Wednesday, February 26, 2014

WESTERN PLATTER

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Misi menghabiskan stok sosej dengan ubi kentang. 

Bahan2 Untuk Roti Telur:-

6 keping roti potong Gardenia 
1 biji telur ayam
Marjerin

Cara2 Penyediaan Roti Telur:-

1) Pecahkan telur ayam ke dalam mangkuk. Pukul rata.
2) Panaskan sedikit marjerin. Celupkan roti potong ke dalam bancuhan telur. Goreng seketika (dua2 belah). Angkat & toskan.

Bahan2 Untuk Sosej:-

6 batang sosej ayam
Mayonis
Marjerin
Sos cili

Cara2 Penyediaan Sosej:-

1) Panaskan sedikit marjerin. Goreng sosej. Angkat & toskan.
2) Hidang di atas pinggan bersama roti telur tadi. Toppingkan dengan mayonis & sos cili.

Bahan2 Untuk Potato Salad:-

3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 biji limau nipis (diperah jusnya)
1 biji bawang besar (dicincang)
Serbuk lada hitam
Mayonis
Garam
Air

Cara2 Penyediaan Potato Salad:-

1) Masukkan air ke dalam periuk. Rebus ubi kentang hingga empuk. Angkat & toskan.
2) Masukkan ubi kentang ke dalam mangkuk. Perasakan dengan garam, mayonis, serbuk lada hitam & jus limau nipis. 
3) Masukkan bawang besar. Kacau rata. Siap! Hidangkan bersama roti telur & sosej tadi.

~ Western Platter. Susunlah atau buatlah plating ikut suka. 

Western food ni nampak je banyak elemen dalam 1 pinggan. Tapi, tak remeh. Simple sangat untuk dimasak & disediakan. Jimat masa, jimat tenaga.

Eh, macam kempen untuk Western Food la pulak! He3...


:: Like3, ek! ::



WORDLESS WEDNESDAY #52: BATIK BASAHAN

~ Nama glamer kek lapis Sarawak.

Terima kasih daun keladi, Kak Aneem... ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, February 25, 2014

'KERUSI' PANAS!

Sorang lagik pegawai opis aku yang bertukar... Puan Athirah... as requested. Dia orang Kelantan. Memula, posting kat SKM Pahang. Transfer ke SKM Teluk Intan lepas naik pangkat. Hubby & anak pompuan still kat Kelantan. Jauh tuh! Mana tahan kan... 

Pernah jugak dia mintak transfer ke SKM Kuala Kangsar sebab masa tu SKM Kelantan takde kekosongan. Tapi, macam takde khabar berita. So, dia apply lagik, buat option ke-2, mintak transfer terus ke SKM Kelantan. Tak sangka approved!

Hmmm... rezeki baby ke-2 dalam kandungan mungkin. Alhamdulillah la kan... ;)

As usual, kalau ada yang bertukar, musti ada farewell. Dah ada farewell, musti ada pulak makan2 kan... Heh! 

~ Buat kat Aroma Keladi. Nasik putih, siakap masak pedas, tomyam campur, kerabu sotong, kailan ikan masin, sotong goreng tepung, ayam masak halia & fresh orange. Alhamdulillah... kenyang! ;P

~ Masih dengan outfit kerja sebab buat lepas opis hour.

~ Speech perpisahan yang touching... Sob3...

~ Hadiah untuk baby. ;)

~ Abaikan kebersepahan.

~ Lepas ni, sure rindu dengan slang Kelate Puan Athirah. Tsk3...

~ Dengan Kak Ani (wife Encik Fadzil) pun bollehhh..!

"Good friend is hard to find, harder to leave & impossible to forget..."

Ucapan spesel untuk Puan Athirah. Harap simpan baik2 dalam hati. Eceh! ;P

Kosong balik kerusi Penolong Juruaudit. Memula, Kak Husni... mintak transfer ke SKM Perak (Ipoh). Rumah, suami & anak2 semua kat Ipoh katanya... 

Replaced by Encik Sukeri... mintak transfer ke SKM Kedah. Nak balik kampung halaman kekdahnya... 

Finally (so far...), Puan Athirah... dah pun transfer ke SKM Kelantan. Pulang ke pangkuan keluarga...

'Kerusi' panas nampak gayanya tuh! Hu3...


:: Like3, ek! ::



ATHIRAH IS 5

Dah big girl dah dia. 5 tahun. Tak terasa sangat 5 tahun tuh. Dah jadik kakak to lil Arrisya. ;)

Awa balik kampung. Wassap2 kata nak celebrate birthday Athirah. Konsep dia doa selamat + bbq nite + birthday party. Hah, 3 in 1! Hebak tak konsep? Ha3...

Bbq start selepas Maghrib. Berkepul2 la asap kat laman rumah mertua. Nyamuk pun ngeri nak tumpang lalu. Heh3... 

Lepas Isya', geng surau Abah sampai. Boleh la mulakan doa selamat di mana yang paling ditunggu2 adalah doa makan. Ha3... Larikksss...!!!

~ Big girl... big sister... Happy birthday, Athirah. ;)

Marinate untuk bbq sodap, air asam pun kaw2! Kak Ti memang terbahek kalau buat air asam. Pedas2 nak lagik kata ko! Sampai sate pun aku cicah dengan air asam. He3...

Tengah khusyuk makan, Cuk Dam 'menyumbangkan suara'...

"Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan Athirah... Allah selamatkan kamu... La3..."

Gegak-gempita sekejap. Geng surau Abah pun gelak sama. He3...

Last but, not least... Athirah is 5! Semoga jadik anak yang solehah & khalifah yang baik di bumi Allah. Mak Anjang & Pak Anjang love Athirah laju2. ;D


:: Like3, ek! ::



KRONOLOGI PERCUTIAN SPONTAN

Petang Khamis ke KL (HUKM) ziarah Mak Kerol. Balik Teluk Intan pagi Jumaat (esoknya). Kessahnya ada kat entry sebelum2 ni.

Petang Jumaat sampai pagi Sabtu dapatlah berehat. Sempat jugak mengemas rumah. Vacuum2, laundry & kasik clear habuk2. Sebab tengahari Sabtu nak ke Sungai Buluh pulak, ke rumah Uda. Tujuan utama: Mak nak ziarah cousin Mak yang sakit jantung. So, transit kat rumah Uda lah. 

Nama cousin Mak tu Nanang. Tak tau la Nanang ni pangkat ke apa ke kan... Aku syak ianya adalah pangkat macam Pak Long / Abang Ngah / Tok Su begitu... tapi, versi Jawa. Dah Mak aku suruh panggil Nanang makanya, panggil je lah. Tak baik derhaka. Ecewah! Hiks...

Kronologi #1 (Sabtu) 
Teluk Intan > Rumah Uda (Sungai Buluh) > Ziarah Nanang > Bermalam kat rumah Uda (Sungai Buluh)

~ Traffic alhamdulillah... clear. Nampak apa yang aku spot?

~ Aku dok spot Gen-2 shocking green ni lah! Macam menyerlah sangat di bawah terik2 mentari tu kan... Silau we ols tau! He3...

Kagum dengan orang2 yang sanggup cat kereta diorang dengan kaler2 yang sebegini. Syabas! Anda berani mencurik perhatian! ;)

Hokay... selingan je tu. Back to cerita asal. ;P

~ Singgah RNR Ulu Bernam sebab lapor. Aku makan bakso. 

My 'sayang' dah terjebak dengan asam pedas kat sini. Sodap katanya... Means, sodap untuk kategori 'RNR'. Paham2 je la, ek! ;P

Kronologi #2 (Ahad)
Rumah Uda (Sungai Buluh) > Teluk Kemang, Port Dickson (picnic) > Nilai 3 (shopping) > Bermalam kat rumah Uda (Sungai Buluh)

Sebenarnya, tak plan pun nak ke Port Dickson (PD). Kessahnya... Andak & Mak Yang ada kat Melaka. Diorang roger2 Uda. Uda roger2 Mak. Mak tanya my 'sayang'. My 'sayang' on. Maka terjadiklah percutian spontan. 

Crowded PD hari tu! Macam dah tak nampak port nak berpicnic. Andak roger2, kasik direction sebab diorang dah jumpa 1 port, dekat dengan pantai.

~ Pisang goreng pun bollehhh..! He3...

Port / khemah tu kena bayar tau! 1 khemah = 50 hengget. Ada khemah, a few kerusi & 1 meja kecik untuk letak barang2. Wah, pandai betul diorang bikin bisnes! Hu3...

~ Mak dengan mini jubah & tudung barunya. Mini jubah tu beli semata2 nak ke PD sebab Mak tak bawak baju bersesuaian nak berpicnic. Yang ada semua jubah blink2. Kang orang ingat artis singgah di PD pulak kan... He3...

Aku, my 'sayang' & Mak tak berkubang. Lepak kat khemah sambil chit-chat, makan & tengok orang mandi-manda je. Malaslah! Dah boleh bayangkan betapa crowdednya bila nak bilas badan dengan air bersih kat bilik air nanti. Tak sanggup!

Pukul 3 petang gerak ke Nilai 3 pulak. Ini pun tak plan. Semuanya aci spontan je. Mak Yang kot yang buat usul. My 'sayang' kata ok, aku pun kata yabedabeduuu... lah! Ha3...

Tak kose nak shopping baju / tudung kat Nilai 3. Banyak sangat kedai sampai pitam! Window shopping sikit2 je sebab lutut macam nak tercabut. 'Skru' longgar. Tapi, sempat jugaklah shopping pinggan-mangkuk talam bagai... Buat kenangan... Eceh! Kalau dah namanya pompuan kan... mana tahan tak shopping! Ha3...

Sampai rumah Uda almost 8 malam. Lapor! Uda masak ikan tuna masak kicap. Perrgghhh..!!! Laju2 carik nasik. Buatlah macam rumah sendirik. Ha3...

Kronologi #3 (Isnin)
Rumah Uda (Sungai Buluh) > Teluk Intan

Esok pagi balik. Tak plan jugak sebab plan asal nak balik hari Ahad. Dah terjebak ke PD & Nilai 3, of course la flat! My 'sayang' kata balik hari Isnin je la... We ols menurut perintah je. Hiks...

Nanti nak suruh Mak plan betul2 dengan adik-beradiknya. Boleh la bercuti best2 sikit. Tak terkejut2! ;P


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 38

Breakfast:-

1 bungkus nasik lemak + air teh O panas
Tetiba teringin nak join my 'sayang' minum teh panas. ;P

Minum pagi:-

Air masak.

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + sup tulang + 1 ketul ayam goreng tepung + 2 ketul labu masak lemak + air suam
Aku masak nasik. Lauk-pauk semua my 'sayang' tapau.

Minum petang:-

Air suam

~ Dinner: Western Platter + air masak

Hmmm... nak buat Western Platter lagik lah! ;P


:: Like3, ek! ::



Monday, February 24, 2014

IKAN BAKAR SEMPOIII...

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Google resepi. Amik yang terpaling simple. 

Bahan2:-

5 ekor ikan termenung (disiang & dicuci bersih)
1 biji limau nipis (diperah jus)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Gula
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
5 biji cili padi
1 tangkai cili merah
1/2 inci halia

Cara2 Penyediaan:-

1) Perap ikan termenung dengan jus limau nipis, garam & serbuk kunyit.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
3) Tuangkan sedikit air masak.
4) Perasakan dengan garam, asam keping & gula. Masak hingga pecah minyak & jadi pes. Angkat.
5) Susun ikan termenung dalam pemanggang. Tuangkan pes ke atas ikan termenung. Percikkan sedikit minyak masak menggunalan batang serai. Masak dengan api sederhana. Angkat & hidangkan.

~ Ikan Bakar Sempoiii...

Nak lagik dramatik, balutlah dengan daun pisang. Aroma dia buat perut bershuffle! Ha3...


:: Like3, ek! ::



SANTAI CAFE

Beberapa minggu lepas...

My 'sayang' bawak perkhabaran sedeh. Pasal Mak Kerol. Admit kat HUKM, diagnosed ada cancer kat tempurung kepala. Macam rare je bunyik but, that's the fact!

Operation hari Isnin. Ada komplikasi, Mak Kerol koma! Terpaksa dimasukkan ke ICU. But, tak lama la... Kerol kata Mak dia dah sedar, dah masuk wad biasa. Petang Khamis kami pergi ziarah. Sampai HUKM pukul 10 malam. Nasib baik boleh lagik melawat. 

On the way nak ke lift, aku terserempak dengan Qery & maybe Sepet / Ceera. Ntah! Nampak sekali lalu, berselisih. Muka diorang kan lebih kurang je. So, confuse sikit. 

Eh, bloggers sure kenal siapakah gerangan Sepet & Ceera nih. Qery tu pulak glamer sebab dia hubby Sepet. Banyak jugak gambar dia kat blog Sepet. Aku pulak memang rajin baca blog dia. Kadang2 tinggalkan komen... kadang2 jadik silent reader je. Entry dia sempoi! Kelakor pun ye gak. Syiok baca. Even kadang2 aku story mory morning glory balik apa yang aku baca tu kat my 'sayang'. Sampai my 'sayang' pun dah kenal siapa Sepet, Qery & Ceera walaupun  dia tak baca blog diorang. He3...

Masa berselisih tu, memang 2 kali tolehlah. Tapi, tak berani nak say hye. Nervous! Plus segan. Well... ah kak kan pompuan Melayu mutakhir... ;P

Lagipun, diorang macam rushing je. Terus aku teringat kat ayah Sepet. Maybe, diorang pun baru lepas jenguk ayah Sepet. Kalau korang baca blog dia, sure korang pun tau what happened to her father?!

Hokay, dah! Teruskan perjalanan menaiki lift. ;P

Tingkat 7, Wad Songket. Comel pulak nama wad. He3... 

Mak Kerol dah boleh bercakap & bersembang tapi, still lemah la... Punca asal adalah bengkak kat leher which is aku rasa thyroid. Sebelum admit & dapat detect ada cancer, Mak Kerol rasa lenguh2 badan. Sampai 1 hari tu, dia tak boleh nak gerak2kan tangan / anggota badan lain. Means, otak dia macam tak boleh nak suruh tangan bergerak untuk amik sesuatu barang. Macam blurr! Then, dia jatuh kat bilik air. Terus bawak ke hospital. Masa tu la doktor detect ada cancer / ketumbuhan yang besar kat area tempurung kepala yang sikit sebanyak kacau sistem otak. That's why la otak tak boleh hantar impuls ke anggota badan untuk bergerak.

Solutionnya, doktor terpaksa buang tempurung kepala yang terjejas & gantikan dengan tempurung plastik. Sekarang, Mak Kerol dah discharge. Tapi, still kena berjaga2 untuk sebarang kemungkinan. Apa2 pun, aku sekeluarga doakan yang terbaik untuk Mak Kerol. Get well soon, mok cik... Mudah2-an & in shaa Allah...

~ Pukul 11 malam, kitorang pekena supper kat Santai Cafe.

Betul2 dekat depan gate Sains Selangor. Sekolah kebanggaan ah kak gitu..! Eceh! Terus kembang2 kempiskan hidung depan my 'sayang', adik2 ipar & biras. Berbulu je diorang..! Ha3...

Santai Cafe
Jalan Tasik Permaisuri (Bandar Sri Permaisuri)
Bandar Tun Razak
56000 KL

No. Telefon: 012-3892852 / 012-3844454    

Rating: 3.5/5

~ Hawaiian Bolognaise Spaghetti untuk aku. Hmmm... dari segi rasa, ok. Tapi, gravy tu oily sikit.

Menu lain dengan review macam kat bawah nih:-

1) Nasi Goreng Santai (my 'sayang')
- Nasik goreng + ayam goreng + sambal tumis ikan bilis + keropok = pedas sikit. Tapi, ok je kat tekak aku. Sebab aku suka pedas! Lagik pedas, lagik hebak! Heh3...

2) Lamb Chop (Bulat)
- Kambing lembut & tak hamis. Sodap!

3) Fish & Chips (Udda)
- Not bad jugak.

4) Bihun Goreng (My MIL & Abah)
- Diorang kata pedas. Tapi, tekak aku ok jerrr... ;P

Aku tak sure Yana & Memem makan apa. Hmmm... bihun goreng jugak kot...

Supper sponsored by Memem. Alhamdulillah... Semoga murah rejeki... Heh3...

Kenyang perut sukalah hati. Especially bila ada orang belanja. Eceh! ;D

Malam tu, kami 'check-in' kat rumah Awa je. Walaupun tuan rumah nan hado sebab diorang balik Kuala Kangsar tapi, kunci rumah ada kat Bulat. Terima kasihlah, Awa & Roy... kerana toto & comfortermu bisa melenakan tidoku. Jasamu dikenang... ;P


:: Like3, ek! ::



Saturday, February 22, 2014

MENGTRY THE RAYYAN STEAMBOAT & GRILL

Kecik tapak tangan, 1 Taman Intan Mas ah kak tadahkan...

Hah, amekaw! Begitu la kiranya reaksi bila dengor ada orang nak belanja. Bersiap pun pantas! Sap2 soi kata ko! Ha3... Nampak tak 'permainannya' di situ? ;P

Ke tempat yang dijanjikan, lepas Maghrib. Kat The Rayyan Steamboat & Grill. 1st time. Ingatkan tak payah susah2 nak buat reservation. Tapi, andaian meleset! Bapak besar board kat luar pintu masuk menyatakan, 'FULLY-BOOKED!' O.M.G sangat tau! Uhuks3...

Sebelum tu, Udda ada mintak reservekan. Tapi, macam tak perlu je. Macam boleh je kalau nak walk in. Sebab steamboat je kot... Bukannya seafood ikan bakar bagai... yang dah sah2 akan ada ramai pengunjung. Tapi, tu la... sangkaan meleset kata ko! 1st time pun ye jugak. 

Tak tau nak rasa bersalah ke... atau rasa kecewa... atau tak payah rasa apa2. Hmmm... rasa nak padam tulisan 'FULLY-BOOKED!' kat board tu pun ada jugak. Tapi, tak baik. Vandalism namanya. Hu3...

Tarik napas kejap... Fuh! 

Ada yang cadangkan plan B, plan C bagai... Tapi, semua tak berganjak2 lagik dari situ. Maybe memasing dah membayangkan periuk steamboat beserta chopstick kot. Ha3... Last effort, Udda try negotiate dengan owner / manager. Alhamdulillah... mungkin jugak dah memang rezeki nak makan steamboat. Ada 1 meja kosong. Ada yang cancel reservation di saat akhir kot.

~ 2 dapur untuk 8 orang makan. 'Memasak' la kami malam tu dengan hebaknya..! He3...

~ Ini buffet steamboat. 25 hengget seorang. Warga emas murah sikit, 15 hengget. Kanak2 pulak 12 hengget. Makanlah sampai lebam asalkan habis. Kalau tak, kena caj.

~ 'Telenovela' di depan mertua. Harap mertua merestuinya... Ha3...

~ Berlakon je nampak macam hebak bergaya pakai chopstick tuh. Hakikatnya, hampeh! Tangan pengkar, susah nak kepit. Jeles tengok Bulat yang terror guna chopstick. 

Rating: 3.5/5

Sup sodap. Tomyam pun ok. Perapan ayam, daging lembu & kambing pun not bad. So, kalau tekak tu rasa nak makan steamboat, boleh la terjah, ek!

The Rayyan Steamboat & Grill
Taman Melor
36000 Teluk Intan, Perak

No. Telefon: 019-5772599

Call untuk reservation dulu kalau takut nak jadik 'adventurous' macam we ols. Heh3...

Akhir kata, terima kasih Kerol sebab jadik tukang belanja malam tu. Semoga murah rezeki... ;)


:: Like3, ek! ::



GOLDEN WRAP PUN BOLLEHHH...

Dating dengan my 'sayang'...

Memula, pusing2 je dulu. Sambil berpikir & berdiskusi nak makan apa. Owh... dating dari sudut perspektif kitorang memang tak pernah lari dari agenda makan2. Macam lagu & irama... macam ombak & pantai... 

Eceh! Hiks...

Terlalu dekat depan KFC. Terbau pulak ayam goreng dia. Apa lagik... terbayang2 iklan KFC kat tv! Memasing diam untuk 2 saat, saling berpandangan diikuti dengan senyum nakal + manjas2. Errr... boleh bayangkan tak macam mana spesis / jenis senyuman tuh? Ha3...

~ Hati kata takmo try Golden Wrap Chicken! Sebab selalunya yang seasonal ni tak berapa kick! Tapi, mulut sangat gatal! Laju je mintak, 'Golden Wrap Chicken 1..!' Adus... dusss2... 

~ Makan sebagai 'desert', kengkononnya lah kan... Sebab kena tunggu 10 minit baru diorang hantar kat meja. Snack Plate dengan Zinger Burger dah selamat masuk perut terlebih dahulu. Heh3...

Kesimpulannya, dari segi rupa paras, Golden Wrap Chicken ni tak la semenggah macam yang dia iklankan kat tv. Biasa la tuh... strategi pemasaran. Dari segi rasa, ok la... not bad. Ayam tu sangat lembut. Tulang2 dia pun ko boleh geget2 sekali kalau nak. 

Siapa tak try lagik, boleh la terjah KFC cepat2! ;)


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 37

Breakfast:-

Kuih-muih + air masak
My 'sayang' tapaukan kuih-muih. Dah lambat. Tak sempat nak breakfast sekali.

Minum pagi:-

Air masak & air masak. Minum sampai kembung pun takpe. Elok untuk digestion, detox & di kala cuaca panas membahang macam sekarang.

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan termenung masak taucu + 1 senduk sayur campur + air masak
Terima kasih, Mokcik Banjir. Heh3...

Minum petang:-

1 kotak air laici + air masak
Cuaca panas! Macam melambai2 pulak air laici yang sejuk2 tuh. ;P

~ Dinner: 2 ekor ikan termenung bakar + air masak

Pesanan untuk you ols, minumlah air masak secukupnya. Musim kemarau tak berlalu lagik. Memang hujan dah turun tapi, agak rare. 


:: Like3, ek! ::



PENCETUS UMMAH

Lama dah cerita nih. Masa Maulidur Rasul hari tu.

Godek2 folder, terjumpa pulak gambar2 masa acara tuh. Terasa rugi pulak kalau tak jaja & abadikan wajah kiut aku ngan Mak kat blog oren nih. Macam something is not right gitu..! Ecewah! Heh3...

Public holiday kan... Kebetulan pulak dapat jemputan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Hilir Perak & Ceramah Oleh Pencetus Ummah (PU): Hafiz. 

Jarang sebenornya tengok Pencetus Ummah kat Astro Oasis tuh. Biasa la ah kak kan... Uhuks3... Cer kalau Anugerah Bintang Popular ke... Runningman ke... Bukan Kerana Aku Tak Cinta lagiklah... laju je mengcop remote control... laju je terpacak depan tv sambil peluk bantal SpongeBob... Siap feeling2!

Haish! Lagha! Kadang2 ada jugak rasa nak backhand diri sendirik. Tapi tu la... cabaran betul nak jadik baik ni kan... Sob3...

Sempena Maulidur Rasul tu, cuba2 la memperbaiki kelemahan diri ni sikit2. Pelan2 kayuh katanya... Asalkan Allah tau isi hati kita... ;) 

~ Bawak Mak sekali. Tengah cuti & ada kelapangan ni la nak bawak Mak. 

~ Mendapat sambutan hangat!

~ Mak jumpa geng surau. 

Walaupun dari kejauhan je dapat tengok PU Haffiz tapi, ilmu yang dia curahkan tersemat jugaklah kat dalam hati ni. Pasal kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, keperibadian, perjuangan sampai la ke saat2 kewafatan baginda. Betapa Rasulullah sayangkan ummatnya... 

Perlu banyakkan berzikir & berselawat untuk mengingati baginda. 

Muhasabah diri sekejap... 


:: Like3, ek! ::



Friday, February 21, 2014

ROTI PAJERI TERUNG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

1st attempt! Berzikir, berdoa, berharap, bertawakal... & ber3... lagiklah... sebelum memasak. Semoga menjadik... Fuh!

Bahan2:-

2 biji terung panjang (dibelah 4 setiap 1)
1/2 peket serbuk rempah kari ikan
1 keping asam keping
1 tangkai cili hijau (dibelah 2 tanpa putus)
1 sudu kerisik
1 kotak santan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari
Air masak
Minyak masak
Garam
Gula

Bahan2 Kisar:-

5 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci halia

Cara2 Penyediaan:-

1) Satukan serbuk rempah kari ikan dengan bahan2 kisar. Sebatikan hingga menjadi pes.
2) Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang & daun kari hingga naik bau.
3) Masukkan pes tadi. Masak hingga pecah minyak.
4) Masukkan asam keping, santan & air masak secukupnya.
5) Masukkan kerisik & biarkan mendidih.
6) Perasakan dengan garam & gula.
7) Masukkan terung panjang & cili hijau. Masak hingga kuah pekat & terung panjang menjadi lembut. Angkat & hidangkan.

~ Roti Pajeri Terung

Nak makan dengan nasik pun boleh. Tak berdosa pun... ;P

Neves tengok hasilnya. Nasib baik boleh diterima anak tekak. Fuh! 


:: Like3, ek! ::



DARI PENANG KE PERAK..

Dari Penang ke Perak...

Majlis bertandang Aril & Erna. Tak habis lagik cerita kahwin diorang nih. Ni last episod. Aku janji! Heh3...

~ Pengantin berarak dengan sedikit kelainan.

Tak perasan bila diorang berarak macam ni. Sebab diorang kat belah sinun, aku kat ceruk sini. Agak terlindung. Nasib baik my 'sayang' paparazzi yang hebak! Boleh berada di mana2 yang diperlukan. Ecewah! ;P

~ Berkejaran ke meja santapan & pelamin. Tomei2... ;)

13 khemah untuk majlis bertandang nih. Sepanjang jalan kat row rumah Cik Am tuh. Al maklum la... tauke khemah... Apa ada hal?!! He3...

Plus, jemputan pun ramai. Tak putus2! Sedara-mara je dah berbondong2. Kawan2 lagik... jiran2 bagai... Memang berbaloi dengan 13 khemah tuh. 

Hokay! Habis dah kot cerita-ceriti kahwin kaum kerabat my 'sayang'. Pakat2 kahwin dalam tahun yang sama diorang ni. Jenuh blogger tegar ni nak mengarut2 taip entry. Hu3...

Akhir kata... selamat melayari bahtera rumah tangga... 

Sekian, wassalam...

Eh, macam ending surat tak rasmi lah pulak! Hiks...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, February 19, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #51: OWH... AUDI KU...

~ Dream car..

Well... berangan tu kan free..! ;P


:: Like3, ek! ::



Monday, February 17, 2014

SEMOGA KEKAL TILL JANNAH

Pernikahan yang agak unik sikit. Penyatuan hati antara ibu & bapa tunggal. Perkahwinan kedua Jiah, cousin my 'sayang'.

Perkahwinan pertama Jiah, alhamdulillah... bahagia. Dengan 2 orang permata hati perempuan, makin bercambah2lah rasa bahagia tuh. Tapi, dugaan buat Jiah bila suami dipanggil menghadap Ilahi. Diagnosed as prostate cancer, kurang potassium & komplikasi + kegagalan organ dalaman. 

Besar dugaan Jiah. Wallahualam...

Senyap sekejap khabar Jiah lepas tu. Tiba2, Udda bagitau yang Jiah bertemu jodoh lagik. Maybe diorang texting each other kot. 

~ Jiah & pasangan pilih untuk buat majlis akad nikah je. Amik yang wajib.

~ Memeriahkan majlis budak bertuah yang 2 orang nih. Heh3...

~ Alhamdulillah...

Semoga kekal bahagia hingga ke jannah... Aminnn...


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 36

Breakfast:-

1 keping roti telur banjir + air suam
Breakfast dengan my 'sayang' kat Medan Selera Sri Sayang.

Minum pagi:-

Togok air masak. Lepas tu, telan ubat homeo.

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan termenung goreng + 1 senduk taugeh tumis + 1/2 biji telur masin + air masak
Tapau. Kat Sri Sayang tu, haaa..!

Minum petang:-

Air masak.

~ Dinner: Roti Pajeri Terung + air masak

Pssttt2!!! Sebenornya, ah kak dah timbang berat tau! Turun beberapa kilo, noks! I just can't believe it, hokay! Asik tersenyum je sepanjang hari tuh. Terus rasa nak melayang2 ke udara jerrr... He3... ;D


:: Like3, ek! ::



Wednesday, February 12, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #50: BALADA PENCINTA

~ Amik gambar dengan poster godang Balada Pencinta tapi, tengok Iron Man 3 kot...


:: Like3, ek! ::



Sunday, February 9, 2014

CEKODOK KARI SARDIN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bahan2 Untuk Cekodok:-

1 sudu kecil garam
3 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 genggam ikan bilis
1 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air masak
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Cekodok:-

1) Satukan garam, tepung gandum, serbuk kunyit, telur ayam, ikan bilis, bawang besar & air masak ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Panaskan minyak. Goreng mengikut acuan / ikut suka hingga kekuningan. Angkat & toskan.

Bahan2 Untuk Kari Sardin:-

1 tin sardin
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 peket serbuk rempah kari
1 keping asam keping
3 biji ubi kentang (dipotong 12 setiap biji)
1 inci halia (dihiris)
Air masak
Minyak masak
Garam
Gula

Cara2 Penyediaan Kari Sardin:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, daun kari, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan serbuk rempah kari. 
3) Tuangkan air secukupnya. Tumis hingga pecah minyak.
4) Masukkan ubi kentang. Masak hingga ubi kentang 3/4 empuk.
5) Masukkan sardin.
5) Perasakan dengan garam, gula & asam keping. Masak seketika. Angkat & hidangkan bersama cekodok.

~ Plating yang kengkononnya fusion. Padahal, Cekodok Kari Sardin je pun... Heh3...


:: Like3, ek! ::



TRIBUTE TO THE HEROIC FIGHTERS

Meh nak cerita pasal sejarah sikit. Sekali-sekala... Bukannya selalu... Tak lain tak bukan, pasal Tugu Negaralah.

Tugu Peringatan Negara atau lebih senang nak sebut, Tugu Negara dibina pada 8 Februari 1966. Perrgghhh..!!! Lama sangat tuh! Confirm2 aku tak lahir lagik. Mak pun baru 7 tahun kot! 

Tujuan pembinaan pulak adalah untuk memperingati 11 ribu perajurit yang terkorban masa Perang Dunia Pertama, Kedua & Darurat. Bukan sikit2, ye! Read my lips, 11 RIBU, hokay! #macambolehnampakbibirplak Heh!

Tugu tu menggambarkan sekumpulan tentera yang mengibarkan Jalur Gemilang. Jugak melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian & pengorbanan.

Fuh! Macam cikgu sejarah pulak. He3...

Tujuan utama nak cerita pasal lawatan ke Tugu Negara. Tapi, dah macam buat mukadimah untuk projek folio sejarah Tingkatan 3 kekdahnya... Ha3... Hadoi!

~ Berhenti amik napas sekejap. Nak panjat tangga secoet ke Tugu Negara ni pun semput. Achaner nak menawan Gunung Kinabalu? Adeh3...

~ Masalah laki aku nih! Hadoiiyaiiinyapon!

~ Merakamkan kenangan dengan Mak.

~ Nak buat comparison, betapa besor & tingginya tugu tuh.

~ Kat sekitar Tugu Negara ni ada fountain. Cool!

~ Hasil shopping di Tugu Negara.

Sekali-sekala mengimbau sejarah, apa salahnya kan... Tak rugi. Masuk pun percuma.

Tugu Peringatan Negara
Jalan Parlimen
Kuala Lumpur

Jemput la datang! Kasik tribute to the heroic fighters of Malaysia... 


:: Like3, ek! ::



Saturday, February 8, 2014

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 35

Breakfast:-

1 senduk nasik goreng belacan + air Milo suam
Ada leftover nasik. Jadiknya, kita buat nasik goreng belacanlah. Lama tak makan. Terkembang2-kempis hidung cium bau semerbak cik belacan. Ha3...

Minum pagi:-

Air Milo suam
Bancuh sendirik, tanpa gula / susu, Milo kasik lebih. Heaven sangat..! ;P

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 2 sudu bayam tumis air + 1 ekor ikan gelama goreng cicah cili kicap + air masak
Pun masak jugak. Puas hati & perut!

Minum petang:-

Air Milo suam

~ Dinner: Cekodok kari sardin + air suam. Hasil air tangan & kreativiti sendirik. Eceh!

Hokay, dah. Tu je nak cerita. Sampai ketemu lagik... ;P


:: Like3, ek! ::



RINDUKAN 'ANAK2'...

Rindukan 'anak2' belah my 'sayang'...

Macam dah lama pulak tak jumpa diorang. Padahal, baru minggu lepas jumpa kot..! Masa cuti Chinese New Year. Awa ada balik kampung sebelum ke Kuala Kangsar, kampung Roy. Dari Kuala Kangsar ke Kedah membawak ke Penang pulak. Dasat betul mokcik tuh bercuti2 Malaysia. 

Secara tak sengaja ah kak TERjeles! 'TER' hokay... 'TER'! Adeh!

~ Nurul Athirah Qistina a.k.a Cinina a.k.a Athirah a.k.a Kakak. Fuh! Banyak jugak nama glamer dia.

~ Nurul Arrisya Qurratu'ain a.k.a Arrisya a.k.a Cik Smurf. Nickname 'Cik Smurf' tu Acik Kakak (Jijah) yang kasik. Tak taulah kenapa. Mungkin sebab muka Arrisya yang bulat2 macam Smurf kot. He3...



Last but, not least... Mak Anjang & Pak Anjang miss Athirah & Arrisya banyak2... Till we meet again... 

Isk3... tertouching pulak! Sob3...


:: Like3, ek! ::



WEDDING 'DATUK & DATIN'

Kesah keesokannya...

Pagi tu, terasa lapor pulak. Tapi, diamkan je. Cuba pujuk perut untuk bersabor. Eceh!

Takde apa nak dibuat. Tido berjemaah je la kat dalam bilik tuh. Abah datang 'ziarah'. Kengkonon nak sembang2 pagi + bergossip la kot. Tapi, hampa sambil geleng2 kepala bila tengok anak2 + menantu2 dia terbongkang peluk bantal busuk. Ha3... Hadoi!

Kak Long ketuk setiap pintu bilik, buat announcement suruh semua bersiap by 12 tengahari sebab waktu bersanding pukul 12.30 tengahari. Hokay, fine... Awal2 aku dah siap2 mandi. Bila adik2 ipar & biras bersiap make up bagai... aku pun menyibukkan diri jugaklah. Siap on time!

Tetiba, sang pengantin lelaki masih berbaju t-shirt, berseluar track bottom & berselipar jepun. Apakah..??!

Tup2... katanya bersanding pukul 2 petang. O.M.G!!! Cair make up, hokay..! Memang mendapat bantahan dari semua ahli rombongan. Mana mungkin kan... Sebab lepas bersanding kita semua nak balik ikut haluan memasing. Jauh, ye! Contoh: Kami nak balik ke Perak. Cuk Dam & family nak balik ke Bangi. Agak rushing di situ...

Maka terpaksa la sang pengantin lelaki bernegotiate dengan pengantin perempuan, mintak kerjasama & budi bicara untuk awalkan acara bersanding. Nasib baik berjaya! Kalau tak, memang Aril bersanding sorang2 la kot! Sebab semua dah cha alip bot! Hu3...

~ Mak Dats (Datin) wanna be. Eceh!

~ Cantik warna baju pengantin. Pengantinnya pun comel.


~ Pelamin pun sweet jugak. Pendek kata, semuanya cantik2, comel2 & sweet2 lah. ;)

~ Tak sabor nak makan. Lapor tahap gaban!

~ Kompang + silat.



Menu santapan pun best2! Nasik minyak, ayam goreng berempah, acar, pecal, dalca & macam2 lagiklah. The best adalah ayam goreng berempah. Terkenang2 wooo..!!! ;P

Selesai sudah wedding 'Datuk Aril Afzan & Datin Erna Nadia' (nama facebook diorang). Entry majlis bertandang akan menyusul kemudian... 


:: Like3, ek! ::