Thursday, October 30, 2014

MOHD CHAN

Berkobar2, bersemangat, tak sabar betul nak balik rumah. Misi & visi adalah nak mengupdate blog. Rindu, weh..! Rasa lama sangat kot tinggalkan ia. Eh, ke... memang lama..? Bukan aci 'rasa2' je. Hu3...

Hokay! Tak payah nak buang masa sangatlah! Moh terus ke 'misi & visi' seperti yang tersebut di atas. ;P

Kesah makan2, kat Restoran Mohd Chan. Eh2, macam pantun 2 kerat pulak! Hiks...

~ Interior decor-nya simple, yet kemas. Indoor, siap dengan air-cond. Comfy la...

~ Mak layan blues kejap. He3...

~ Ada fountain jugak... yang ala2 air hujan. Wajib pose! Ahaks...

1st time terjah Restoran Mohd Chan nih. Secara tak sengaja pulak tuh. Pergi 3 orang je... aku, Mak & Abang. Kami tengah carik port untuk dinner. Perut pulak memang dah lapor. Survey punya survey... tup2... dari kejauhan kitorang nampak Restoran Mohd Chan. Makanan Cina muslim katanya... Hmmm... macam best je kan... Jadi, moh try! ;)

~ Nasi Masak Lada Hitam Daging untuk Abang.

~ Nasi Masak Kam Heong Ayam untuk Mak.

~ Hokkien Mee, aku yang punya... ;D Add on kailan ikan masin...

~ ... dengan tomyam campur.

~ Nak balik dah...

~ Manja2 dengan Mak. Heh3...

Makanan ok, service pun ok, comfy je kan... Sesiapa berminat atau tetiba terasa tekak tu nak makan makanan Cina muslim, bolehlah cuba, try, test. 

Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan
No. 1, Jalan Seri Temenggung
Taman Temenggung
45000 Kuala Selangor, Selangor

Harga dia reasonable. Sesuailah dengan apa yang dihidang & disediakan. Berbaloi...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, October 11, 2014

MENARIK NAPAS LEGA...

1 kelegaan tahap maksimum! 

Semuanya dah selesai. Dah boleh tarik napas... lega. Fuh!

Aku tak pikir apa dah. Kalau Kak Ja ajak ke bulan mahupun ke bintang... aku follow je... Takde apa nak dirisaukan. Orang kampung aku kata, 'There's nothing bothers me anymore!' 

Amekaw! 'Orang kampung aku' skipping London. Ha3...

~ Duduk diam2 kat booth & selfie tak hengat!

~ #halussss ;D

Lepas tu, datang idea nak selfie dengan semua Diamond Wave. Buat kenang2-an... ;)

~ Dengan Mr. Propsman...

Korang akan perasan dengan jelas yang setiap kali aku selfie dengan setiap Diamond Wave, setiap kali tu jugaklah Kak Ja akan selfie dengan setiap Diamond Wave yang sama. Kak Ja copycat idea. Takpe... layankan je... He3...

~ Hah, nampak tak?

~ Dengan Mr. Penglipurlara...

~ Nampak lagik kan? ;P

~ Dengan Mr. Script Writer...

~ Tettttttttt.............. Ha3...

~ Dengan Mr. Director...

~ Encik Amir pun tiru jugak. Tapi, tiru selfie dengan Encik Selvam je. He3...

~ Dengan Mr. Producer...

~ Kannnnn..........??!

~ Muka 'terlajak kolagen'. Ha3...

~ Encik Boss dengan V.I.P yang datang melawat booth.

~ Diamond Wave + Big Boss SKM Perak + pegawai SKM Perak = #halussss Heh3...

Hari itu berakhir dengan senyuman... Sebab minda dah tak terblock dengan apa2 matters. Sampai esoknya pun aku masih senyum... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, October 9, 2014

KONSEP KEBANGSAAN

Saat paling mendebarkan...

Berat sangat kaki ni nak melangkah masuk dewan bankuet yang besar godang tu. Dahlah besar godang, sojuk tahap peti ais pulak tuh! Bila darah gemuruh sampai, yang rasa sojuk tahap peti ais tu boleh bertukar jadik seperti rumah igloo wooo..! Adeh3...

~ Sebelum dibanjiri peserta & tetamu. Walaupun agak kosong tapi, lutut tetap ketaq. Huuuuuu.......

~ Hah, nampak tak dah dibanjiri dengan lautan manusia tuh? Nampak ke tidokkk..? 'Skru' lutut makin longgar, weh..! 

~ Diamond Wave adalah presenter yang ke 7. 

Aku spesis yang... jantung seperti nak tercabut untuk beberapa minit pertama kat atas stage. Tapi lepas tu, dah tak perlu risau. Confidence level akan datang dengan sendirinya. 

Begitulah jugak keadaannya kalau aku jadik presenter. Minit2 terawal tu memang neves gedebak gedebuk tak hengat! But, once dah sherashi bershama dengan mic & stage, I just can handle it smoothly. Ecewah! Skipping London baq hang! Heh3...

Ding dong, ding dong... dah selesai presentation. Punyalah sekejap! Tapi, hazab nak tunggu present tu punyalah lama! Sampai sesak napas frozen bagai... Fuh!

~ Hazab baru separuh je lepas. Sebab ada lagik 1 hazab iaitu Viva. Tapi, aku chill jerrr... Tengok gambar ni pun you ols dah boleh agak kan tahap mana ke-chill-an aku tuh. ;)

~ Kojo berselfie je dengan Kak Ja. Hiks...

"Let it go... Let it go... Can't hold it back anymore... La3..."

Ooppsss!!! Sampai ternyanyi lagu Frozen pulak. Over sangat tu... Ahaks3...

~ Viva sedang berjalan...

SUK Perak amik konsep kebangsaan untuk penganjuran Konvensyen KIK ni. Maknanya, hari presentation ada 2 sesi iaitu presentation & viva. Takkan ada sebarang soal jawab / Q & A semasa presentation. Setel present, kena naik tingkat 2, tunggu turn untuk viva.

Viva dijalankan kat dalam bilik khas. Suasananya sejibik macam bilik interview kerja sebagai penjawat awam. Kat sinilah segala toknek soal jawab / Q & A akan keluar. Sediakan je lah jawapan. Logik ke... tak logik ke... sukahatilah. Yang penting, jawab! Pandai2lah nak goreng / auta / fakta. 

Begitu...

That's why aku dah kurang neves, dah boleh nyanyi lagu Frozen bagai... Sebab cuma ada kita dengan panel je. Peserta lain / penonton memang nan hado..! So, kurang segan. Nak 'menggoreng' pun takde hal punya..! He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, October 8, 2014

GORES & MENANG?

Sebelum tengok presentation Diamond Wave, marilah kita tengok booth dulu, ek! Macam2 pesen ada..! Saksikan je lah. ;)

~ Booth Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta, Cawangan Teluk Intan.

~ Kon jalan pun bollehhh... He3...

~ Bomba kot...

~ Ini pemenang Anugerah Inovasi Pejabat Daerah dan Tanah (AIPDT). Masih busy touch up booth.

~ Booth Majlis Perbandaran Teluk Intan dengan replika Menara Condong.

Ini cuma sebahagian booth je tau! Tak larat nak upload semua. Plus, gambar2 ni pun ihsan Hafiz.

~ & inilah booth Diamond Wave. Win2 SMS tu samadengan tajuk projek. Sekali pandang dah macam booth gores & menang. Ha3...

~ Booth ni bukan suka2 je tau! Ada penilaian markahnya. 

Semua booth ditempatkan kat ruang legar / lobi Bangunan Perak Darul Ridzuan. Bersifat indoor booth. Terbahagi pulak kepada 2 kategori iaitu KIK & Inovasi. Booth Inovasi diletakkan kat tengah2. Lokasi booth KIK pulak adalah di sekeliling ruang legar / lobi tu. Maksudnya, mengelilingi booth Inovasi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri DiRaja, Dr. Zambry Abdul Kadir pun turun padang, melawat booth2. 1 penghargaan jugak buat semua yang bertanding. Terima kasih... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WORDLESS WEDNESDAY #69: 'ELSA, ANNA &... OTTOMEN...'

~ Ada #PrincessElsa, #PrincessAnna & #OttomenCosmosOrMebius Ha3...

Obsesi diorang...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, October 7, 2014

GENTAR HABIS!

Sequel entry 'Gedebak Gedebuknya Rasa'...

Tiba dah hari Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Ke-27 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2014. Bukan sehari... tapi, 5 hari, hokay..! Maka berkampunglah Diamond Wave kat Bangunan Perak Darul Ridzuan tu, haaa..! 

Kak Ja & Cik Nad terpaling awal berkampung, buat tugasan menghias booth. Aku sampai keesokan harinya. Tolong bawak props tambahan untuk decor2 booth atas arahan Kak Ja. Petang tu, check-in kat Eastana Hotel.

Fuh, syioknya bila nampak katil & air-cond! Heaven, sehhh..! ;P

Tapi, malam tu tak dapat nak tido awal. Buat last check-up untuk presentation slide, lappy & pen drive. Bila dah rasa cukup puas hati, barulah masuk tido. Tak lena pun... sebab asik terpikirkan pasal presentation yang bakal dihadap esok harinya. 

Fuh, gentar habis! Ngeeeeeee.........

~ Dah pagi. Aku cuba senyum, cuba sedut mana2 aura positive yang ada & adapt baik2. 

~ Berselfie untuk elak neves. Hmmm... macam berkesan jerrr... He3...

~ Dengan menu board pun bollehhh... ;P

~ Plus, tengah tunggu Encik Amir jugak sebenarnya. 

~ 'Boss' decor2 booth. He3...

Jejak je kaki kat Bangunan Perak Darul Ridzuan tu, kaki dengan lutut dah ketaq tak hengat! Tangan shaking & sejuk tak sudah. Jantung ni, toksah ceritalah... memang berdegup pantas! Rasa nak balik pun ada, weh..! Uwaawaawaaa...

Dengan semangat yang seciput tu, aku & Diamond Wave redah jugak. Tarik napas dalam2 & bawak bertenang... Hadapi je dengan senyuman... Eceh! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, October 3, 2014

FIZA & ADAM @ KUALA PILAH

#throwback

Seawal jam 6.30 pagi kami gerak dari rumah Uda, keluar menyelusuri jalan raya yang tak pernah sunyi dengan umat manusia. Wah, skema betul ayat nih! Rasa nak pitam bila baca balik. Ha3...

Sengaja keluar awal sebab Kak Ja dah pesan nak gerak awal ke Kuala Pilah. Masalahnya, bila sampai kat Ukay Perdana, boleh pulak Kak Ja tak mandi lagik! Isk3... Nak kena tarbiyah betul anak angkat Mak tuh.

Owh... by the way, nak bagitau ni, Kak Ja dah officially jadik anak angkat Mak since dia gigih dok tempah jahit baju kat Mak. Regular customer & caring betul kat Mak. Even masa Mak admitted, Kak Ja rajin datang melawat Mak. Siap tapaukan makanan lagik! Terima kasih... ;)

Memula, aku saja je kasik gelaran tu. Tak sangka lama2 lekat. Mak pun dok panggil Kak Ja as anak angkat Mak. He3...

Hokay! Balik pada cerita Kak Ja tak mandi lagik tuh... ;P

Kak Ja ajak lepak dulu kat rumah dia sementara tunggu dia bersiap. Sempatlah rasa karipap instant & teh o panas air tangan Kak Ja. 

Dipendekkan cerita, dekat2 tengahari jugak la kami sampai kat Stadium Mini Kuala Pilah. Berbondong2 bawak hamper yang Encik Boss pesan suruh bawak. Menapaklah kami dari parking yang jauh jugak tuh ke Pavillion SKM Perak. Fuh, berlengas! Make up cair sikit, noks! Dah kurang vogue da vass. Hu3...

~ Jumpa Cik Nad.

~ Lepas touch up. Dah vogue da vass balik. Ha3...

~ Jumpa Fiza (Elite) kat booth TM. Perrgghhh!!! Gebu-gebas giler kot kulit dia! Ah kak is jeles tau..! Isk3...

~ & dia adalah tinggi. Nampak sangat ah kak ni 'kurang inci', hokay..! Tsk3...

Fiza datang dengan Adam. Maybe diorang ni duta TM kot... Hmmm... segan pulak nak mintak bergambar dengan Adam. Plus, dia macam busy je dengan geng2 TM tu. Takmo kaco daunlah! Takpe... Dapat amik gambar dengan Fiza pun bollehhh... ;)

~ Jumpa Encik Boss, Encik Sukeri & geng2 SKM lain.

~ Tak sudah2 nak amik gambar. Sampai Encik Boss & Encik Sukeri pening. He3...

~ Nice line up. Heh3...

~ Jumpa 'astronout raksaksa' pun nak berselfie jugak. Haish! ;P

~ Abang jual pizza jadik mangsa keadaan, kami paksarela dia amik gambar kami. Ha3... Amekaw!


Aku sempat shopping kacang badam yang rasa dia superb lemak2, jus belimbing buluh, serbuk kopi yang best (lupa brand apa. Hu3...) & daging salai. Ole2 untuk keluarga kekdahnya... ;)

Pukul 6 petang kot baru sampai Ukay Perdana. Setelah beberapa kali tersesat-barat, nak carik highway tak jumpa2. Inilah natijahnya kalau dapat co-pilot yang sangat buta jalan. Hadoih! 

My 'Jebat' dah siap2 tunggu kat Ukay Perdana. Lepas lepak2 kejap kat rumah Andak, dia ke Selayang, jenguk Athirah & Arrisya. Mak stay kat Segambut. So, dari Selayang, My 'Jebat' ke Ukay Perdana amik aku & bawak semula ke Segambut. Berehat2 + bersantai2 kejap kat rumah Andak, pukul 8 malam kami gerak balik. 

Fuh, hectic jugaklah! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::