SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, May 31, 2012

BESTNYA ADA ORANG BELANJA MAKAN..!

Kalau abang aku kata nak belanja makan, harus angguk laju2! No hal, bebeh! Ha3...

Abang roger2 mak, kata nak belanja makan. Memandangkan petang tu kitorang dah makan sup tulang terbaekkk yang mak masak sampai jilat2 mangkuk... heh3... makanya, abang decide belanja makan kat KFC je. Owh... 'Aiman' memang tak kesah! Janji makan free, 'Aiman' ok jerrr..! ;P

Eh! Sejak bila pulak bertukar nama jadik 'Aiman' nih??! ;P

~ Kami keluar lepas Maghrib. Sampai2 je, terus carik port. 

~ & Kak Yong pulak terus je nak sawan camera! Haish!

~ Macam KFC tu tok dia yang punya..! Ha3...

~ Sebenornya, mewarisi kegedikan siapa ni, ek? Cer tolong explain sikit, peh---lisss... ;P

~ Baby Odah pun nak jugak... Hiks...

~ Eh! Acu diorang pun nak menyelit jugak... Siap buat muncung Kilafairy lagik! Ahaks3...

~ Dengan Rifqi yang tersangat la aktif! Letak atas meja, dia merangkak ke sana ke mari seolah2 dia takkan jatuh dari meja tuh. Hadoiiyaiii..!!!

~ Sudahnya, aku 'gantung' Rifqi ke dinding. Amekaw! Heh3...

~ Dah penat kena 'gantung', landing atas meja balik. Main botol susu tu diam2 tau!

~ Ntah apa ntah yang kelakor sangat pasal botol susu tuh, aku pun tak tau. 

~ Rifqi dah behave, Acu Rifqi pulak yang tak berapa nak behave. Snow cap Rifqi pun kira aci jugaklah buat props! Ha3...

~ Senyuman manja si tukang belanja... Kiut habis! *bodek-bodek-bodek* ;P

Ramai jugak yang menjamu selera kat KFC malam tuh. Kalau kami lambat sikit, mesti port terbaekkk untuk family dah takde. Port yang kami chop ni pun, sebelum tu ada orang. Elok2 kami masuk, diorang keluar. Hmmm... nasib yang baik barangkali... ;P

~ Makanan dah sampai. Jom kita ngap dulu..! La3...

~ Kak Yong & whipped potato kegemaran...

~ Sila jangan tiru 'aksi berbahaya' ini... Heh!

~ Manja---manjas-manjasss kot..! ;P

~ Mak sedang makan sambil berposing. Mak rockslah! He3...

~ Aummm3..!!! 

~ Ni kalau tengok time puasa ni, memang meleleh banyak kot air liur! Sekotak tisu pun tak cukup nak lap. Ha3...

Rifqi makan ayam secara tak hengat! Tak percaya, sila rujuk gambar2 di bawah nih.

~ Time makan je Rifqi dok diam2.

~ Menikmati betul! He3...

~ Geram3..!!! Lawaklah Rifqi. ;D

~ Imam Muda Rifqi tengah gigih makan ayam KFC. Heh3...

~ Mak mertua lalu pun tak sedar nih! Ha3...

~ Ye! Ayam saya sudah habis! Sekian... ;P

Lepas makan, kami singgah pasar & gerbang malam kejap. Mak nak carik tudung kaler ijo lumut. Jenuh tawaf tapi, tak jumpa jugak. Frust mak! Kesian...

Baby Odah dah mula meragam. Memula, nak belon arnab sebab nampak ada budak bawak belon arnab kat luar KFC. Dah belikan belon, dia meragam lagik sebab nak sling bag barbie kaler pink. Kak Aneem dah kurang sabor kot. Tapi, dalam pada tak berapa nak sabor tuh, laju2 jugak dia carik sling bag berkenaan, takmo Baby Odah 'azan' kat tengah2 orang ramai tuh. Nasib baik ada. Fuh! Lega.

Alhamdulillah... Lazat betul kalau hari2 pun ada orang yang sudi belanja makan. Ngeh3... 

Terima kasih daun keladi abang... ;)


:: Like3, ek! ::



Thursday, May 24, 2012

MASTERCHEF DI HATIKU...

Air tangan mak memang tak samalah dengan air tangan aku. Aku punya la masak siap on tablet nak tengok resepi bagai... follow setiap step dalam resepi tuh... dengan sukatannya sekali... tapi, tu pun kadang2 haub jugak! 

Sedeh!

Mak masak aci campak2 je pun, terus jadik super saiiyaaa! Eh, silap! Super sodap! ;P

Macam masa mak lepak kat rumah aku hari tu, mak masak soto ngan ayam sir sau. Perrgghhh..!!! Terangkat, bebeh! Terasa macam setiap jam nak makan! Adeh3...

~ Still dalam kuali pun aku dah start cedok2. Tak menahan kot... He3...

Jom tengok hidangan ke-2 pulak. Sediakan tisu, ek! Heh3...

~ Ayam sir sau... resepi tradisi family aku. 

Sampai sekarang, aku tak pernah try lagik masak ayam sir sau sendirik. Tak confident kot... Rasa rugi pulak kalau tak menjadik. Hu3...

~ Ayam sir sau memang sangat2lah terbaek kalau dimakan dengan ketupat mini. Tak toleh kiri kanan depan belakang dah! Confirm! ;P

Kejap2 aku makan... Kejap2 lagik kang, aku makan lagik! Pendek kata, asal pergi dapur je muka aku. Asal muka aku je pergi dapur. He3...

Terima kasih, mak sebab sudi masak untuk anak mak yang kuat makan lagik kiut nih! Cewwah..!!! Ha3...

Maklah MASTERCHEF di hatiku... ;)


:: Like3, ek! ::



Sunday, May 20, 2012

HALAQAH BERSAMA USTAZ KAZIM ELIAS

Kenal Ustaz Kazim Elias tak? Alaaa... penceramah yang fames amos tuh..! Rasa2nya kalau korang google (images), mau berderet2 result keluar tunjuk rupa paras Ustaz Kazim Elias tuh.

So, kalau nak berkenalan silalah google, ek! Heh! ;P

Baru2 ni... eh, baru tak baru jugaklah kot... He3... Aku ngan my 'sayang' bawak mak tengok ceramah live Ustaz Kazim Elias kat Dataran Menara Condong. Start pukul 9 p.m. Kami sampai lewat sikit je pun. Tapi, dah full house, noks!

~ Kerusi2 yang disediakan memang semua dah penuh. Terpaksa la kami berdiri. Lemah lutut. Adeh3...

Sebelum ni, aku dengor ceramah Ustaz Kazim Elias ni kat opis je sebab Encik Amir rajin pasang kuat2. Sesambil buat kerja tu, boleh la dapat ilmu jugak kan... Mana yang terkena batang hidung tu, pandai2 la nak berubah sikit2. Pelan2 kata ko!

Tetiba dapat dengor & tengok live Ustaz Kazim Elias punya ceramah. Best! Ada sense of humor. So, agak2 mata nak terpejam tuh, terus celik balik. Siap gelak2 lagik! He3...

~ Tak lalu dah nak berdiri. Last2, kami belasah je duduk bersila kat dataran tuh. Plus, ramai je yang buat macam tu jugak...

Pukul 11 ++ p.m jugak la baru habis program Halaqah Bersama Ustaz Kazim Elias tuh. Kami sempat beli 3 CD ceramah ustaz yang dijual secara sah kat situ. 

Alhamdulillah...

~ Cantik Menara Condong di waktu malam. Macam2 kaler lampu ada! Kejap biru... kejap purple... merah... kuning... hijau... 

Meh la datang Teluk Intan, tengok Menara Condong yang 'senget' berdiri tuh! ;P


:: Like3, ek! ::



BILA KONTRAKTOR LAWAN WANITA...

Jangan tak tau... my 'sayang' sekarang tengah gigih bersukan balik. Misi nak menjadik sportsman kata ko! ;P

Main bola sepak & badminton. Join geng2 kontraktor dialah. Siap ada Perlawanan Persahabatan lagik, noks! Dasat2... ;P

~ Jangan sentap, ek bila tengok tarikh kejadian. Harap maklum. Heh3...

Sebelum game nih, boleh dikatakan tiap2 petang my 'sayang' pergi training main bola kat padang SMK Seri Kandi. Kesian bini dia asik kena tinggal kat rumah. Owh... sob3...

Heh! Propa sangat..! He3... My 'sayang' ajak je aku join tengok dia training. & ada la jugak 3-4 kali aku pergi tengok. Tapi, kalau penat sangat memang tak la... Sebab diorang training mostly on weekdays, lepas opis hour, kekdahnya...

Tapi, bila tiba hari game, memang takde kompromilah! Ah kak kasik full support kat my 'sayang'. Ah kak datang tengok dengan mak. Abang & family pun join jugak. Sokongan moral kata ko! ;P

~ The VVIP-ies...

~ Penyerahan cenderahati daripada Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Hilir Perak (PKMMHP) kepada VIP jemputan.

~ Players pun bertukar2 cenderahati jugak.

~ Eh! Lupa nak bagitau... actually, game ni adalah antara PKMMHP dengan Pasukan Bola Sepak Wanita Kebangsaan Malaysia.

~ Means, geng kontraktor vs geng wanita la nih.

~ Bergambar tak hengat dulu sebelum masuk padang.

~ WANITA, hokay..! ;P

~ Pose senget daripada my 'sayang'. He3...

~ Game belum mula, my 'sayang' dah terjah 'tangki' air minum dulu. Adeh3...

~ See2!!! 

~ Let the game begins...

~ Jaga2!!! 'No. 79' nak masuk padang..! Ha3...

~ 'No. 79' pemain faveret ah kak..! Owh... 'Abang No. 79'... Heh3... 

~ WANITA injured!

~ WANITA menggelecek, 'Abang No. 79' mengejor! ;P

~ 'Abang No. 79' semput sebab bloating, terlebih minum air sebelum masuk padang. Ha3...

~ Pom2 girl yang nampak boyish. Heh3...

~ Pom2 girl #2. Cewwah!

Nervous tau ah kak menengok game nih! Nervous takut kontraktor kalah 1 hal... nervous tengok my 'sayang' yang berlari2 anak kat tengah padang pun 1 hal! Jarang kot tengok my 'sayang' berlari2 macam tu... Takut pengsan bawak perut. Ha3...

Kontraktor menyengat jugak mula2. Siap sumbat gol lagik. Tapi, wanita takmo mengaku kalah. Akhirnya, wanita menang, 3-2. Congrats2...

Walaupun kontraktor kalah tapi, dapat sumbat 2 gol tu pun dah kira orait kan... Chill2... ;)

Well... orang kata, kalau seseorang lelaki tu jenis sportsman, badan dia makin fit. Tapi, kalau elok2 lepas habis game dia bantai makan kuih dengan bihun goreng siap minum air ais bercawan2, macam mana nak dikategorikan tuh? *Merujuk kepada my 'sayang', ek!* 

;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google