SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, December 6, 2016

BEREH, BOH..!

#Throwback

Alhamdulillah... A_bern berjaya 'memboloskan' diri untuk masuk IPTA via UPU. Course Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Pengkomputeran Perniagaan, UiTM Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu.

Bukan course pilihan utama A_bern. Kami tak paksa untuk dia accept. Biar dia decide. Beserta khidmat nasihat daripada kamilah. Finally, dia setuju.

Maka... ke Ganu kitalah kami..! ;D

Transit 1 malam di Kajang. Pukul 3 pagi, berdesup on the road, menuju ke Ganu. Passangers semuanya mamai, mata kuyu, tak boleh blah! Takpe. Takde hal! Yang penting, 'Pak Supir' sekalian semenggah, segar-bugar. He3...

Belum pun jejak bumi Ganu tapi, dah gigih speaking Ganu. 'Mung... Makang... Bereh, boh... Ikang... Bla3...' Secara lisan & secara WhatsApp. Over nau2! Ha3...

~ Aktiviti berfaedah dalam kereta.


Pastinya akan ada banyak pit stop. Untuk refresh, untuk makan, untuk ke toilet & sebagainya...

Pit stop pertama: R N R Temerloh, Pahang. Breakfast pun kat sini.

~ Terserempak dengan Volkswagen Vanagon. 

Don't worry, tuan empunya Volkswagen Vanagon. Kami tak sentuh pun vanagon kamu. Kami ucap terima kasih sebab bawak spesis kenderaan yang comel ni ke R N R Temerloh. Dapat kami tumpang selfie. ;D



Kami exit Chukai. Sebab nak ke Pantai Kemasik yang katanya cantik nau2 untuk photoshoot tu. Tak tau la route tu betul ke... atau ada lagik jalan shortcut. Kami ikut hasil peng-google-an & info daripada kawan2 yang pernah / sedang bermastautin kat Terengganu.

Alhamdulillah... berjaya sampai di Pantai Kemasik. Melompat mintang sebab memang cantek. Ada 2 batu besar yang superb untuk photoshoot. Ah kak excited lapanploh juta kali..!!! ;D

~ Batu besar #1.

~ Pandai2lah nak panjat. Nak tertonggeng ke... terbalik ke... ikutlah kreativiti memasing. Yang penting, hati2.

~ Dengan model cilik. Eceh!

~ Ottomen dengan Rifqi berpisah tiada...

~ Terima kasih kepada Encik Photographer. Gigih carik angle. Heh3...

~ Tetap moment walaupun candid.

~ Mula memanjat lebih tinggi.

~ Bawak geng. He3...


~ Feeling2 photoshoot majalah Libur. Ahaks...

~ Pemanjatan paling tinggi. Boleh je kalau nak tinggi lagik. Tapi, tak berani. Macam agak bahaya. 

~ Rifqi dipaksa berlakon. Ha3...


~ Candid lagik...

~ Pelakon cilik tu memang sangat2 memberikan kerjasama! Baguih! Hiks...

~ Acah2 terbang.

~ Melompat mintang! ;D


~ Rania dalam dunia sendirik.

~ Rifqi cuak tapi, kena paksarela dengan Acu dia. Ha3... Nak kasik dia berani sikit. Sebab dia penggayat nau2! Genetik Abang... Hu3...

~ Rifqi yang paling amazing!

~ Love Statue yang ke Laut China Selatan... pergi dia! Ha3...

~ Photoshoot spesel 3 beradik ting tong. Ha3...

~ Kakak: Zapin sukahati. Abang: Acah2 melompat mintang. Aku: Peace!

~ 2 orang 'Angels' bersama 'Charlie nya'...

~ Terima kasih kepada Cik Photographer bidan terjun. Student fotografi, hokay..! Ironi sangat..! Hiks...

~ Batu besar #2. 

Amik gambar dari kejauhan je. Tak larat nak menapak. Hu3...

~ Hindustan sangat..! Filem Bobby ke... Kuch2 Hota Hai ke... Dilwale ke...?! Sukahati. Ha3...

~ Nice

~ Cubaan nak nampak kecik. He3...

Kami bergegas teruskan perjalanan. Perut dah berdondang sayang. Mission: Carik port makan tanpa google... tanpa sebarang survey. Redah je. Asal nampak ok, singgah.

Terkesima sekejap tengok Kompleks Industri Petroleum Petronas, Kerteh. Nampak asap + api berkepul2 dalam serombong petroleum tu, memang amazing lah! Kagum & bangga sebab tu hasil bumi negara kita. Haaa... nampak tak ah kak patriotik?! ;)

Tak ingat lunch kat mana. Tapi, area selepas Kerteh tu la... 

~ Sampai di Marang.

Mata, kejap pejam (read: tido), kejap celik (read: jaga). Tak sabar nak sampai tempat penginapan. Nak refresh.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google