SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, January 28, 2020

KAU TUNGGU, EK! KAU TUNGGU...

#Throwback

Lepas breakfast, terus rasa macam dah gemok! Macam magic! Eh, ke... memang dah sedia gemok?! Ha3...

Gasaklah. 

Yang penting, nak acah2 mengkurus balik. Makanya, jomlah berenang berirama. Ahaks...

~ Amik mood dulu.

~ Sedut fresh air roof top garden.


~ Hah, partner renang berirama dah terjun! 


~ Mana mungkin Sis tengokkan aje. Kau tunggu, ek! Kau tunggu... Ha3...


~ Team renang berirama, from Teluk Intan with love. Eceh! Ha3...

~ Lepak cenggini je pun dah best teruk, weh!

Jangan bimbang dengan kesejukan. Sebab air pool tu 'dicipta' untuk temperature Genting Highlands. Suam2 suku sesedap rasa aaa gitchew..! 

~ Team renang berirama dah 'insop'. Nak balik bilik, refresh sekejap sebelom check out.

Antara pengalaman mandi pool yang best. Sambil swimming, layan view, gunung-ganang bak dekat di hati. Ditambah dengan sinaran mentari menerobos sikit2. Owh... Sis suka! Sis suka! ;D

Yang bawak anak2, jangan gusar. Sebab kids pool pun hado. Sis tak tunjuk je sebab tak kose pulak nak tompang selpie kat kids pool tu. ;P


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WAZE KAN AJE

Saja je nak share port makan...

Eryna Sup Darat.

Kawan Kanda yang recommend. Uniknya, specialty kat sini adalah menu berasaskan sup. Macam2 sup ada. 

~ Sup Daging Bakar x Sup Urat Keting

~ Menu tambahan: Taugeh Goreng

Makan dengan nasik putih, panas2. Cuaca mendung / hujan adalah bonus untuk anda. Sedar2 dah licin pinggan & mangkuk. Heh3...

~ Cendol Pulut Durian. Review: Kalau durian & santan tu yang kaw2 fresh, pasti lebih memikat hati. Aaaa gitchew..!

~ Apa2 pun, Sis & Kanda masih berpuas hati dengan sup2 tersebut. Mampu menggumbirakan perut2 kami. Ha3...

Restoran Eryna Sup Darat,
35000 Tapah, Perak.

Simple bukan alamatnya?! Tak familiar dengan kawasan Tapah?! Eh, takpe..! Bukan masalah besar. Waze kan aje. Pasti jumpa. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



BREAKFAST @ KEMBALI KITCHEN

#Throwback

Selamat Hari Selasa. Sis kembali dengan entry #Throwback. Ntah bila nak habisnya ntah. Layankan je la... Hu3...

Sis update blog pun, tujuannya adalah untuk kenangan, reference & kepuasan sendirik. Side income tu 1 bonus. Jadik, kalau suka, terimalah dengan redha... Tak suka, takpe. Sis tak terkesan. Sis ok je. 

Back on track, kesah Genting Highlands.

Bangun pagi dengan hari yang maha indah. Bersyukur tak terhingga atas peluang & nikmat ini. 

~ Honeymoon bertemankan Kanda...

~ Menikmati sunrise...

~ View yang maha indah...

~ Breakfast pulak di Kembali Kitchen.

~ Pelbagai pilihan menu. Agak2 tekak Melayu, amiklah menu pure Melayu. Agak2 nak acah2 omputih, amiklah American breakfast. Terpulang... Tepuk dada, tanya selera. 

~ Breakfast dah include dalam package. So, datang bawak perut je.



Nikmat mana lagik yang kau nak dustakan?! ;D


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




Friday, January 24, 2020

SEPEMAKANAN & SEPEGEMOKAN

Pyorr Nasi Dulang...

Asik ke sini je kan?! Eh, tak la 'asik'..! Ikut mood jugak. Keinginan tiba bila dah bosan makan nasik campur. Tukar selera... Aaa gitchew..!

~ Set Talapia Bakar x Set Ayam Goreng Lalap

Lunch dengan Kanda. Teman sepemakanan & sepegemokan. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



KEMBALI KITCHEN

#Throwback

Kembali Kitchen adalah salah 1 port untuk menjamu selera di Grand Ion Delemen Hotel. Overall ada 6. Meh Sis list down semuanya:-

Dinetopia
Hugo's In The Sky
Kembali Kitchen
Warung Pak Munir
Fairy Tales
Lepak Corner

Tepuk dada, tanya selera, lepas tu, tanyalah 'banker' sekali. He3...

~ Konsep Kembali Kitchen: Family friendly, casual dining & HALAL.

Lokasi di tingkat 7. Dibuka dari jam berikut:-

Breakfast: 7.00 - 11.00 pagi (setiap hari)
Lunch & Dinner:-

11.00 pagi - 10.30 malam (setiap hari kecuali Jumaat & Sabtu)
11.00 pagi - 11.00 malam (Jumaat & Sabtu)

~ Orange Fresh Juice x Teh Tarik worth RM 11.32 & RM 7.55, respectively. Wow, bukan?! Ha3...

~ Kembali Nasi Goreng x Cumin Grilled Chicken, both for RM 35.85. Wow kali ke-2, bukan?! Ha3... 

Jangan khuatir... Sebab 'wow' tu disertai dengan mind blowing ambience, coziness & spaciousness. Berbaloi untuk 'poket yang bocor'. Ha3...

~ Model Grand Ion Delemen yang sentiasa memukau hati Sis. Ntahlah. Mungkin sebab Sis memang interested dengan modelling stuff cenggini. Kagum dengan perekaciptanya.

~ Kembali Kitchen dah ditinggalkan. Makanya, kami 'kembali' ke sini untuk selpie. He3...

~ Tompang bergambar. Heh3...



Seharian kaki tak berhenti melangkah. Dah malam, baru rasa cramp. Wajar berehat dengan tenang... Eceh!

Good night.
Sleep tight.
Zzzzzzzzz.........


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


Thursday, January 23, 2020

BERSYUKUR & 'JAGALAH' ALLAH

Kami nak melawat Kak Yong. Sejurus selepas kenduri doa selamat Mother selesai, kami gerak ke Kampung Gajah.

Panas terik betul semenjak 2 menjak ni. Sila minum air putih secukupnya, ye you ols..! 

Owh... lupa nak cerita. Kak Yong dah jadik budak asrama. Kak Yong dapat daftar masuk ke SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah, Kampung Gajah, Perak. Alhamdulillah... syukur... 

Apa yang terbaik untuk Kak Yong, Acu always support. Asalkan Kak Yong buat sesuatu yang baik tu dengan penuh minat, in shaa Allah... Kak Yong dapat capai apa yang Kak Yong idam2kan. ;)

~ Tapau lauk kenduri untuk Kak Yong. 

~ Nenek sanggup tak makan kat rumah semata2 nak makan sama2 dengan Kak Yong. Wow, ajaib betul penangan cucu ni kan?! He3...

~ Nak balik dah...

~ Take care, Kak Yong... 

Ramai jugak parents yang datang melawat. Teringat masa zaman Sis kat SM Sains Selangor dulu. Asal weekend je, tertunggu2 'kakak biru' (read: prefect) announce nama Sis. Kadang2 ada, memang happy. Tapi, selalunya rare la... Kuchiwa jugak sikit. Tapi, Sis paham akan kekangan family Sis. 

Transport yang ada cuma bas Transnasional & Intrakota. Kadang2, kesian jugak kat Mother, terpaksa jalan jauh nak sampai ke SM Sains Selangor sebab bas Intrakota tak masuk area Tasik Permaisuri tu. Korang google lah sendirik bab location, ek! Sis nak cerita detail, kompom ke laut pergi dia! Hu3...

Kewangan pun biasa2 je masa tu. Dipendekkan cerita, memang tak dapeklah Mother nak jenguk Sis every weekend. Jeles jugak la tengok mereka2 yang ada visitors every weekend. Tapi, taklah sampai tekanan atau kemurungan. Sis chill #WatLekWatPeace je. Sebab Sis dah di train untuk paham keadaan family. 

Apa2 pun, Sis tetap panjat kesyukuran. Sebab ada lagik mereka2 yang asal jauh & family sangat2 jarang dapat lawat atas pelbagai faktor yang lebih dasat dari Sis. 

Jadik, konsepnya kat sini, bersyukur tu sangat penting, ye guys. There's always rainbow after the rain... Yakin, percaya, redha & 'jagalah' Allah. Allah will grant u back. In shaa Allah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


TETAMU & TUAN RUMAH YANG HAPPY

Hari Ahad, Mother buat kenduri doa selamat. Sempena perjalanan umrah yang lancar. Alhamdulillah...

Pukul 11.00 pagi event bermula. 

~ Bon appetit.


~ Mother with Ustazah Saadiah.

Menu simple je. Menu makan tengah hari yang santai2. Aaa gitchew...

Nasik putih
Ayam sirsau
Sup sayur
Pecal
Siakap goreng
Sambal belacan
Tembikai
Air sirap

~ Selpie sebelum pulang.

~ Terima kasih, sudi datang... acik2 yang vogue semuanya. He3..

~ Terimalah selpie Sis yang acah2 di tepian sawah. He3...

Syukur sebab semuanya dipermudahkan... Tetamu happy, tuan rumah apatah lagi. Berganda2 happy nya. He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, January 22, 2020

Friday, January 17, 2020

PRIORITY ADALAH PERUT

#Throwback

Bila sejuk2, memang cepat nau perut berkeroncong. Mula la bergolek2 di atas katil sambil membayangkan makanan kegemaran. Merembes2 air liur, u ols..! Ha3...

Kanda ajak hi-tea di Lepak Corner. Sis onz je! Laju sarung shawl. Keromot2 pun takpe shawl tu. Kerana priority adalah perut. Ha3...

~ Selpie sedas.

~ Curry Mee x Beef Burger

~ Konsep stall santai yang menghidangkan kudapan ringan. Bukak dari jam 3.00 petang sampai 11.00 malam.

Lepak petang2 memang layannnnn...... Antara kau menjadik beku atau tak je la... Sebab serius sejuk! Curry Mee yang panas tu pun kau buleh sudu & telan laju2. 

~ Berjalan2 sekejap lepas hi-tea yang best itu. 



~ View malam cantek, weh! Terkesima Sis!


~ Tak boleh move on dengan tempat ni. Asik nak selpie kat situ je.

~ Lampu2 tu buat kita feeling2 romantic. Aaa gitchew..!


~ Singgah sekejap kat indoor pool. Kanda mintak Sis bersabor. Toksah buat perangai, terjun time2 tu jugak. Tunggu esok katanya... Macam paham2 je Sis dah mengelejat. Ha3...

Plus, kami nak dinner pulak kat Kembali Kitchen. Sebab dah lapor balik. Hu3...


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SEKETOL MR.DIY ITU

Pada suatu weekend yang damai tak berapa nak damai la... ;P

Bosan. Kanda kerja. So, roger2 Mother, ajak keluar. Mother onz je..! He3...

Destinasi diputuskan secara spontan. Ke MR.DIY. Dari ia wujud seketol kat Teluk Intan, sampailah dah bukak branch lagik seketol, tak pernah berkesempatan nak jejak. Asik lalu je bila balik kampung. 

Asal lalu je, toleh... Asal toleh je, lalu...

Haish, tak buleh jadik nih! Wajar disinggahi nih! Ha3...


~ Orang kata, MR.DIY ni 'sesuatu'. Nawaitu nak usha2 / survey2 je pun tapi, musti terjebak terbeli berbondong2. Orang kata la kan... Ha3... 

Perut berkeroncong, mintak diisi. Malas nak lunch jauh2. Pyorr Nasi Dulang je lah. Onz jugak especially time2 lapor. He3...

~ Menunggu hidangan sampai.

~ Set Ayam Goreng Chiang Mai x Set Talapia Bakar



Kenyanggggggggg......... Alhamdulillah...

Bila ntah nak pergi branch lagik 1 MR.DIY? Hmmm...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google