Wednesday, January 28, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #75: BURGER TOWER

~ Bkn 1 tapi, 5!!!

Burger Tower... ko mampu..??! Ha3... Hadoih!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, January 26, 2015

FINALLY... SETUJU

Memang agak susah sikit nak ajak Intan Raudhah a.k.a Kak Ngah potong rambut. Mungkin sebab dia tak suka rambut pendek... atau mungkin jugak sebab dia fobia! Kak Aneem kata, ada 1 barbers pernah gunting rambut Kak Ngah secara kasar! A female... Malay barbers. Aku pun selalu jugak potong rambut kat salon kakak tu. So far, ok je. Cumanya, kakak tu memang seorang yang moody.

Maybe, masa dia gunting rambut Kak Ngah tu, mood dia tengah swing. Ada masalah rumah tangga kot. Tapi, hagak2 la kan... tu masalah rumah tangga ko. Ape kejadahnya nak babitkan kepala & rambut anak sedara aku??! Haish!

Kan Kak Ngah dah fobia! 

Rambut Kak Ngah dah serabai, tak tau ke mana halanya. Bangun tido, lagiklah... humangaih... kembang semacam! Ha3... 

Abang, Kak Aneem & Mak pujuk pelan2, ajak gunting rambut. Kebetulan aku nak keluar jalan2 pusing2 Teluk Intan dengan Mak. Aku pujuk sekalilah. Eh, mau pulak dia kan..! Finally... setuju. Ok, good.

Nampak tak sifat keibuan di situ..??! Ahaks...

~ She's doing fine... Nampak cool je. ;)

Salon ni kat Kompleks Menara Condong. Dari rumah Abang, membawak ke dalam kereta, dah explain siap2, kata nak bawak Kak Ngah gunting rambut kat salon lain. Bukan salon yang dulu, yang kasar2 ganas2 tu. Salon yang ni cantik... sejuk... barbers dia pun baik & lembut... bla3... Pelbagai spesis pujian dilemparkan kat salon tu. Walhal, aku tak pernah jejak situ pun. Ha3...

Nasib baik Kak Ngah percaya. ;P

& nasib baik jugak apa yang aku explain kat dia tu betul2 jadik kenyataan. Siap dapat gula2 sebanyak 2 bijik lagik! Senyum sampai telingalah Kak Ngah! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, January 25, 2015

SELFIE PARTNER

Selfie...

Suka jugak aku. Hobi sampingan gitu..! He3... 

Takde masa / musim yang spesifik untuk aku berselfie. Kalau pergi jalan2 tu, of course la nak selfie sedas 2 kan... Kalau tak, rasa macam ada yang tak kena je... something is missing kata omputih. Ecewah! Ha3... 

Kadang2, dalam kereta nak pergi opis pun gigih selfie. Lebih dramatik! Ha3... Kejadah mana yang dramatik pun aku tak tau?!! Korang angguk je lah. Layankan... ;P

Tapi, selfie ni kalau sorang2 tak berapa nak syiok jugak. Bosan! Sebab nanti bila review gambar2 tu, asik muka kita je yang terpampang. Cliche kata ko! So, kenalah carik selfie partner. Lebih variasi. ;)

~ Haaa... ini selfie partner aku! Dulu, kini & selamanya...

Hobi yang baik & mencabar macam selfie ni, harus dikongsi bersama. Betul tak, you ols? ;P
#MencabarSangat

:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, January 24, 2015

ACU PEPENDI YANG MITHALI

My 'Jebat' cedok pulut kuning & kari ayam yang Mak masak & makan kat mini kebun Mak. Kak Yong, Kak Ngah & Rifqi membontot je. Angkut sekali dengan plasticine la.. Ottomen bagai la... 

Membontot ada makna tu! ;P

~ Ajak main 1 hal, mintak suap pun 1 hal! Holloh3...

Makan sambil main... main sambil makan... kena suap lagik... tak payah nak berlengas2 tangan... aci tala nganga mulut je... dengan angin sepoi2 bahasa... berbackgroundkan sawah padi saujana mata memandang... siap terselit2 pulak dengan pokok rambutan & limau purut yang merimbun... perrgghhh... memang boleh buat bebudak bertiga tu makan berpinggan2! 

Errr... termasuklah Acu Pependi, ye! Ha3...

~ Amboih..! Gumbira betul bila perut dah kenyang.

Gendang gendut talu kecapi,
Kenyang perut suka la hati

Haah. Memang kena sangatlah! 

Terima kasih, Acu Pependi yang mithali... Eceh! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, January 21, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #74: COKLAT CINTA

~ Coklat Cinta

Another masterpiece from Mak. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, January 20, 2015

4 MINTANG!

Semalam...

My 'Jebat' gigih bercerita. Pasal 1 stall yang baru dia jumpa... yang specialtynya adalah menjual Banana Cheese Fritters. Sayang 1000 kali sayang... elok2 My 'Jebat' sampai, nak order...

"Sorry, bang... Dah habis. Yang dah siap bungkus ni dah ada orang order."

Kesian My 'Jebat'. Kecewa betul dia.

Takpe2, B. Tu maknanya takde rejeki. Ada banyak hari lagik dalam seminggu. Cuba, try, test pulak hari esoknya. 

& hari esoknyaaaaaa.........

Jeng3........... ;D

~ Dapat jugak. Alhamdulillah... 

Hmmm... tak kose nak komen. Kita kasik 4 mintang teruslah! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SHITAKE PARATHA PIZZA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Aku jenguk freezer, nampak roti paratha. Aku jenguk pulak box sayur kat bahagian bawah, ada shitake mushroom. Hmmm... what to do?

Pikir... pikir... & pikir...

Ting! Idea mari. ;P

Bahan2 Untuk Topping Sardin:-

1 tin sardin
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1 keping asam keping
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
Garam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Topping Sardin:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Tuangkan sardin beserta sosnya.
3) Masukkan ubi kentang. Masak hingga ubi kentang empuk.
4) Perasakan dengan asam keping & garam. Lenyek kasar ikan sardin & masak seketika. Angkat & ketepikan.

Bahan2 Untuk Shitake Paratha Pizza:-

1 keping roti paratha frozen
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 biji shitake mushroom kering (direndam, dicuci bersih & dihiris)
1 keping cheese
Minyak masak
Garam

Cara2 Penyediaan Shitake Paratha Pizza:-

1) Rebus shitake mushroom hingga masak. Angkat & toskan.
2) Sapu sedikit minyak masak pada non stick pan / pemanggang ajaib. Letakkan roti paratha frozen.
3) Letakkan topping sardin, bawang besar, shitake mushroom yang telah direbus tadi & cheese yang diracik2.
4) Bakar pizza hingga masak sempurna. Angkat & boleh dihidangkan begitu saja / bersama sos cili & mayonis.

~ Shitake Paratha Pizza

Kalau 'tank' kecik, 1 Shitake Paratha Pizza tu boleh share 2 orang. Tapi, kalau 'tank' besor, sekeping tu memang ko punya je lah! 

Tepuk dada, tanyalah 'tank' memasing, ye..! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, January 17, 2015

KAGUM TAHAP 4!

Dah lama mencarik. Tetiba terjumpa pulak. Jumpa masa gigih usha Instagram. Feedback bagus2 pulak tuh! Isk3... makin tak sabar nak grab, you ols..! ;P

Hari Selasa = hari nekad! Apa nak jadik pun, jadiklah! Tak kira! No turning back! Eceh! Ter-omputih pulak. Hiks...

& aku pilih untuk deal dengan Kak Jeng a.k.a Viruspadu. Alaaa... blogger yang kiut-miut, fames amos tu... ;)

Service tip top! Baru order, tak sampai 5 minit, dah buat urusan pengeposan. Perrgghhh..!!! Kagum tahap 4 kita tau..! He3...

Hari Rabu...

Poslaju datang... Wah3.., gumbira bukan kepalang! Rasa nak melompat mintang! La3...

Tapi, kat opis. Harus behave. Tak pasal2 kang, Encik Boss pitam tengok aku cenggitu. Ko dah kenapa kan... nak melompat mintang bagai..?!! Ho3...

Petang tu jugak aku lantik diri sendirik sebagai testimoni. Testimoni kepada mende alah yang amat in trend sekarang ni. ;)

~ Seqy Beauty

Terima kasih, Kak Jeng... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, January 15, 2015

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 51

Breakfast:-

1 bungkus nasik lemak + air suam
Ok, fine! Tak menu diet sangat... Hu3...

Minum pagi:-

1 gelas jus delima
Detox, bebeh! Detox! ;)

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan goreng + ayam masak kicap + air suam
Lauk2 semua diimport dari rumah mertua. Terima kasih, My MIL... ;)

Minum petang:-

1 gelas jus delima

~ Dinner: Cekodok Kucai + sambal tumis ikan bilis + air suam

Cekodok Kucai tu samadengan homemade. Sambal tumis ikan bilis tu import dari Mak. Owh... terima kasih, Mak... ;)

~ Semua ni pun 'lauk2 import' dari Mak. ;P My 'Jebat' makan dengan nasik putih panas2. Sekejapan je dah 2 pinggan. Fuyyohhh!!! Neves #HannahMastura tau! Ho3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



PARATHA WITH POTATO FILLING

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

'Masak dari hati... Masak with imaaaannnnn......'

Ecewah! Macam Chef Ammar la pulak, hoiii..! Ha3... 

Menu ni ada kena-mengena dengan roti paratha. Tu yang tetiba teringat kat Chef Ammar tuh! He3...

Bahan2:-

1 keping roti paratha 
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 batang sosej ayam (dipotong bulat)
1 peket serbuk rempah kari daging
1 keping asam keping
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
Timun (dipotong memanjang)
Air masak
Minyak masak
Garam
Gula
Daun sup
Keropok ikan

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng keropok ikan. Angkat dan ketepikan.
2) Panaskan roti paratha dengan sedikit minyak. Angkat & ketepikan.
3) Panaskan minyak. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
4) Masukkan serbuk rempah kari daging. Kacau rata.
5) Tuangkan air masak secukupnya. Sebatikan. Masak hingga pecah minyak.
6) Masukkan ubi kentang. Masak hingga ubi kentang separa empuk.
7) Masukkan sosej ayam. Masak seketika.
8) Perasakan dengan asam keping, garam & gula. Kacau rata. Angkat, ketepikan & siap sebagai filling.
9) Letakkan filling ke atas sebahagian roti paratha & lipat.
10) Hiaskan dengan keropok ikan, timun & daun sup. Hidangkan.

~ Paratha with Potato Filling

Aku tak reti nak buat kuah dhal. So, be creative sket kengkononnya... Buatlah filling potato cenggini... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 50

Breakfast:-

1 bungkus mee goreng + 2 batang sosej ayam + air suam

Minum pagi:-

1 gelas jus delima. Elok untuk detox nih.

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan termenung goreng + ubi kentang masak kari + ikan masin + air suam
Uiks! Panjangnya 'lauk'..! Ha3...

Minum petang:-

1 gelas jus delima

~ Dinner: 1 keping Paratha with Potato Filling + air suam

Misi mengkurus yang tergendala wajar disambung. Ayuh! K-mon! ;)

~ Pinggan yang ini 'dicipta' khas untuk My 'Jebat'. Sebab beliau kompom akan carik nasik punyaaa..! Percayalah.



:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, January 13, 2015

KLASIK YANG AVANT GARDE

Kat rumah Mak...

Petang tu indah sangat..! Cuaca tak berapa nak panas, redup + mendung2 sikit dengan angin sepoi2 bahasa kata ko! Thorrbahekkk..!

Nenek datang, bawak ubi kayu, nak kasik kat Mak. Kalau rebus cicah sambal, sodap katanya... Hah, itu adalah ayat petunjuk / kasik hint2 tuh! Maknanya, Nenek sedang merequest ubi kayu rebus cicah sambal tumis ikan bilislah. Aku pulak jadik tukang sokong #1. Ha3...

Dipendekkan cerita...

~ Taraaaaaa...... 

Sodap baq hang! Hujan dah mula renyai2... perrgghhh..! ;D

Terima kasih, Mak... untuk hi-tea yang sangat klasik & avant garde nih. Sayangggggg...... Mak laju2...! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



IKAN TERMENUNG TUMIS AIR DENGAN KENTANG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Macam dah lama je tak publish entry masak-memasak. Hmmm... aura dapur tu... tak berapa nak mengstimulate organ2 penting untuk mula memasak. Haaa... amekaw... ayat..! 

Bahasa mudah paham dia samadengan 'mim alip lam alip sin' je... Tapi, dia punya kona... nak kasik tak nampak sangat unsur2 'mim alip lam alip sin' tu... humangaih..! Ha3...

Hokaylah. Back to the point. Nak share resepi je pun kekdahnya... ;P

Bahan2:-

3 ekor ikan termenung (disiang & dicuci bersih)
2 biji ubi kentang (dipotong baji)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 biji bawang putih (diketuk)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
Garam
Gula
Minyak masak
Air masak

~ In progress...

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, putih, serbuk kunyit & cili kisar hingga pecah minyak.
2) Tuangkan air masak secukupnya. Biarkan mendidih.
3) Masukkan ikan termenung. Masak seketika.
4) Masukkan ubi kentang. Masak hingga kentang empuk.
5) Perasakan dengan asam keping, garam & gula. Masak seketika. Angkat & hidangkan.

~ Ikan Termenung Tumis Air Dengan Kentang

Panjang 6 harkat nama resepi, noks! He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, January 10, 2015

ORIGINAL SINCE 1955...

#Throwback

Asik berselfie je... perut pun dah berdangdut Goyang Inul. Hu3... 

Sebagai tourist guide yang hebak, Encik Fadzil bawak we ols jalan2 carik makan pulak.

~ Kat Kuala Kangsar.

~ Laksa Pak Ngah... Original Since 1955. Perrgghhh..!!! Giler lama tu, babe!

Laksa Pak Ngah ni pernah masuk Jalan2 Cari Makan, TV3. Host Naz Habibur Rahman datang try.

~ Kak Ja & Cik Nad order ABC & Laksa Special. Rupa Laksa Special dia cenggini. Ala2 Kueteow Hong Kong. Maknanya, laksa tu dibungkus dengan telur dadar.

~ Aku makan cendol & bihun sup. Perut macam sebu & full lagik. So, aku prefer makanan yang panas2 & light2 je. Tk mengecewakan... Sodap!

Overall rating: 3.5/5

Suasana comfy & bersih. Servis pun agak laju. Portion banyak!

Peminat tegar laksa, silakan terjah, ye! ;)

Laksa Pak Ngah
Behind Sekolah Menengah Psung Wah
Jalan Dato' Sagor
33000 Kuala Kangsar, Perak

Last pit stop adalah Sungkai, Perak. Encik Fadzil & Kak Ani nak melawat anak bongsu diorang kat hostel sekolah menengah agama. Sempat jugak aku beli kuih pau, petai & cendawan kukur. Sopping tepi jalan je... ;)

Ok dah, jom balik! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



BUAYA BATU

#Throwback

Persinggahan pertama adalah Bukit Larut. Boleh berselfie & naik ke Bukit Larut dengan Land Rover sebagai pengangkutan utama.

Tiket dikenakan, ye bapak2 ibuk2 semua yang ada di sini. ;P 

Harga tiket 2 way macam kat bawah nih:-

Dewasa: RM 6
Kanak2 (5 - 10 tahun): RM 3

Harga tiket untuk yang bermalam pulak adalah seperti di bawah:-

Dewasa: RM 7
Kanak2: RM 4

Jenis penginapan kat atas bukit tu ada 4. Banglo Angkasa, Tempinis, Cendana Hut & Gunung Hijau Nest.

Jadual perjalanan macam berikut:-

Naik: 8.00 pagi hingga 3.00 petang (setiap 1 jam)
Turun: 9.00 pagi hingga 4.00 petang (setiap 1 jam)

Perancangan nak naik tu ada. Tapi, tak kesampaian sebab Land Rover dah fully-booked. Hmmm... takpe la... takde rezeki... 

~ Dapat amik gambar kat tempat tunggu Land Rover pun oklah kot. ;)

~ Duta Bukit Larut. He3...

Encik Fadzil kan jadik 'Mr. Driver'. So, secara automatiknya kami hire dia jadik tourist guide. Heh3...

Dari Bukit Larut terus ke Taman Tasik Taiping. Motip: Nak berselfie & berwefie puas2! ;D

~ Dalam kereta... Cik Nad yang 'paksa'..! Aku 'segan' sebenornya... Eceh! Ha3...

~ Feeling model jadian. Ko mampu..??! Ha3...

~ Niat hati nak panjat, nak selfie atas pokok ni. Tapi, terpaksa pikirkan faktor usia. Sob3...

~ Buaya batu. Kak Ja yang jumpa dulu.

~ Neves jugak kalau ditenung lama2. Ngeeeeeeee..........

~ Little pyramid.

~ Sini pun cantik view dia. Tapi, Cik Nad je yang turun. Faktor bentuk muka buminya tak memungkinkan untuk aku & Kak Ja join Cik Nad.

~ Maka menari2, berjoget2, berzumba2 & melompat2lah Cik Nad kat situ sorang2... Kami tukang amik gambar dia je.



~ Terima kasih, Encik Fadzil, Kak Ani & Syahir sebab tahan mata tengok 'kanak2 Ribena yang riang' ni gigih berselfie. Ha3... 

Kitorang tinggalkan Tepeng dengan 1001 kenangan...

Ecewah! Skema betul ayat..! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, January 7, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #73: KOPIAH DAN HANDPHONE

~ Dia godek2 WirAsLeez, jumpa kopiah Acu Pependi.

~ Dia pakai kopiah, dia rembat handphone aku, dia selfie.

~ Habis semua orang terjebak sama, selfie tak hengat dunia!

~ Co-pilot of the day...

~ 'Penyakit keturunan' sangat..! Ha3...

~ Sedang bercerita...

~ Upah air Boboi Boy.

~ Ragam 'Encik Ottomen Mebius'.

~ Holloh3... 

~ Hah, roh 'Ottomen Mebius' masuk lagik..! Amekaw2..!

Venue: Pasar Besar Teluk Intan
Al-kessah: Tunggu Mak beli barang basah, kat dalam kereta, ditemani oleh 'Princess Elsa Rifqah & Encik Ottomen Mebius Rifqi'. 

Sweet...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, January 2, 2015

ROTI GOYANG

#Throwback

Sesudah Subuh, kami dah nak gerak ke Tepeng. Singgah breakfast kat 1 food court, area jambatan Kuala Kangsar. 

~ Specialtynya adalah Roti Goyang. Ada roti, telur sebutir bubuh atas, cicah kari & kaya. Tapi, Kak Ja yang order. Aku order mee goreng.

Lega betul bila perut dah kenyang. Nak travel lagik lapanploh ratus kilometer pun takde hal..! Hati senang je... He3...

Alhamdulillah... selamat jugak sampai di Tepeng.

Disambut dengan kabus nipis. Owh... nyaman betul rasa... ;)

Acara larian dah start. Ramai jugak yang amik bahagian. Bagus! Elok sangat untuk kesihatan kan...

~ Kami lepak2 dengan Pengarah & wifeynya. Borak2 kejap, kemudian ajak Pengarah berselfie. Heh3...

~ Phewwiittt..! Ahaks...

~ Tukang jaga handbag yang comel... Eceh!

~ Holloh3... hoiii2..!!

~ Setel je acara penyampaian hadiah, kami cha alip bot.



Tapi, tak balik terus tau! Ada a few persinggahan kekdahnya... Errr... next entry, pehh--lisss..! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::