SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, December 19, 2016

YOU NAME IT!

#Throwback

Kami check in di Hotel DJ Citi Point.

Hotel DJ Citi Point,
16, Pusat Niaga Paya Keladi, 
Jalan Kampung Daik,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu.

No. Telefon: 09-6309908

Booking 4 bilik, via Agoda. Bilik Kakak ada problem sikit dari segi keluasan. Sempit gila! Dengan tv mounted kat bucu atas tahap kene dongak2 kalau nak tengok tv, laluan dari pintu bilik ke katil giler sempit! Macam tak masuk akallah! 

Kami try tanya baik2 kat receptionist. Memang itu bilik yang kami booking via Agoda katanya... Nak tukar, tak boleh... sebab fully booked. Nasib baik awal2 lagik diorang upgrade bilik aku. Dapat Deluxe Room, 1 queen + 1 single bed. So, aku tarik Mother masuk bilik aku. Kakak & Abang Mie amik bilik Mother. Masalah selesai.

Tapi, still musykil kenapa pihak hotel upgrade bilik aku. Kami syak, maybe sebab bilik tak munasabah yang Kakak dapat tu. Sumpah, memang tak masuk akal! Tak paham macam mana diorang boleh jadikan bilik tu sebagai bilik penginapan kategori standard. Konpius!

Rating: 3/5 mintang

Kalau tak kerana bilik tak masuk akal tu, kompom boleh up lagik mintang2 tu. Sebab staff friendly la jugak, bilik Abang, Mother & aku pun ok, bersih. 

~ Rupa paras entrance bilik aku.

Accomodation untuk Standard Room:-

1 x queen bed
Air conditioned
Attached bathroom
LCD tv with Astro
Kettle

Accomodation untuk Deluxe Room:-

1 x queen + single bed
Air conditioned
Attached bathroom
LCD tv with Astro
Kettle
Mini fridge

Petang tu, aktiviti bebas. Aku, Oppa & Mother buat aktiviti makan Maggi. Kemudian, tido. Bagus betul untuk penternakan lemak. Ha3...

~ Dinner kat Restoran Fasha Thai Food.

Hujan kot..! Memang rasa sodap je semua makanan. Ha3...

~ Takde lift. Kena exercise, naik tangga.

~ Laluan ni cantik. Nampak hipster.

Nyenyak kaw2 tido malam tu. Dengan hujan, air cond lagik... badan flat... perrgghhh!

Esok paginya, bangun awal sebab nak shopping kat Pasar Besar Kedai Payang. 

~ Pandangan depan Hotel DJ Citi Point.

~ Breakfast

~ Gerai ni kat depan hotel je. Seberang jalan.

Tak kose nak breakfast jauh2. Sebab Pasar Besar Kedai Payang dekat dengan hotel. Jalan kaki je.

~ Aktiviti sopping bermula.

~ Gigih nak sedondon dengan Oppa. Masalahnya, dah macam baju Melayu dah, haaa..! Kakak penjual tu kata, unisex. Hmmm...

~ Kesian dia... haus. Mama Rania tak habis sopping lagik...

~ Hasil penyopingan Rifqi. Ottomen Mebius. Ha3...

~ Antara 'banker bertauliah' merangkap tukang jaga + bawak barang2. He3...

Macam2 ada kat Pasar Besar Kedai Payang tu. Baju, keropok lekor, keropok keping, serunding, sutera, batik Terengganu, songket, kraftangan, souvenir, bla3... You just name it, bebeh!

Boleh tawar-menawar. Pandai2lah. Sediakan duit & sila shopping.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google