SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label LADANG TEH. Show all posts
Showing posts with label LADANG TEH. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

FINAL DESTINATION...

Ingatkan Kea Farm adalah destinasi terakhir. Rupa2nya tak... Sebab Abang roger2 ajak singgah 1 lagik ladang teh Cameron Valley, Bharat Plantations & Tea House. I is hokay jerrr... ;)

Plus, tak puas la bercengkerama dengan daun2 teh masa amik gambar kat Cameron Valley, 1st day tuh. Heh3...

~ Cantik kan dia punya pintu gerbang? 

~ Menyorok!

~ Lihatlah dunia..! ;)

~ Over betul diorang ni kan? ;P


~ Kak Yong dengan payung barbie. 

~ Mak tengah usha2 port terbahek untuk berposing. Heh3...

~ Hah, dah jumpa! He3...

~ Cucu2 tumpang menebeng.

~ Cameron Valley yang ni tak sama dengan yang memula we ols singgah tuh. Yang ni kurang sojuk. Berkerut2 dahi Mak menahan panas.


~ Ba2 cak! ;P

~ Boleh... Mak nak suap daun teh tu kat aku? Ha3...


~ Kat sini pun ada cafe. Boleh minum macam2 jenis teh yang ada dalam menu. Nak shopping teh pun boleh sebab sebelah cafe tu ada kiosk yang jual produk2 Cameron Valley.

~ Hasil penyopingan.

Lepas shopping, terus gerak. Nak carik kedai makan sebab dah lapor tahap gaban! Dah pukul 2 petang kot..! 

Tak jumpa pulak tuh! Kiri-kanan hutan belantara. Yang ada just pondok2 orang asli jual petai. Takkan nak lunch makan petai je kot! Uwaawaawaaa...

Nak tak nak, lunch kat Ipoh je la. Lunch kat Greentown Nova. Kebulur betul aku! Amik nasik putih, ayam goreng, kuah kari, sayur campur & sirap limau ais. Tak kose nak toleh ke mana2 arah sekalipun. Tau2 je dah licin pinggan!

Sandar kat kerusi, tarik napas pelan2 &... bbrrppp...!!! Ooppsss! Huduhnya tabiat! He3...

Tak terus balik. Tapi, singgah meyopping baju raya untuk belah family mertua. Hijau turquoise katanya... Beli kat Nagoya je... 

Lepas tu, my 'sayang' terjebak masuk ke Samsung. Terjebak dengan Samsung Advance. Nak tukar handphone katanya... sebab senang nak amik gambar projek. Tak payah nak angkut digital camera. Tu alasan pertama which is sangat2 munasabah. 

Alasan kedua pulak adalah sebab senang nak main Candy Crush Saga. Tak payah dah nak usung tablet. Hadoi la... Apakah..??!

Hmmm... takpe2... Kira munasabah jugak la tuh. Adeh3...

Ding dong, ding dong... pukul 9 malam kitorang sampai kat rumah Mak. Memang la penat... Tapi, puas hati! Happy hokay..! Tido malam tu pun tersenyum2 sampai ke telinga. Ececeh..! ;)

Dengan ini, habis lah sudah kesah family vacation ke Cameron Highlands. ;)

Coming soon punya family vacation adalah Langkawi..! Dah start menggoogle. Harap2, tahun depan dapat terlaksana. Mudah2-an... 

Sekian...


*Tamat...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, July 3, 2013

KU LIHAT HIJAUUU... LA3...

We ols ikut laluan Tapah. Jalannya sangat la bengkang-bengkok! Kejap2 kang aku senget ke kanan... Kejap2 pulak kang senget ke kiri.. Sentap pinggang ah kak tau! Adeh3...

Mak dah start berzikir sambil pejam mata. Well... Mak tak berapa tahan sikit jalan bengkang-bengkok nih. Pening2 lalat katanya...Memula I is hokay jerrr... Bila dah separuh jalan terasa jugaklah pening2 lalat tuh. Hadoiiyaiiinyapun..!!!

Akhirnya, sampai jugak kat Ringlet. Fuh, lega! Sebab dah kurang dah jalan bengkang-bengkok merangkap selekoh tajam tu kan... Tinggal selekoh manjas2 je. He3...

~ Kat Cameron Valley (Bharat Plantations & Tea House). Cannnnnnnnntekkk sangat, hokay! Hijau!

Terus laju2 nak feeling nyanyi lagu Abang Jenal Abidin...

' ... Dewasa ini kita saling merayakan, Kejayaan yang akhirnya membinasakan, Apalah gunanya kematangan fikiran, Bila di jiwa kita masih lagi muda & mentah, Ku lihat HIJAU... La3...'

Ecewah! Menyumbangkan suara pulok dah..! Hiks...

~ Sojuk kot..! Angin bukan sepoi2 bahasa je. Tapi, kuat sangat!

~ Lepak kejap.

~ Owh... apakah..??!

~ Merah! ;)

Sempat jugak la kitorang mengexplore ladang teh yang menghijau tuh. Jalan ke depan sikit, turun bukit sikit, semput2 sesak napas sikit sebab kekurangan stamina... Hu3... Mencik!!!

~ Menyorok di sebalik daun teh... tajuk album dia. Ha3...

~ Kak Yong pun nak jugakkk...

~ Lihatlah dunia hijau di belakang ah kak... ;D

~ Cubaan nak menyorok kat belakang Kak Yong. Memang tak... la kan... He3...


~ Cameron Valley Tea... Bagusss...!!! ;P


~ Gaya... Mutu... Keunggulan... katanya... Ha3...




Kat Cameron Valley ni, selain berphotoshoot, korang boleh je kalau nak minum2 teh kan... Ada cafe yang disediakan kat situ. Nak shopping souvenir pun boleh. Macam2 ada..! Bukan setakat teh tapi, strawberry, bantal strawberry, keychain, mug... isk... macam2lah! Harga affordable jugak aku rasa... Takde la sampai cekik darah ke apa ke kan...

Aku just beli strawberry yang 3 peket 10 hengget tuh je. Buat makan kat situ jugak. Kena tahan nafsu shopping sikit sebab ada banyak lagik tempat shopping yang hebak2 yang aku dah google. 

Mak ngan my 'sayang' yang minat strawberry nih. I is tak berapa minat. Boleh la kalau setakat nak merasa kan...

Tak boleh nak lepak lama sangat kat sini sebab nak carik Masjid Kayangan kat Brinchang. Kaum Adam nak bersolat Jumaat.

Yang 'wajib' didahulukan gitu..! 

Ecewah! Feeling2 Tok Adi (Tanah Kubur) pulak. P.E.A.C.E! ;)


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google