SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, June 9, 2014

DINNER MAK DATS

Basah habis seluar lepas naik speed boat. Wajib balik bilik cepat2, mandi & bersiap. Tema adalah batik. Make-up harus vogue da vass sebab malam tu ada dinner bersama MB Perak & Datuk CEO. ;)

Lepas Maghrib, dah terpacak kat lobby. Tunggu shuttle nak ke Teluk Dalam Resort merangkap lokasi dinner. Muka maintain cun + jelita walaupun naik shuttle yang ya hado... bergegar dagu bila shuttle start bergerak especially bila laju. Makin bergegar2 dagu! Ha3... Ko mampu naik shuttle cenggitu tapi, maintain cun jelita..??! Hadoih!

~ Port makan kami malam tu. Di bawah sinar rembulan, dengan bayu laut yang sepoi2 bahasa... owh... romantik tak hengat..! Ha3...

Aku kebulur. Sampai semua makanan aku kata sodap! Tak habis2 dok promte nasik goreng cili kering. 

"Rasa la ni, sodap... Eh, nak rasa nasik goreng cili kering nih? Sodap!... Meh, rasa nasik goreng cili kering ni, meh!..."

Semua orang aku paksa suruh rasa. Rasa macam dominan sangat..! Ha3...

Di samping bbq, ada performance daripada staf resort jugak. Didedikasikan untuk MB perak & anak2 nelayan kat Pangkor Island. Tak jelas sangat sebab port kami jauh dari stage. Nun jauh di pesisiran pantai! Dalam dok tak berapa nak jelas tu, histeria jugak aku sekejap bila diorang menari & miming lagu hindustan. Lagu filem Thakshak. Alaaa... yang Tabu bergelek sakan nyanyi lagu, 'Mujhe ranggede... Mujhe ranggede... Mujhe ranggede... ranggede2... mujhe ranggede... La3...'

Hah, ingat tak? Ke... tak pernah tengok? Hmmm... takpe. youtube ada. Boleh search bila free. Silap hari bulan, boleh bergelek samadengan Tabu jugak wooo..! Lagu tu catchy. ;)

~ Dah habis makan. Owh... lupa nak bagitau, ini geng Mak Dats (read: Mak Datins). Baru dapat nama malam tu sebab memasing punya penampilan ala2 Mak Dats. Ha3...

~ Kat lobby Teluk Dalam Resort. Tengah tunggu shuttle nak bawak all Mak Dats balik. He3...

~ Serbu kaunter pulak. Pandai korang susun ikut ketinggian kan... Yang penting, siapa duduk tengah, dia adalah Mak Dats yang terpaling comel. Awwsss..! Ahaks3...

Balik bilik & berehat2. Bermalas2-an di atas katil sambil massage2 betis yang bunting padi ni sebab dah start terasa kelenguhannya. Adeh3...

Malam tu, aku tido lewat sebab layan #bukankeranaakutakcinta online lagi... Tak jemu2! Plus, esok takde apa aktiviti sangat dah. Kalau terbangun lambat pun takde siapa nak sekeh. Terima kasih jugak kepada wi-fi yang laju. ;P

~ Hari ke-3 merangkap hari check-out. Tunaikan hasrat hati Kak Ja nak bergambar kat pool. Feeling2 artis majalah Mangga kejap. Ha3...

Tak sabor nak balik, sebenornya. Nak jumpa My 'Jebat'. Kata #jebatmas... Mana boleh berjauhan lama2?!! Awwsss..! Ha3...


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google