SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label KAK YONG. Show all posts
Showing posts with label KAK YONG. Show all posts

Sunday, April 27, 2014

ACU SUPPORT 'JEBAT' WALAUPONNN...

Sports Day Sekolah Rendah Al-Munir... sekolah Kak Yong.

Acu yang paling GORGEOUS haruslah support Kak Yong kan... Errr... baca kuat2 sikit, ek tang yang 'capital letters' tuh. Ha3... Poyo!

Buat kat Padang Majlis Perbandaran Teluk Intan. Rumah2 sukan diorang unik & macam best je. Semua nama2 pahlawan Melayu yang tersohor tuh. Tuah, Lekir, Kasturi, Lekiu & JEBAT. Antara semua rumah2 sukan tu, Acu terpaksa sokong & support rumah JEBAT lebih walaupun Kak Yong rumah Tuah. Sebabnya... hmmm... saya amat pasti anda semua tahu. Ha3...

'JEBAT' sangat mempengaruhi kehidupan! Gasaklah! #halussss ;)

~ Rumah Tuah a.k.a rumah Kak Yong adalah yang warna merah. Tapi, Acu dia highlight (arrow) kat rumah biru sebab JEBAT. Ha3... Ya ampon, Kak Yong... ;P

~ Sangat cute topi Kak Yong ni tau! Hiks...

~ Penonton merangkap pengkritik tetap. ;P

Seronok jugak tengok bebudak bersukan, especially yang sekolah rendah macam ni. Comel je. 

Acara untuk parents pun ada. Abang join tarik tali. Parents lawan cikgu2 lelaki. Parents menang! Cayalah..! Mana taknya kan... tengok saiz badan pun dah boleh agak. Parents semua 'body builder'. Yang cikgu2 pulak body bajet artis berkumpulan K-pop. Ha3...

Kak Aneem join acara mengupas kulit epal tanpa putus & paling panjang dalam masa 2 minit. Yang ni tewas! Mak kata, Kak Aneem kena berguru dengan Mak dulu. Then, baru boleh join competition ni balik. Takpe2... Tahun depan cuba lagi. Hiks...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, July 10, 2013

PENAWAR DUKA

Hobi Kak Yong...

Eh, hobi aku jugak kot..! Ke... penyakit keturunan..? Ha3...

~ Bangun tido dengan rambut serabai pun aci je...

~ Mangsa keadaan adalah papa dia...

~ ... aku... of course...

~ ... & my 'sayang'...

Actually, banyak lagiklah mangsa keadaan Kak Yong. Tak cukup space nak mention semua. Even kadang2 kucing lalu melintas kat depan dia pun boleh jadik mangsa keadaan jugak. 

Hadoi la...

~ Duck face katanya... A_bern la yang ajar nih!

~ Eh, aku pun poyo jugak kot..! He3...

~ Style pipi kembung.

~ Muslimah la pulak kan... Hiks...

~ Dia suruh aku belit2kan tudung tu macam Kakak A_bern dia. Tapi, aku kelepet2 then, belit aci dan je. Terus dia membebel2! Ha3...

~ Bila Kak Yong senyum / gelak, mata dia pun akan 'senyum / gelak' sekali. ;)

Macam ni la Kak Yong kalau naik kereta aku ngan my 'sayang'. Port faveret adalah kat depan. Terkangkang2 aku dibuatnya tau! Haish!

Dia behave tapi, mulut dia tak berapa behave. Means, dia dok diam2 tapi, mulut dia pot pet pot pet menyanyi la... berzikir la... lagu nasyid, lagu chenta, doa makan... semua dia belasah! Ha3...

Kalau tetiba Kak Yong senyap, maknanya dah tido la tuh. Bila dah start tido, ko nyanyi lagu rock sekalipun kat telinga dia, confirm dia tak bangun! Tido pengsan budak sorang nih. He3...

Suka sangat bercamwhore dalam kereta. Dia pinjam handphone aku then, dia amik la gambar diri sendirik ke... gambar jalan ke... gambar kulit limau dalam kereta pun dia amik jugak. Apakah..??! ;P

Pandai boring sendirik. Tau2 je dia dah simpan handphone aku kat dalam handbag.

Kak Yong... Kak Yong... 

Hmmm... budak2 memang penawar duka kan? ;)


:: Like3, ek! ::



Sunday, May 26, 2013

SEPULUH TUJUH..???

Selalunya, hari Jumaat je Kak Yong datang melepak kat rumah aku. Papa dia hantar la kan... Aku tolong babysit kejap sementara papa dia pergi semayang Jumaat. 

Kadang2 Abang ngan Kak Yong lepak sampai petang. Aku tinggal je kunci duplicate kalau aku nak masuk kerja balik.

Pada suatu hari Jumaat tuh, aku cuti. Saje nak rehat kat rumah. Bila tau aku cuti, harus la Kak Yong tak nak ikut papa dia balik. Nak tunggu Acu Pendi balik kerja & hantar dia katanya...

We ols hokay je... Plus, sekangkang kera je pun rumah Abang aku tuh. Aku di taman sini, Abang di taman sinun. Begitula kan... So, takde masalah.

~ Sebelum hantar Kak Yong, we ols bawak dia jalan2 pusing Teluk Intan lepas tu, makan2 kat Wana Cafe dulu. 

~ Beronok2 betul mokcik ni tau! Suka sangat la tuh!

You ols perasan tak kat atas meja tu ada cup kaler purple bernombor 17? Perasan kan? Perasan kan? ;P

Masa kitorang sampai, Kak Yong ghalit main cup tuh sambil menyanyi. Lagu apa ntah?! Banyak genre. Well... anak sedara ah kak kan berbakat besor macam ah kak jugak... suka feeling2 artis! Ha3... 

Tetiba Kak Yong tanya...

"Acu, ni nombor SEPULUH TUJUH kan?' 
(Sambil tunjuk nombor yang ada kat cup tuh.)

Aku confuse kejap. Lepas tu, aku pandang my 'sayang', my 'sayang' pandang aku balik. Dan2 tu kitorang gelak tak hengat!!!

Ha3...

Pandai Kak Yong buat lawak tau! Ada ke nombor 'SEPULUH TUJUH'! Nombor 'TUJUH BELAS' la Kak Yong!

Saje je tau Kak Yong ni, buat pankreas ngan buah pinggang kitorang bergetar2 sebab gelak. He3...

Sejak tu, bila nampak nombor 17 kat mana2, musti kitorang teringat kat Kak Yong. Kitorang pun dah tak sebut 'tujuh belas' tapi, 'sepuluh tujuh' jugak. Ha3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, July 25, 2012

TAHNIAH KAK YONG!

Mukadimah entry hari ni, takmo yang heavy2. Nak yang santai2 je. So, korang layan la, ek wajah2 kiut anak2 sedara aku yang gigih berfotogediks kat bawah nih.

Diorang memang over! Ha3...

~ Muka boyish Baby Odah. Eh! Nama Baby Odah dah tak relevan sebab semua dok panggil dia as Kak Ngah. Plus, dia pun bahasakan diri dia as Kak Ngah.

~ Peminat Choki2 tegar kot!

Dulu Kak Ngah 1 Taski ngan Kak Yong. Dia sorang je yang umur 4 tahun. Start bulan lepas kot, Kak Ngah dapat offer masuk Permata (Negeri). Syiok betul makcik cinonet nih bukan kepalang!

Ye la... aktiviti semua yang best2... bagi dia la kan... Aktiviti mencarik, menangkap, melukis & mewarna semut la... tengok rabbit la... hamster lagik...

Ada sekali tu, dia bagitau aku yang teacher bawak dia ngan kawan2 tengok hamster...

"Acu... tadi kan... Kak Ngah tengok 'emter'."

Aku dok 'hah2...' sebab tak paham 'emter' tu samadengan apa. Last2, bila dia dah penat explain, terus dia jerit...

"Isk... Acu ni..! Emter tu tikuslah!"

Ha3... Emter tu hamster rupanya. Dah ko pelat Kak Ngah, oiii! Telinga Acu susah nak pick-up! ;P

~ Ini Kak Yong. Siapa tak kenal kot kan... sebab selalu je aku jaja muka bam2 beliau kat sini. Pejam-celik, pejam-celik, dah 5 tahun dah umur Kak Yong.

~ Aku suka tengok mata Kak Yong sebab kalau dia senyum kan, mata dia pun ikut senyum jugak. Lepas tu, macam berkaca je mata dia.

~ Boleh Kak Ngah berposing dengan ketayap papa dia macam ni? Bajet kiut sangat la tuh! Isk3...

~ Dah la tak pakai baju. Sexy hot2, hokay! Ha3...

Mak call aku sambil nangis terharu + gumbira sebab abang cerita yang Kak Yong dapat puasa tunai semalam. Abang kata, balik dari Taski, Kak Yong tak merengek2 macam hari2 sebelum tu. 

Actually, sebelum2 tu pun abang dah train Kak Yong berpuasa. Tapi, takde la paksa sampai waktu berbuka. Tengok pada ketahanan dia la kan... So far, dia dah boleh tahan sampai pukul 3 petang macam tu la... Tup2, semalam dapat puasa penuh! 

Abang kata lagik, pukul 6 petang Kak Yong tido sebab letih sangat kot. Bangun2 je dah nak dekat waktu berbuka. Sebelum tu, abang ada tanya Kak Yong nak makan apa untuk berbuka. Kak Yong request nasik ayam. Laju je Kak Yong makan time berbuka! 

Tu yang mak touching habis tuh! He3...

Tahniah, Kak Yong! Acu bangga dengan Kak Yong. ;)


:: Like3, ek! ::



Monday, July 2, 2012

TAK BAHAYA KALAU KENA DENGAN CARANYA

Bila tau je nenek diorang nak buat laksa, laju je cucu2 mak nak menolong. Acu dia... of cos la gumbira sebab boleh relax2 sambil goyang kaki! Ha3...

Mak nak buat laksa. Pagi2, aku dah bawak mak pergi pasar mencarik bahan2. Balik dari pasar, terus bersilat kat dapur.

Tengah syiok2 hiris bawang sambil 'menangis' (pedih dek bawang), ada orang bagi salam. Owh... abang rupanya... datang bawak 'tentera2' dia. He3...

~ Memang faveret Kak Yonglah bab potong-memotong macam ni. 

~ Baby Odah biasa la kan... asal Kak Yong menolong, dia pun nak menolong sama! Tak kasik kang, sentap pulak! 

~ Abang ngan Kak Aneem pun tolong sekali. Kebetulan, Rifqi tido. So, boleh la bekerja dengan aman. Eh! Tapi, kalau Rifqi tak tido aku la yang paling bertuah kot sebab ada la reason aku nak larik dari dapur. Jaga Rifqi katanya kan... Ha3...

Laksa siap je, terus hidang & makan. Aku suap Kak Yong. Banyak jugak dia makan sebab dia memang hantu laksa pun!

Well... budak2 kan memang suka belajar mende baru. Contoh macam tolong potong-memotong kat dapur nih. Kalau kita asik tak kasik je sebab bahaya tak bagus jugak. Kita boleh je twist aktiviti yang nampak macam bahaya ni kepada aktiviti yg berfaedah sambil bagi ilmu secara tak langsung kat diorang. Tapi, mesti kena dengan caranyalah.

Kena explain yang nak buat aktiviti tu tak boleh main2. Kalau main2 adalah bahaya. Nanti luka, kena jumpa doktor bagai... Tegas sikit kata, kalau main2 jugak, aktiviti akan distopkan!

Lepas tu, kasik la pisau yang paling tak tajam di dunia. Pandai2 la korang carik. 

Jangan bagi diorang potong sesuatu yang terlalu keras atau susah sebab tu pun akan membahayakan jugak. Kasik la timun ke... kangkung ke... kobis ke... begitu... 

Ajar cara memotong yang betul. Contoh, kalau nak buat laksa kan timun tu kita potong panjang2 macam batang mancis kan... Suruh diorang potong sebegitu rupa jugak. Takde la nak perfect sangat tapi, seakan2 la... Senget-benget sikit tu kira aci la... Dah namanya pun bebudak kan... 

Bukan apa... bila diorang tengok kita potong panjang2 elok je, diorang pun akan berusaha jugak nak potong panjang2 macam tuh. Lepas tu, kita reward la sikit... kasik puji kembang-kempiskan hidung diorang sikit. Baru la diorang bersemangat! 

Paling penting, aktiviti ni mestilah di bawah pengawasan kita. Jangan pulak ko kasik pisau & timun, lepas tu ko tido! Memang mintak kena sepak la tu kot!

Aktiviti di dapur macam ni, 1 sesi pembelajaran jugak untuk diorang kan? ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, April 17, 2012

'PENYAKIT KETURUNAN' YANG SUKAR DIKAWAL!

'Penyakit keturunan' tu samadengan camwhoring/berposinglah. Bukan penyakit yang dasat2 tuh. Nauzubillah...

Anak2 sedara aku dari yang besor sampai yang kecik, semuanya dah terberjangkit dengan 'penyakit keturunan' nih. Asal tala camera je, secara automatic diorang pose! Asal diorang pose je, tala camera! He3...

~ Kak Yong memang diva la kan... bab2 berposing sakan nih. 

~ Baby Odah aci follow2 je... Apa Kak Yong dia buat, dia pun nak buat jugak. 

~ Tak kesah la walau muncungnya ke laut, tak macam Kak Yong, tapi tetap nak buat mende yang sama jugak! Kalau tak layan, mau sentap tak hengat! Ha3...

~ Sorang makan asam, sorang lagik minum Ribena. Dua2 pun masam! Awwsss! Aku pulak yang terasa2 masamnya. Eh!

~ Holloh3..! Sweet sangat..!

~ Lokasi: Of cos la di villa nenda terchenta..! ;P

~ Aku suruh buat bentuk love, bergabung berdua... Tapi, haub... Yang penting, posing tetap over! Ha3...

'Penyakit keturunan' yang diwarisi kot. Memang out of controllah! He3...

Takpe... Keep it up sebab tak rugi pun... Betul tak? ;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google