Cerita Jumaat lepas...
Tengahari... time lunch hour... biasa la... musti nak 'main masak2' je kerjanya. Isteri mithali kata ko! Eceh! Pui!
Malam tadinya, sebelum tido dah siap2 pikir dah, nak masak apa untuk tengahari Jumaat tuh. Persiapan awal kekdahnya... ;P
Nasik putih + ikan cencaru goreng + ikan masin goreng + sayur manis kacang panjang & carrot pun can do kot..! Tapi, macam tak kicklah kalau takde sambal belacan kan... SAMBAL BELACAN, hokay..! Diulang suara... SAMBAL BELACAN!
Eh, korang jangan nak buat muka confuse, ek pasal sambal belacan tuh! Sebab ah kak lagik la confuse kot..! Memang jarang sangat buat sambal belacan sendirik. Asal nak try buat je, neves! Asal neves je, nak try buat! Kadang2 hampir2 dengan symptom parkinson dah. Hu3... Neves betul!
Tapi, takpe... Anggap je sebagai 1 cabaran! Eceh! Sambal belacan pun nak ber-cabaran2 bagai kan... Over sangat tau! Ha3...
~ & akhirnya... terhasillah sambal belacan ini..! Nan hado google2 tau! Aci common sense je. Terus merasa sangat hebak! Ha3... |
Konsep dia adalah berpikir dengan bijak. Contoh:-
"Nak buat sambal belacan, musti la kena ada belacan kan... Belacan tu pulak musti la kena bakar dulu kan... Tapi, yang ni takde problem sebab aku pakai belacan yang dah siap2 dibakar tu. Beli kat Melaka kot. Lepas tu, dah namanya pun sambal so, musti la kena pedas2 kan... Kalau nak pedas harus la kena ada cili padi. Campur sikit dengan cili merah sebab Mak pernah cakap, kalau nak balancekan tahap kepedasan, campurkan je dengan cili merah. Bubuh bawang sikit... Lepas tu, perah jus limau, kasik rasa masam2 sikit. Garam tak perlu sebab dalam kes ni, belacan yang aku pakai tu dah sedia masin. Hmmm..."
Wah, pakai 'kes' segala, noks! Macam thesis pulak. Ha3...
~ LOTD... samadengan Lunch Of The Day... ;) |
Alhamdulillah...
Misi sambal belacan berjaya..!!! Hiks...
:: Like3, ek! ::
No comments:
Post a Comment