*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)
Ada udang, ada petai. Macam chemistry sangat..! Hiks...
Bahan2:-
15 ekor udang (disiang & dicuci bersih)
2 papan petai (dibuang kulit)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 keping asam keping
2 sudu kicap manis
Minyak masak
Garam
Gula
Air masak
Bahan2 Kisar:-
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
10 tangkai cili kering
Cara2 Penyediaan:-
1) Panaskan minyak. Goreng petai sekejap. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak.
3) Perasakan dengan kicap manis, gula, garam & asam keping.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan udang. Masak seketika.
6) Masukkan bawang besar. Sebatikan. Angkat & hidangkan.
~ Sambal Udang Petai Kerana Terpaksa Aku Relakan |
Nama resepi tu biasalah... memang over banyak! Ha3...
Pertama sebab sedang gigih mengfollow drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Suka bakat Izreen Azminda sejak dia jadik Melly in Tentang Dhia. Natural art.
Kedua sebab My 'Jebat' suka petai but, aku dislike & even memang bukan pemakan petai pun. Tapi, bila jumpa petai, aku akan belikan untuk My 'Jebat'. Kira macam terpaksa masak tapi, sangat2 rela sebab dah kesukaan My 'Jebat' kan... Atas faktor kasih sayang gitu..! Eceh! ;P
Sangat berharap yang you ols dapat terima alasan2 ni with open heart... Open heart tu luas2 sikit, pehhh--lisss..! ;P
:: Like3, ek! ::
8 comments:
fuhhhhhh leleh liuq
sedap ni mkn nasi panas2
kerna terpaksa tak tahan... hikhikhik..
hehheeh.. mesti sedap, sesedap nama resepi
fazilzura,
lap2. he3..
nor nazliana,
esp. utk peminat udang & petai. ;)
Ayu azmir,
macam cantek je.. kalau wat tajuk drama b'siri baru. ha3..
zarulfarhana,
buleh la.. wat lalu kat anak tekak.. he3..
Post a Comment