Rupa2nya, hidung mak aku yang asik bermasalah macam susah nak bernapas tu adalah disebabkan oleh wujudnya polyp. Memula, aku bawak ke klinik. Doktor kata ada bengkak sket dalam hidung mak. Doktor bagi ubat. Reda la sekejap.
Pastu, mak aku redah minum ais lagik. Owh... lupa nak bagitau. Mak aku memang kena pantang ais secara muktamad. Sebab kalau minum minuman berais hatta aiskrim sekalipun, hidung mak aku akan 'tersumbat' balik. Alaaa... macam kita selsema yang kuat tu, ha..! Yang sampai susah nak bernapas then, kena bernapas ikut mulut.
Well... kalau korang nak tau, mak aku memang pemakan aiskrim yang hebat! Paling mak sker aiskrim pop yang macam2 kaler tuh. Tapi, since hidung dah bermasalah nie, mak dah avoid aiskrim. Sesekali ada la merasa kalau teringin sangat. Ais pun sama. Kalau teringin sangat baru minum. Tapi, kalau hari Isnin sket, Selasa sket, Rabu sket lagik... of cos la jadik banyak jugak kan...
Maka, ke klinik lagiklah jawabnya... Mak2...
Doktor kata ada polyp dalam hidung mak. Mak aku ada resdung yang kuat. & resdung jugak salah satu punca polyp terbentuk kata doktor tuh. Doktor kasik ubat lagik. Doktor syorkan mak ke spital untuk buat ENT. Jadik, aku pun amik coti pada Jumaat lepas untuk bawak mak ke spital.
~ Ewah2..! Pandai mak aku posing! Posing ngan ayam seketul lak tuh! Hiks... |
Even masa makan KFC nie pun, mak sedut air Pepsi (ais) walaupun aku dah belikan mineral water tak sejuk untuk mak. Mak kata, 'Alaaa... sket jer buleh kot... Ubat kan ada...' Hadoi la... Mak2... ;P
Info Polyp:-
*Sumber: wikipedia
Doktor klinik kata polyp mak aku tak la bahaya. Asalkan mak aku kawal/jaga pemakanan/elakkan dari mende2 yang buleh buat mak aku allergic macam habuk then, hidung mak aku akan berfungsi seperti bese. Plus, ubat yang dibekalkan tu pun makan time hidung sakit jer. Tapi, tu doktor klinik yang kata. Doktor spital tak kata apa2 lagik sebab appointment ngan ENT adalah pada 13 Julai 2011.
Nervous plak aku nak bawak mak ke ENT nanti. Haish!
2 comments:
KFCC tuu....saje kan..mencik! huwaaaaa
si tuan putri kiUt,
ngeh3.. la3.. ;P
Post a Comment