SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label LAPOR DIRI. Show all posts
Showing posts with label LAPOR DIRI. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

BILA MAMA & PAPA BERPISAH DENGAN ANAK2...

Bila seorang mama & papa terpaksa berpisah sementara dengan anak2-anaknya, maka beginilah jadiknya...

~ Abang aku temankan Kak Aneem ke MINDEF lagik. Nak tau posting kat mana katanya kan...

~ Kak Aneem tengah control2 sendu sebenornya tuh. Tersenyum hanya pada zahir. Dalam hati, hanya Tuhan yang tau... Sob3...

~ Diorang gi naik bas jer sebab abang aku kan tak tau jalan nak ke sana... Plus, my 'sayang' tak dapat nak tunjuk jalan lagik sebab ada keje yang perlu diselesaikan...

~ Lip2 maintain sawan camera..! Dia tak tau yang sekejapan lagik dia & Odah bakal kena tinggal! Kalau tau, mau berguling2 diorang kat tangga bas tuh! Haru-biru, noks! Hu3...

~ Diakhiri dengan mama & papa sementara diorang... Jaga2 la kalau degil/nakal! Siap la aku babap! Haip2!!! He3... Peace, bebeh! ;P
Abang & Kak Aneem ke KL sehari jer pun. Bertolak malam ke KL, sampai KL Pak Andak amik kat Hentian Duta, tido kat umah Andak & sok malamnya dah balik umah. Walaupun sekejapan tapi, diorang tetap syahdu sendu, hokay..! Dah katanya MAMA & PAPA kan... Harus rasa sedih if kena tinggalkan anak walaupun sekejapan.

Alhamdulillah... dapat jugak Kak Aneem posting kat area Perak. Tu pun lepas mintak tukar kementerian. Dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Dapat kat Titi Gantung sana nun... Belah2 Bota. Ok la tuh!

Pssttt2!!! Masa nak naik tangga bas tu pun Kak Aneem dah nangis2 sapu2 air mata, hokay..! He3...

Monday, May 16, 2011

MINDEF

Nak tak nak, terpaksa la jugak redah jemm nak ke MINDEF kat Jalan Padang Tembak tu. Fuh! Menguji ketahanan fizikal & mental, hokay..!

~ Muka dah macam belacan pun masih gediks nak berposing. Haish!

~ My 'sayang' yang tengah memaksimakan tahap kesaboran. Ye la... dah la lapor, jemm tahap gabanz lak tuh! Adeh3...
Sesat-barat jugaklah nak ke MINDEF nih. Abang aku lak tetiba terpisah dari kitorang. Hadoi la...

Bila dah jumpa MINDEF, tak buleh masuk la plak kalau takde urusan. Menebeng la kami kat bawah2 pokok, di celah2 keta tuh. Dah la panas membahang! Dengan perut yang berdangdut lagik! Cabaran betul! Sob3...

Aku plak gediks merequest nak makan kat Restoran Selero Nogori. Tapi, lokasi tak tau. Just nampak signboard dia masa kitorang sesat-barat tadi jerk. So, request direject! Makan kat gerai kat depan MINDEF tu jerk. Sentap ah kak, noks! Tsk3...

Lepas makan, nak mencarik masjid pun hazab kemain! Berpusing2 kitorang mencarik. Jumpa la 1 masjid, besor wooo... Tapi, tak buleh guna sebab under construction ke renovation ntah?! Arrgghhh..! Tensen!

Berpusing2 lagik mencarik masjid. Last2, jumpa jugak. Macam under construction tapi, dah buleh guna la... Fuh! Lega... Buleh cuci muka yang seumpama belacan + budu nih, semayang & lepaking2. Heaven betul! ;)

Kak Aneem call kata dah buleh balik. Tapi, posting still tak tau kat mana?! Alasan yang MINDEF bagi: Bos besau diorang takde kat opis, ada urusan. Cis betul! Dah tau ada orang nak lapor diri, kenapa perlu ada urusan lain? Tak kesian ke kat orang yang datang jauh2 nak lapor diri nih? Sebab ada jugak yang dari Johor, Kelantan bagai.... tau! Haish!

Sok harinya, Kak Aneem kena ke MINDEF lagik... Mungkin sok baru dapat tau posting kot... Mungkin la... Hmmm...

Wednesday, May 11, 2011

BERENANG2 DI TEPIAN...

Disebabkan kuchiwa sebab tak dapat nak naik mende alah yang macam bot kayuh ngan kakimu sendirik tuh makanya, my 'sayang' pun bawaklah wifey kesayangan dia nih ke 1 taman yang ada pool kat presint berapa ntah?! Konon2 nak pujuk hatiku yang sentap tu la kan... Ngeh3...

Tapi, still sentap jugak sebab tak buleh mandi pool. Baju spare tak bawak. Lip2 ngan Odah jer yang berkubang sebab diorang memang ada bawak baju spare. A_bern siap merunsing2 lagik, jeles tahap gaban tengok Lip2 & Odah mandi. Gediks plak ajak aku gi beli baju. Masalahnya, 1 kedai baju pun aku tak nampak kat situ! Sentap makcik tu, hokay..! Last2, melepek jer kat bawah gazebo, melayan perasaan. Alooloolooo... ;P

~ Suami isteri yang bahagia... Ecewah! Ayat terlampau betul! Ha3... Eh2! Apsal skang ah kak sker guna perkataan 'terlampau' & 'melampau', ek? Sket2... terlampau... Sket2... melampau... Haish! Musykil betul! ;P














~ Nak jugak membasahkan badan, lepas gian! Ha3...


~ A_bern yang konon2 nak buat split. Tapi, haub... Ha3...

~ 'Basah2nya rambutmu... Sebasah asmara kita... La3...' Ecewah! ;P

~ Ghalit bebudak 2 orang tuh.



Kat situ ada 2 pools, actually. Yang bebudak mandi tu memang public abis la sebab kat luar2 jer. Tepi jalan raya plak tuh. 1 lagik kat dalam bangunan. Yang tu kalau nak mandi, kena pakai bikini/burqini untuk wanita & swimming trunk untuk lelaki. Pool lelaki ngan pompuan diseparatekan la... 

Gym pun ado jugak. Macam2 lah ado! Kira seperti sports centre gitu..! Kat sebelah pool yang kat luar tu ada playground. Bukan setakat Lip2 ngan Odah jer yang main kat situ. Tapi, Mak Lang & aku pun gediks mentry jugak. Ha3... Bulat2 jer mata pak guard tengok kitorang buat pelbagai aksi main kat playground. Ha3... Larikksss...!!! ;P


Baru nak rest kat gazebo, Kak Aneem dah roger2 abang aku. 

Hah?!! Apa..??? Ke MINDEF??! 

Jeng3...

Tuesday, May 10, 2011

TAMAN WETLAND

Tunggu punya tunggu, Kak Aneem still takde khabar berita lagik. So, we ols decided nak jalan2 ke mana2 jer lah yang buleh yang dekat area2 Putrajaya tuh. Ye la... Takkan nak menebeng kat cafe sampai ke sudah kan...

Nampak 3 nama taman kat signboard. Taman Botani, Taman Rimba Alam & Taman Wetland. Pusing punya pusing, macam terjumpa Taman Botani dolu. So, singgah la kejap, kot2 ada mende best kat situ kan... Tak sempat parking pun sebab macam tak best sangat jer kat situ. Ada trem ngan basikal jer. So, tak jadik lepaking situ.

Taman Alam Rimba tak singgah langsung. Terus jer ke Taman Wetland. Nampak macam best sebab ada 1 tasik yang luas..!


~ Apa lagik..?! Posinglah! Hiks... Agak2 korang la kan, ah kak ada berani tak nak mendayung kenu tuh? Cer teka... Cer teka...



~ Lihatlah donia... Ecewah! ;P






















~Duta2 keamanan sejagat..! Tak abis2 dengan 'peace' korang tuh! Ha3...


~ Please don't try this type of pose at home, hokay..! Buruk padahnya!!! Ha3...






















~Tak buleh blah punya couple!!! Hadoi la... ;P

Macam best jugak la Taman Wetland nie sebab ada aktiviti yang buleh dibuat. Contoh: kenu, boating, fishing, etc2. Kalau korang nak bawak anak2 bersantai2 di hujung minggu pun ok kot... Tapi, jangan ditanya kat ah kak macam mana nak sampai situ?! Sebab confirm aku tak ingat! Kalau nak jugak tau detail, buleh click sini

We ols nak naik bot ke apakejadah nama mende alah yang kita kayuh pakai kaki tu, ha..! My 'sayang' dah tanya2 kat kaunter berapa bayarannya?! Abang kaunter tu kata dia ada banyak pakej. Tapi, kalau nak naik bertiga2, 1 bot tu = 9 hengget. 

Kitorang ingat nak naik dan2 tu jugak sebab macam dah tak sabor kan... Tapi, abang kaunter kata tak buleh sebab mende tu on belah2 petang jer. Belah2 pagi ke tengahari diorang bukak untuk sesapa yang nak memancing jer. 

Owh... begitu kekdahnya... Hmmm... kuchiwa ah kak, noks..! Tsk3...

 

USTAJAH CINONET YANG VOGUE DA VASS!!!

 Sesat-barat jugaklah nak mencarik bangunan JPA nih tau! Bukan sesat-barat apa sangat... Tapi, my 'sayang' silap masuk jalan. Kesilapan teknikal di situ... ;P

 Abang aku temankan Kak Aneem masuk opis JPA. We ols lak bersker-ria kat taman lanskap yang ada air pancut kat situ. La3...

~ A_bern yang poyos! Bajet Adira AF la tuh! Haish!






















~ Air pancut ada 1 jer pun... Macam tak semenggah jer sebab takde formasi. Bese2 sangat la... Tapi, tu pun dah buat Lip2 & Cik Odah terbeliak2 bijik mata kekaguman! Ha3...

















~  Seumpama sebuah keluarga bahagia... Ecewah! ;P






















~ Lip2 tak lepas langsung clutch pink dia tuh! Yang Odah plak, tak abis2 nak menari2 lagu Jet2 Semut.  Tapi, tarian Odah nie unik sket. Bila kita nyanyi sambil cubit2 tangan, 'Jet2 semut... Sapa sakit naik atas... La3...' Automatic Odah angkat tangan macam dalam gambar tuh & cakap, 'Ana2...' (Ana = sana). Sooo... sweetlah! ;)






















~ Terbaik lah Mak Lang senyum..! He3...






















~ Bebudak nie dah start membosan... Tapi, still bersemangat nak berposing. Ha3...






















~ Aku pakai shawl baru..! Bukan beli tapi, free wooo... Cilok A_bern punya shawl. Tapi, lepas tu kena return balik. Tuan tanah kedaung tak kasik amik terus. Jenuh ah kak buat muka seposen tapi, tak laku2. Tsk3... Takpe2... Ada lori, ada bas...






















~ 'Underneath pokok kelapak, I will wait for you... La3...' Ha3...

















~ 2 orang kanak2 Ribena..! Ho3!!! ;P






















~ Zuan, cousin aku a.k.a anak Mak Lang. 






















~ & diakhiri dengan ustajah cinonet nih! Ustajah Cik Odah yang vogue da vass!!! Ahaks3...

Ustajah tu pesan, 'Jangan tinggal solat!' Tu yang tangan dia jadik macam tu. ;P

Lepas bersker-ria, terus perut rasa lapor! Macam magic! Secara pantas we ols terjah cafe kat situ. Aku makan bihun Singapore ngan ayam paprik. Hmmm... not bad la... Sodap gak la... 

Dah siap breakfast. Tapi, Kak Aneem masih takde khabar berita. Hu3...

Monday, May 9, 2011

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Awal2 pagi we ols dah ke Putrajaya. Nak ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kak Aneem kena lapor diri kat situ katanya...

Sume pun pegi except Abang Mie & kakak aku sebab diorang kan keje... Kitorang bajet2, anta Kak Aneem then, we ols jalan2 carik pasal la kan... Sebab macam aku dolu, masa lapor diri tu dah dikira 1 hari bekeje. Balik pun kena ikut opis hour la. Plan asal konon2 nak ke Nilai, menyopping kain ela untuk baju raya. Tu yang angkut sume sekali tuh.

Tapi, plan hanya tinggal plan sebab apa yang berlaku tersasar dari perancangan. Apa cer... yang terjadik? Owh... yang tu kena tunggu next3 entry. Skang layan gambar2 mukadimah dolu, ek?! He3...
















~ Peace, bebeh... daripada Lip2. Bajet comel abis la tuh! He3...






















~ Peace, bebeh lagik..! Kali nie dengan Kakak A_bern plak.






















~ Cik Odah dah melepek melekat ngan mak aku. Baik punya landing sambil minum susu. Jeles ah kak tau..! ;P

















~ Nenek & cucu2 yang sedondon kaler purple. Owh... I like..! Ahaks3...

Purple itu sangat santek kan? La3...

LAPOR DIRI

Bukan aku yang lapor diri/tukar jabatan ke apa ke kan... tapi, Kak Aneem. Alhamdulillah... Kak Aneem dapat offer bekeje di sektor awam jugak. 

Kak Aneem kena lapor diri kat Putrajaya. Abang aku mintak my 'sayang' tunjukkan jalan sebab dia memang fail katanya jalan belah KL/Putrajaya/yang sewaktu dengannya. Makanya, 27 April 2011, we ols pun berdesup ke Kajang, bermalam kat umah kakak aku sebab sok pepagi (28 April 2011) nak ke Putrajaya.

 
 ~ We ols bertolak lepas Maghrib, dalam pukul 8 p.m gitu la... 
 
~ Konvoi 2 bijik keta. Lip2 bese lah! Memula, musti naik keta aku. Dah 1/2 way kang, nak naik keta papa dia plak. Tu pun kalau dia tak tertido la.

~ My 'sayang' beli air mineral yang kalau nak minum, tarik punat kat penutup botol tuh then, minum la kan... Pastu, bila dah minum, tekan balik. Kira macam 1st time kot Lip2 jumpa botol air mineral macam tu. That's why la, kejap2 dia kata nak minum... Kang 5 minit kemudian nak minum lagik... Isk3...

~ Merah2 dah mata mak aku. Ngantuk kot!

~ Mata my 'sayang' pun dah layu2. Singgah la kejap kat R&R Ulu Bernam untuk supper & segarkan mata.

~ & perjalanan pun diteruskan... 

Lewat malam jugaklah we ols sampai ke umah kakak sebab singgah Segambut dolu, anta ikan haruan yang Andak pesan. Andak aku kan baru lepas operate fibroid. Tu yang nak makan ikan haruan tuh. Biar luka operate tu cepat sembuh.

Sampai umah kakak, aku dah mamai2 dah. Mata nie asik nampak bantal jer... Mak, abang, kakak, Abang Mie & Mak Lang gigih berborak lagik. Kejap2 gelak, kejap2 gelak... Aku dengor sayup2 jer sebab aku macam dah nak 'hanyut'... Kose dah nak menjoinkan diri. 

Tido adalah terapi terbaik masa tuh. Tapi, bila bangun pagi soknya, rasa macam, 'Alahai... menyesal la plak tak join borak2 malam tadi..! Hu3...'

Haish!






i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google