SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, May 27, 2015

VACAY YANG TERTUNDA...

#Throwback

Ini kesah percutian bersama family mertua ke Langkawi. Sebenarnya, ini projek / vacay yang tertunda. Ada beberapa halangan & rintangan. Tapi, kami tak mudah give up, especially Awa, JKKKKKK Utama Lawatan (JUL). Semangat bercuti, maintain membara! ;D

& hari yang dinanti2kan pun kunjung tiba... Ecewah! Ayat sasterawan dah keluar dah, hoiii2..!!! ;P

~ Jalan agak jem & hujan non-stop.

Memang sepanjang jalan tu hujan turun. Kejap renyai2... kejap lebat... kejap renyai2 balik... cenggitu la kekdahnya... Accident pun banyak. Mungkin sebab faktor keadaan jalan yang licin. Amiklah iktibar. Kalau hujan + jalan jem cenggini, toksahlah ko nak gigih tekan minyak seperti pelumba F1. Sangat tak patut!

Kami transit di Pokok Sena. Menumpang tido 1 malam di Kuarters Penjara Pokok Sena yang abang ipar & Kakak Roy sediakan untuk kami. Terima kasih banyak2...

Sampai pun dah pukul 12 tengah malam. Memang tak patut ada aktiviti lain selain tido. Kalau tak boleh tido pun, tetap kena paksa mata untuk terkatup jugak sebab esok, sebelum Subuh dah nak kena gerak ke Kuala Perlis.

Perancangan berjalan lancar. Mon lead dari Pokok Sena ke Kuala Perlis sebab expert. Hometown katanya... Solat Subuh di Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis. Perrgghhh..!!! Ramai betul umat manusia! Nak amik wudhu' pun kena beratur panjang. Owh3...

¬ Berkumpul. Nak kira 'ahli rombongan'. Make sure cukup.

¬ Wajib! Ha3...


Awa call owner parking. 5 minit kemudian dia sampai & guide kami ke:-

Mat Parking Berbumbung dan Terkawal
Kuala Perlis, Perlis

No. Telefon: 013-4414467 / 019-4057392 / 013-4809373

Strategik. Dekat sangat dengan Terminal Feri Kuala Perlis. Berbumbung & berpagar. Kadar parking selepas dinegotiate oleh JUL adalah RM 10/day.

Lautan manusia lagik kat Terminal Feri Kuala Perlis. Kami terus buat barisan, jangan putus, bergerak ke pintu 8 sebab dah tanya2 & ada announcement. Berchenta jugaklah nak menunggu pintu 8 tu bukak. Announcement dah banyak kali, siap mention, '... panggilan akhir... last call... bla3..." tapi, pintu boarding tak bukak2. Sikit lagik je nak bertukar kaler jadik ijo! Huh!

Untuk mengelakkan korang tersadai kat terminal tu lama2 sebab datang awal tapi dapat tiket pukul 12 tengahari & ke atas, better korang tiru kami. Book tiket online di www.langkawiferryline.com

Boleh book awal. Isi maklumat peribadi (nama penuh, no. IC, etc.), recheck, pay online via maybank2u contohnya & print ticket & summary. Simpan elok2, tunjuk masa boarding then, dah boleh naik feri. Tambang feri seperti berikut:-

RM 18/head sehala - Dewasa
RM 13/head sehala - Kanak2 (3 hingga 12 tahun)

Kuala Perlis - Langkawi makan masa 1 jam 15 minit. Kalau dari Kuala Kedah, 1 jam 45 minit. Silalah duduk ikut nombor seat memasing. Tak perlu berebut2 & tak payah la nak amik seat orang lain. Hidup ni, biar berperaturan sikit. Peace!

¬ Memanfaatkan masa. ;P

¬ Oppa pun sama jugak, 2 x 5... He3...

¬ Dapat seat tepi tingkap. 

~ Bolehlah layan pemandangan puas2.

Tiba2 feri terhenti. Macam statik je. Rumours nya adalah, mungkin ada masalah enjin. Perrgghhh..!!! Cuak jugaklah! Nasib baik tak lama sangat & alhamdulillah... selamat sampai kat Terminal Feri, Kuah. Fuh, lega..!

Pertama2 sekali yang perlu dibuat adalah amik rental car daripada owner. Penting sangat tu! Takde transport, maka tak bolehlah nak round 1 Langkawi. Kannnnnn.........

Rombongan kami agak besar. So, kami sewa Kia Pregio & Saga BLM. Kadar sewa, aku tak sure. 

Kemudian terus ke Langkawi Kak Besah & Zah Homestay. Maknanya, 2 buah homestay daripada 2 orang owner. Tapi, diorang ni ada hubungan kekeluargaan. Homestay2 tu pun boleh dikatakan 1 laman, tak jauh. Boleh je kalau nak 'hoi3...' orang di sana & orang di sana 'hoi3...' balik orang di sinun. Cenggitu kekdahnya...

Langkawi Kak Besah Homestay ada 2 bilik berkipas & ber-air cond. Living room dengan dapur, bapak besar! Accomodation dia ok la... Tapi, lantai tu macam melekit2 sikit. Tak mop kot... Hu3...

So, ah kak kasik... 2.5 mintang2 berkerlipan... Heh3...

Zah Homestay pulak ada 3 bilik. Living room luas, dapur kecik sikit tapi, not bad la... 

Yang ni ah kak kasik, 3 mintang.

Kalau nak cuba, try, test, survey2... silalah ke www.langkawikakbesahhomestay.blogspot.com 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google