Kesah sebelum raya & Romadhon jugak...
Kesah beronok2 di hari raya belum tiba lagi. 'Roh & jiwa' nak susun atur, nak mengarang bagai... belum muncul. Ha3...
Hokay, back to the point! Ecewah, skipping London plak ah kak kan..! Heh3...
Memem & Yana buat kenduri akikah untuk anakanda ke-2 diorang, Muhammad 'Adry Refhan a.k.a Refhan. Kami free. Makanya, kami pergi. Bawak My MIL & Abah sekali.
~ Whatever it is, selfie itu penting. Sebab kalau tak selfie, umpama sayur kurang garam, kurang enak, kurang sedap gitu..! Ececeh..! Ahaks... |
Sejurus selepas itu, misi mencarik kambing akikah pun bermula... ;D
Perjalanan dari Teluk Intan, Perak ke Banting, Selangor agak jauh jugak kot... Dari perut kenyang dah mula rasa lapor. Lagik beberapa kilometer nak sampai ke rumah parents Yana, aku dah gigih bayangkan nasik dengan lauk-pauk kenduri. Ha3... Sedeh!
Sampai2 je, tuan rumah pelawa makan. Pergghhh..!!! Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, noks..! Indahnya duniaaaaaa...... He3...
~ Projek membuli Refhan. Heh3... |
~ Tetap gigih tido walaupun digodek2 sebegitu rupa. Syabbash, Refhan! |
Selesai di Banting, kami ke Bangi pulak. Rumah Cuk Dam & Mak Su. Aku & Oppa ok jerrr... bab berjalan2 carik pasal ni. ;P
Mak Su jamu pisang goreng & keropok lekor. Terima kasih, Cuk Dam & Mak Su sebab sudi terima tetamu seperti kami, yang tak payah susah2 nak diajak makan, laju je buat macam rumah sendirik. Ha3...
Sekian, wassalam...
Eh, macam buat karangan surat tak rasmi pulak..! Hiks...
:: .A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::
No comments:
Post a Comment
KAMSAHAMNIDA...