Monday, January 26, 2015

FINALLY... SETUJU

Memang agak susah sikit nak ajak Intan Raudhah a.k.a Kak Ngah potong rambut. Mungkin sebab dia tak suka rambut pendek... atau mungkin jugak sebab dia fobia! Kak Aneem kata, ada 1 barbers pernah gunting rambut Kak Ngah secara kasar! A female... Malay barbers. Aku pun selalu jugak potong rambut kat salon kakak tu. So far, ok je. Cumanya, kakak tu memang seorang yang moody.

Maybe, masa dia gunting rambut Kak Ngah tu, mood dia tengah swing. Ada masalah rumah tangga kot. Tapi, hagak2 la kan... tu masalah rumah tangga ko. Ape kejadahnya nak babitkan kepala & rambut anak sedara aku??! Haish!

Kan Kak Ngah dah fobia! 

Rambut Kak Ngah dah serabai, tak tau ke mana halanya. Bangun tido, lagiklah... humangaih... kembang semacam! Ha3... 

Abang, Kak Aneem & Mak pujuk pelan2, ajak gunting rambut. Kebetulan aku nak keluar jalan2 pusing2 Teluk Intan dengan Mak. Aku pujuk sekalilah. Eh, mau pulak dia kan..! Finally... setuju. Ok, good.

Nampak tak sifat keibuan di situ..??! Ahaks...

~ She's doing fine... Nampak cool je. ;)

Salon ni kat Kompleks Menara Condong. Dari rumah Abang, membawak ke dalam kereta, dah explain siap2, kata nak bawak Kak Ngah gunting rambut kat salon lain. Bukan salon yang dulu, yang kasar2 ganas2 tu. Salon yang ni cantik... sejuk... barbers dia pun baik & lembut... bla3... Pelbagai spesis pujian dilemparkan kat salon tu. Walhal, aku tak pernah jejak situ pun. Ha3...

Nasib baik Kak Ngah percaya. ;P

& nasib baik jugak apa yang aku explain kat dia tu betul2 jadik kenyataan. Siap dapat gula2 sebanyak 2 bijik lagik! Senyum sampai telingalah Kak Ngah! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



4 comments:

  1. kanak2 mmg takut potong rambut...mujur kak ng ok walaupun trauma..

    ReplyDelete
  2. ni kes sama ngan budak lelaki nak guntingkan rambut... bunyi jer mesin rambut tu terus dia mengamuk takut... terpaksa lah bapak pujuk dah tu pakai gunting jer... tu pun kena pangku ngan bapaknya...

    ReplyDelete
  3. iryanty ahamad,
    k. ngah ok lps kene pujuk dr pelbagai penjuru. he3..

    ReplyDelete
  4. Najib Ariyan,
    bdk2 kn cpt trauma & neves! kite yg dewasa ni la kene pandai main peranan.

    ReplyDelete

KAMSAHAMNIDA...