Sequel entry 'Gedebak Gedebuknya Rasa'...
Tiba dah hari Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Ke-27 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2014. Bukan sehari... tapi, 5 hari, hokay..! Maka berkampunglah Diamond Wave kat Bangunan Perak Darul Ridzuan tu, haaa..!
Kak Ja & Cik Nad terpaling awal berkampung, buat tugasan menghias booth. Aku sampai keesokan harinya. Tolong bawak props tambahan untuk decor2 booth atas arahan Kak Ja. Petang tu, check-in kat Eastana Hotel.
Fuh, syioknya bila nampak katil & air-cond! Heaven, sehhh..! ;P
Tapi, malam tu tak dapat nak tido awal. Buat last check-up untuk presentation slide, lappy & pen drive. Bila dah rasa cukup puas hati, barulah masuk tido. Tak lena pun... sebab asik terpikirkan pasal presentation yang bakal dihadap esok harinya.
Fuh, gentar habis! Ngeeeeeee.........
~ Dah pagi. Aku cuba senyum, cuba sedut mana2 aura positive yang ada & adapt baik2. |
~ Berselfie untuk elak neves. Hmmm... macam berkesan jerrr... He3... |
~ Dengan menu board pun bollehhh... ;P |
~ Plus, tengah tunggu Encik Amir jugak sebenarnya. |
~ 'Boss' decor2 booth. He3... |
Jejak je kaki kat Bangunan Perak Darul Ridzuan tu, kaki dengan lutut dah ketaq tak hengat! Tangan shaking & sejuk tak sudah. Jantung ni, toksah ceritalah... memang berdegup pantas! Rasa nak balik pun ada, weh..! Uwaawaawaaa...
Dengan semangat yang seciput tu, aku & Diamond Wave redah jugak. Tarik napas dalam2 & bawak bertenang... Hadapi je dengan senyuman... Eceh! ;)
:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::
No comments:
Post a Comment
KAMSAHAMNIDA...