*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)
Misi menghabiskan stok sosej dengan ubi kentang.
Bahan2 Untuk Roti Telur:-
6 keping roti potong Gardenia
1 biji telur ayam
Marjerin
Cara2 Penyediaan Roti Telur:-
1) Pecahkan telur ayam ke dalam mangkuk. Pukul rata.
2) Panaskan sedikit marjerin. Celupkan roti potong ke dalam bancuhan telur. Goreng seketika (dua2 belah). Angkat & toskan.
Bahan2 Untuk Sosej:-
6 batang sosej ayam
Mayonis
Marjerin
Sos cili
Cara2 Penyediaan Sosej:-
1) Panaskan sedikit marjerin. Goreng sosej. Angkat & toskan.
2) Hidang di atas pinggan bersama roti telur tadi. Toppingkan dengan mayonis & sos cili.
Bahan2 Untuk Potato Salad:-
3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 biji limau nipis (diperah jusnya)
1 biji bawang besar (dicincang)
Serbuk lada hitam
Mayonis
Garam
Air
Cara2 Penyediaan Potato Salad:-
1) Masukkan air ke dalam periuk. Rebus ubi kentang hingga empuk. Angkat & toskan.
2) Masukkan ubi kentang ke dalam mangkuk. Perasakan dengan garam, mayonis, serbuk lada hitam & jus limau nipis.
3) Masukkan bawang besar. Kacau rata. Siap! Hidangkan bersama roti telur & sosej tadi.
~ Western Platter. Susunlah atau buatlah plating ikut suka. |
Western food ni nampak je banyak elemen dalam 1 pinggan. Tapi, tak remeh. Simple sangat untuk dimasak & disediakan. Jimat masa, jimat tenaga.
Eh, macam kempen untuk Western Food la pulak! He3...
:: Like3, ek! ::
5 comments:
yang ini mmg bestlah.. makan pulak time panas2 pergh !
bila ade masa mmg nak buat jugak la western platter ni...Thanks lezz bg resepi :)
Kesuma Angsana,
yupp! b/fast buleh, dinner pun buleh.
♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
owh.. sila2. masak sendirik, musti puas hati w/pon xsecanggih chef2. he3..
same2..
diana,
western food xbnyk spices. if ade pun, spices yg simple2 je.
Post a Comment