Siapa kata picnic nak kena jauh2? Nak wajib ada pantai dengan deruan ombak... Nak kena ada taman rekreasi ada pokok2 so that, boleh bentang tikar kat bawah ia... Nak hadap sakit2 pinggang sebab lama sangat duduk dalam kereta untuk sampai ke destinasi...
Well... itu semua bonus jerrr... Kalau takde / tak hadap pun takpe. Still boleh picnic. Cuma kena kreatif sikit. Macam aku & Kak Yong. Eh2, tetibe je nak up diri sendirik & anak sedara..! Ha3...
Dimulakan dengan membukak bonet #CikPuteh. Kemas2 sikit, adjust2 tang 'rak kasut bergerak' tuh. Heh3...
Kemudian, godek2 peti sejuk Mother. Sebab apa peti sejuk Mother... bukan peti sejuk aku?! Sebab kejadian ni berlaku kat rumah Mother. Harap maklum.
Tips: Pastikan kerja menggodek2 tu membuahkan hasil berbentuk makanan. Sebab kalau tak berhasil ia boleh mengakibatkan amukan tahap 4. Ha3... Plus, tak jadiklah namanya picnic kalau takde makanan kan...
Dalam kes ni, hasil yang kami jumpa adalah aiskrim sumi. Hokay, thorrbahekkk..!!! Melompat bintang aku ngan Kak Yong. La3...
Lepas tu, on lagu2 kegemaran kat tab / apa2 gadget yang ada. Tab pass kat Kak Yong sebab Kak Yong nak main game. Aku teruskan dengan menyumbangkan suara yang lunak merdu sangat nih. Bukan setakat Kak Yong tapi, Tok Ram pun mampu stress dengor nyanyian aku. Ha3... Gasak kaulah!
~ Picnic di bonet kereta. |
Semoga jadik sumber inspirasi... Ahaks...
:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::
No comments:
Post a Comment
KAMSAHAMNIDA...