pada saat-saat akhir.

"Dalam SMS itu, Amira kata dia tidak boleh meneruskan perkahwinan kerana abangnya yang patut menjadi wali perkahwinan marah kerana saya pernah menuduh keluarga Amira sebagai zalim," ujarnya.

Menurut Aizat, sebelum itu dia ada terlepas cakap perkataan zalim itu ekoran tertekan dengan keluarga tunangnya itu yang berkeras mahu wang hantaran sebanyak RM8,860 diserahkan sebelum majlis pernikahan diadakan.

AIZAT merenung barang-barang hantaran untuk majlis pernikahan yang dibatalkan oleh tunangnya melalui SMS di Kangar semalam.

*Sumber: kosmo

Wang hantaran pun buleh jadik isu skang nih! Sampai cancel2 kahwin lak tuh! Isk3... 

Bagi aku, bab2 wang hantaran nie, kena la ikut kemampuan pihak lelaki. Kalau ko tau boyfren ko/bakal adik atau abang ipar ko/bakal menantu ko tu hanya sekadar bekeje sebagai mat2 kilang/penjual rojak/mat despatch, jangan la plak ko mintak hantaran sampai berpuluh2 ribu. Agak2 la kan... 

Bukannya nak kata mat2 kilang/penjual rojak/mat despatch tu low class. Tapi, ko usha2 la gaji diorang jugak. Kalau ujung bulan diorang asik mentekedarah maggi, takkan ko nak mintak puluh2 ribu jugak kot. Munasabah la sket kan...

Lain la kalau boyfren/bakal adik atau abang ipar/bakal menantu ko tu pegawai bergaji besor/VVIP/Datuk2/Tan Sri. Buleh la ko nak 'hentak' diorang kaw2! Mintak hantaran sampai lapanploh juta pun, Aiman tak kesah! 

Rasional sket maaa... Haish!

2 comments:

tamlegend said...

tak tau la...zaman sekarang ni. nak kawin susah..tak kawin pun susah...huhu...kalo nak ikut hantaran2 ni tak yah ader pun tak pe...yang penting mas kahwin tu jer...terikat sgt dengan adat, tu yang jadi payah tu...

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

tamlegend,
mmg la.. mas kawen yg wajib. bkn hantaran. bila adat m'dahului hukum, begini la jadiknye..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google