SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, May 29, 2015

ALAH MEMBELI, MENANG MEMAKAI

#Throwback

Berehat2 sekejap je kat homestay. Budak2, mak2 budak & bapak2 budak perlu rest & mungkin boleh tido dalam sejam untuk gain energy supaya nanti tak semput masa berjalan2 & sopping.

Destinasi pertama adalah Padang Mat Sirat. Photoshoot sikit & shopping.

~ Rumah idaman Oppa. Rumah kayu, ada kolong & ukiran2.

~ Athirah takde. Mungkin dengan Mak Tam & Pak Tam dia.

~ Freedom

~ Ok, tu dia! Athirah ada dengan Acik Kakak & Cik Mon dia rupanya.

~ Mana yang ada je. Yang takde tu, maknanya mereka gigih bershopping.

Specialty kat sini adalah kain batik & pelekat. Barang2 lain macam baju, topi, coklat, bla3... pun ada jugak. Tapi, aku dengan Oppa memang dah setkan kat kepala setiap kali pergi Langkawi, bahawasanya Padang Mat Sirat adalah untuk sopping kain batik & pelekat. Cenggitu...

Ada banyak kedai. Pandai2lah korang pilih & bargain harga. Paling penting, bandingkan corak & kualiti kain. Sebab ada kedai yang boleh turunkan harga sampai 13 hengget sehelai & ada jugak yang maintain 15 hengget sehelai untuk jenis / brand yang sama.

Contohnya cenggini... aku dapat harga 13 hengget kat kedai depan tapi, dapat harga 15 hengget kat kedai belakang. Tapi, aku pilih yang belakang sebab corak lebih up to date. Kedai depan tu bagi harga murah sikit sebab corak dia dah agak old skool. Peniaga takkan cakap yang ia adalah old skool / out dated. Kita sebagai pengguna / customer yang kena bijak buat perbandingan & pilihan. Alah membeli, menang memakai.

& aku nampak kejujuran pada peniaga di kedai belakang bila dia ingatkan kami pasal rampasan kastam. Had maksima untuk bawak keluar kain batik adalah 5 helai sahaja. Kalau terlebih had, kompom buta2 akan jadik 'hak milik kastam'. Makanya, adik2 ipar, biras bagai... adalah 'sangat diperlukan' dalam situasi ini. Ho3...

But, don't worry for kain pelekat. Ko beli sebabun pun takde hal!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google