SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, June 16, 2014

KEKENYANGAN & KESEDEHAN...

Membawak ke GM Holidays Hotel, mencarik penginapan. Bilik available tapi, persekitaran pulak macam tak berapa nak cantek. Sebab bangunan sebelah sedang under construction & renovation. Risaukan risiko runtuh & bising. Heh3... Cancel jugak.

Pencarian last, kat area Lumut Waterfront. Survey Hotel Indah & Putra. Cancel jugak sebab bangunan nampak uzur. Takut dapat bilik yang bau karpetnya ya hado..! Tak pasal2 merana lubang hidung untuk 1 malam. Owh... nehi3..!!!

Jalan ke depan sikit... & sikit... & sikit lagik... Eh, bukan jalan menggunakan kaki! Tapi, menggunakan kereta. Tak payah nak exercise sangat lah! Heh3...

Ada bangunan baru & ternampak 1 hotel. Brezza Hotel. 1st impression... hotel baru, segala2nya pun sure baru. & itulah hakikatnya... Suka sangat hati ah kak tau..! ;)

Check-in, lepak kejap & tenangkan sendi2 yang sedikit cramp kerana berkubang tuh. Sangat lega... My 'Jebat' sempat tido lagik..! 

Pukul 5 petang, berjalan2 kat Lumut Waterfront yang letaknya sangat tak jauh dari Brezza Hotel. Amik2 gambar & melayan angin sepoi2 bahasa. Nyaman ahhh... 

~ Kagum dengan 'ikan todak'...

~ ... & 'ikan parang' ni. Hebat sangat la tu, sampai boleh tergantung2 cenggitu kan... ;P


~ Cubaan mengecutkan badan. Harap berjaya. Ha3...

Plan nak pekena laksa kat Marina Wing. Tapi, tak jadik sebab crowded. Terus je la ke AEON Seri Manjung. Sempat shoppingkan blouse muslimah untuk Mak & hi-tea.

Macam sodap pulak, dowh... nasik lemak kat food court dia. Ayam goreng yang digoreng sempurna. Krup krap... krup krap... aku kunyah. Terkenang2 kot..! Kalau aku taip entry ni di bulan Romadhon, mau terkenang2 sambil nangis berguling2 nak habiskan ayat 1 persatu. Ha3... Hadoih!

Pukul 8 malam, agenda makan2 lagi... Asik menternak lemak je lah kerjanya. Ho3... 

Destinasi:-

Restoran Ikan Bakar Nasa 2
Jalan Iskandar Shah
32200 Lumut, Perak

Motip: Nak makan ikan bakar dengan seafoodlah. Takkan nak beli beskal pulak. Haish!

~ Wajah2 pemakan yang hebak. Kecuali aku. Sila percaya..! He3...

~ Som tam, faveret Kak Aneem.

~ My 'Jebat' kesayangan... Eceh! ;P

Dah repeat makan kat sini beberapa kali sebab sodap & service laju. Meh, nak kasik 3.5/5 bintang, meh! ;)

Tak larat dah nak jalan2 walaupun ke waterfront sebab perut dah santak. Memasing pikir nak tido je. Dok terbayang2 katil, bantal & air-cond hotel je. Owh3...

Sampai bilik, sempat lagik aku layan Cerekarama. Kakak tajuk dia. Sedeh habaq hang! Makanya, tidolah ah kak malam tu dalam keadaan kekenyangan & kesedehan... Ko mampu.. menggabungkan emosi sedemikian..??! Ha3...


:: Like3, ek! ::



8 comments:

boni kacak said...

ikan tu kalau hidup dah kena tikam dah tu. hahaha

Afasz said...

penah p skali lumut ni. mandi manda.. makan makan tk pernah lg

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

boni kacak,
& klu dia hidup jugak, mmg xkoselah nak b'posing dgn dia! ngeri!

CXopportunities said...

pnt berjalan ajola ye. huhu. tp cntik la gmba2 di ats ni. kreatif sungguh :)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

owh...somtam tu macam kerabu mangga gitu ek? tak pernahmakan tapi selalu baca kat menu je :P

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Afasz,
nnti klu pergi lagi, buleh la try ikan bakar & seafoodnye plak. ;)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

CXopportunities,
penat yg seronok gitu..! he3..

kreatif, ek? aci pose & snap je tuh. ikut sukahati. ha3..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
lebih kurang macam kerabu mangga tp, dia bkn mangga. som tam adalah betik muda yg dihiris panjang2 & nipis2.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google