Wednesday, July 31, 2013

IKAN GORENG SOS PALEMBANG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Dok pikir2 nak masak apa la agaknya stok ikan yang kat dalam fridge tuh?! Sampai pening2 lalat jugaklah! Ecewah..! Over tau..! ;P

Last2, google resepi. Macam2 hado... wa cakap lu..! ;D

Bahan2:-

5 ekor ikan bawal cermin (disiang & dicuci bersih)
1 batang serai (diketuk)
1/3 cawan susu cair
1/3 cawan kicap manis
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Minyak masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ikan bawal cermin dengan garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng ikan hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bahan2 kisar & serai hingga pecah minyak.
2) Masukkan kicap manis & susu cair. Masak hingga kuah jadi pekat. Angkat & tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Hidangkan.

~ Ikan Goreng Sos Palembang

Terima kasih, potretkasih sebab share resepi ni. ;)


:: Like3, ek! ::



IFTAR 14 RAMADAN 2013

Rajin sikit nak masak. Tapi, 1 lauk je la... Heh3...

Ok la tu kan? Dari takde langsung! ;P

~ Ikan sos Palembang namanya. Jauh kot..! He3...

Hasil menggoogle. Lepas tu, ubah ikut kesesuaian stok.

Aku gunakan waktu lunch hour untuk memasak. Nak masak petang takut tak sempat sebab nak amik Mak lagik kan... 

Mak berbuka & tido kat rumah aku hari tu sebab esoknya ada appointment kat hospital.

~ Ikan bilis cili padi. Mak yang masak.

~ Pecal timun & cauliflower. Mak jugak yang buat.

~ Popiah ngan satar, tapau kat PARAM.

~ Sup sayur, AJK surau yang tapaukan untuk Mak.

~ Talapia bakar, hasil 'tangkapan' dari PARAM.

Ermmm... dappp... ;P


:: Like3, ek! ::



WORDLESS WEDNESDAY #36: REMP-IT PRO

~ Cub Prix di Teluk Intan... tajuk album dia... ;P


Aku tak pergi pun... My 'sayang' je yang rajin redah panas membahang tuh. Plus, Cub Prix I tak layan, noks! Kalau F1, of course layan habis..! Siap feeling2 gadis litar lagik..! Ha3... Pui!


:: Like3, ek! ::



SAHUR 14 RAMADAN 2013

Pukul 4.45 pagi, Mak buat wake up call. Jam loceng pun buat wake up call jugak. 

Tido semula... Sila sekeh kelopak mata ah kak. Dush3!!!

Pukul 5.10 pagi baru hegeh2 nak bangun. Tergagau2 carik dapur.

Reheat nasik ngan gulai nanas ikan masin leftover. Sambal udang tak sempat nak reheat.

Dengan mata kuyu. Nasib baik tak sambung tido kat dapur. Adeh3...

Pukul 5.20 pagi mulakan santapan. 

Alhamdulillah...


:: Like3, ek! ::



IFTAR 13 RAMADAN 2013

Malas nak masak. Sebab pening dah dok pikirkan resepi. Nak menggoogle pun malas jugak. 

Ahakkk... tak tau..! Penyakit 'M' dah datang..! ;P

Hari tu, turn Mak kenduri moreh kat surau. Sharing2 ngan BFF Mak, Cik Siah. Mak roger2, suruh amik lauk-pauk. Pukul 5 petang je, berdesup ah kak ke rumah Mak. Heh3...

~ Ada sambal udang, gulai nanas ikan masin...

~ ... & talapia 3 rasa. 

~ My 'sayang' pulak ditugaskan ke PARAM, beli kuih-muih. Semua beli kecuali agar2 Milo bersantan tuh. Yang tu Nenek kasik.

Terima kasih, Mak...

Terima kasih, Nenek...

Terima kasih, PARAM... ;P


:: Like3, ek! ::



Tuesday, July 30, 2013

SAHUR 13 RAMADAN 2013

Awal, owh... Mak bangun..! Hebak! Apakah Mak tak mengantuk? Hu3...

Tak macam anak bongsu Mak nih. Ya ampon... betul nak bangun! Asik nak melekap je kelopak mata tuh. Jadik, sila salahkan kelopak mata ye! Adeh3...

Sempat jugak Mak buat ikan bilis goreng kicap. Selebihnya, aci reheat2 lauk leftover berbuka. 

Aku tak usik pun lauk lain. Fokus kat nasik putih ngan ikan bilis goreng kicap je. Terbahek, noks! 

Terima kasih, Mak... I lap you lah! Heh3...


:: Like3, ek! ::



HOSPITAL MARATHON

Berderet2 appointment Mak.

22 Julai 2013

Appointment dengan specialist kat Klinik E.N.T. Follow-up je... Doktor kata, hidung Mak dah ok. Takde bengkak2 dah. Ubat pun doktor kurangkan dosage.

Kesimpulannya, Mak ada allergic. Kena pantang makan seafood especially sotong, mende yang gatal2 macam terung, ais & habuk. Kalau Mak berjaya control, makanya hidung Mak akan ok. Tapi, kalau terbabas jugak, consume je ubat spray2 sedut tuh.

Kesian Mak sebab semua makanan yang kena pantang tu samadengan makanan faveret Mak. Alahhhaiii..!!!

Next appointment: 22 Julai 2014

24 Julai 2013

Untuk hypertension & diabetes. Ya ampon... punya ramai orang! Tapi sebab datang awal, parking pun senang sikit & nombor giliran pun tak sampai beratus2. Takat puluh2 je. Tu nombor giliran check blood pressure (BP) la. 

Tang jumpa doktor, memang haub! Dapat nombor 13, bilik 8. Berchenta kot! Bilik 5, 6 & 7 dah cecah angka 20++ tapi, bilik 8 baru cecah angka 10 kot..! Musykil ah kak tau! Apakah doktor tu ghalit sangat check patient? Hmmm...

~ Sampai tertido2 Mak tunggu nombor 13 punya turn. 

BP Mak: 160/80. Natijah berbuka kat surau berlaukkan telur masin. Haish! 

By the way, aku dah tarbiah Mak. He3...

Next appointment: 31 Julai 2013

25 Julai 2013

Appointment paling mendebarkan, kata Mak. Sebab nak kena sedut thyroid. Pagi2 dah terpacak kat Klinik SOPD. Dapat nombor 16. Hokay la tuh!

Doktor interview Mak lelebih kurang then, dia suruh tunggu kat ruang menunggu kejap. Dalam 10 minit, nurse panggil Mak masuk untuk buat prosedur sedut thyroid tuh. Aku masuk jugak. Kasik moral support sebab aku tau, Mak musti dah neves tahap gaban! Ha3...

Next appointment: 9 September 2013

Hospital marathon... Kesian Mak... 


:: Like3, ek! ::



Monday, July 29, 2013

IFTAR 12 RAMADAN 2013

Mak pun berbuka kat rumah we ols jugak. Sebab esoknya Mak ada appointment kat hospital.

~ Semua ni juadah berbuka. Meriah tak?

Penuh meja, noks! Pitam nak habiskan. 

Aku tak masak apa2 pun. Tak sempat. Lauk2 tu ada yang kami tapau kat PARAM & ada jugak yang Mak tapau dari surau. 

5 jenis lauk je yang PARAM mari. Rendang kerang, daging, sambal ikan bilis cili padi petai, ikan keli & talapia bakar. Yang lain2 adalah dari surau. 

Mak masak untuk kenduri bukak puasa kat surau. Masak ramai2 dengan geng surau Mak. Memang dah jadik kebiasaan, AJK surau akan tapaukan siap2 lauk berbuka untuk sesiapa yang tolong masak. Ye la... diorang kan 1/2 hari masak kat surau. Balik pun dah pukul 6 petang. Mana la sempat nak masak kat rumah. Sebab tu la AJK surau tapaukan lauk2. 

Kalau Mak berbuka kat rumah sendirik, Mak pilih2 jugak lauk2 yang nak ditapaukan tuh. Bukan sombong / berlagak. Tapi, Mak sedekahkan balik lauk2 tu pada geng surau lain sebab kalau bawak balik Mak takut tak habis. Makan sorang2 kan... Tak berapa selera kata Mak.

So, lebih baik Mak sedekahkan bahagian Mak pada geng2 surau yang ada ramai family members time berbuka. Sharing is caring, katanya... 

Wah, tetiba Mak cakap omputih kan..! Hiks...


:: Like3, ek! ::



SAHUR 12 RAMADAN 2013

Ayam sirsau cili padi ngan ikan goreng ada lebih. Mak suruh tapau, buat lauk sahur katanya...

Nasik pun aku tapau sekali. Malas ya ampon... kot nak masak nasik subuh2 kang. Sebab selalunya aku masak nasik belah malam. Sok subuh tinggal nak reheat je.

Ni sampai rumah pun dah pukul 11 ++ malam. Mata dah kelat2, tak koselah nak masak nasik. Tapau nasik Mak je kan lagik senang... ;P

Berchenta betul nak bangun sahur subuh tu. Mak buat wake up call macam biasa...

"Adik, bangun sahur! Panaskan apa2 yang patut. Jangan tido balik lepas Mak letak phone nih tau."

"Baheklah2..."

Tapi, haub! Aku tido balik dengan handphone kat telinga. Sedar2 je dah pukul 5.15 pagi! Meloncat terus dari katil! Laju2 kejut my 'sayang'. Tak sempat nak reheat apa2 dah. Belasah je la. Janji sahur! Adeh3...

Nasib baik terjaga je tuh! Nasib baik sangat kan... Fuh! Tak boleh nak amalkan selalu kaedah dah dikejut tapi, tido balik nih. Isk3...


:: Like3, ek! ::



IFTAR 11 RAMADAN 2013

Berbuka kat rumah Mak pulak. Haaa... kan dah kata ikut 'nombor giliran'! Heh3...

Iftar ni spesel sikit sebab seklaigus nak celebrate birthday Mak. Actually, birthday Mak adalah 19 Julai... maknanya, 10 Ramadanlah. Tapi kan, 10 Ramadan tu we ols berbuka kat rumah mertua. So, postpone ke esoknyalah.

Tapi, wish tetap on time, hokay..! ;)

~ Ayam sirsau cili padi, bayam tumis, laksa, ikan goreng & kuih-muih. 

~ Pulut kuning yang didekorasikan oleh Kak Aneem. Habis tomato ngan cili padi Mak jadik props. Ha3...

Mak tak tau pun yang kami nak celebrate birthday Mak. Kengkonon nak surprise2... la kan... Aku roger2 Abang, tanya Kak Aneem terror tak buat pulut kuning. Abang kata, tempah je la kat sesiapa. Pening pulak aku nak carik siapa yang boleh buatkan pulut kuning. 

Aku nak buat??? Memang tak la... Mau jadik 'pulut hitam' terus! Ha3...

Last2, buat gediks2 manjas2 kat Mak, mintak Mak je masakkan pulut kuning tuh. Bukan setakat pulut kuning je tapi, lauk2 lain pun we ols request Mak yang masak. Amekaw! Birthday girl yang kena paksarela memasak. Nasib baik Mak memahami anak2 + menantu2 beliau yang ke laut nih. Adeh3...

Nak kena sekeh anak2 + menantu2 Mak nih! Hu3...

~ Pulut kuning ganti kek. Sebab kami bukan pemakan kek yang hebak. Mak pun dah pesan awal2, kalau birthday2 ni, better buat pulut kuning je. Buat cicahnya, confirm laku.

~ Suapan manjas Abang untuk Mak. Ecewah! Hiks...

Lepas berbuka + celebrate birthday Mak, kami solat tarawih sama2 kat Masjid Daerah Sultan Idris II, Teluk Intan. Best tarawih kat situ sebab ada air-cond. Sojuk je kan... Sampai kuyu2lah mata kekdahnya! He3...

~ Balik tarawih, sambung makan laksa. Yang panjang melintang tu bukan ikan tau! Tapi, munge kantan. Kengkonon artistic sangat la tuh! ;P 

~ Rifqi the handsome boy..! Kakak la yang kata... ;)

~ Acara bukak2 hadiah birthday. Cucu Mak biasalah! Menebeng sesado..!

~ Harap Mak suka blouse yang aku & my 'sayang' hadiahkan nih. ;)

~ Bukak hadiah ke-2 pulak. Daripada Abang & Kak Aneem.

~ & cucu Mak menebeng lagik..! ;)

~ Aku nak amik gambar Mak, Kak Ngah sibuk suruh amik gambar dia! Haish! Sawan camera betul!

~ Container set kaler merah, warna faveret Mak.

~ Rifqi bikin onar! Boleh pulak lapik set container tu dia buat kopiah! Lepas tu, buat muka seposen. Ha3...

~ Pose skodeng2... tajuk album dia... Ha3...

Seronok sangat malam tu. First sebab Allah masih bagi peluang untuk celebrate birthday Mak yang ke 54. Second sebab dapat berkumpul sambil makan2 dengan family. 

Alhamdulillah...

Yang tak syioknya, adik-beradik tak cukup kuorum. Kakak & family tak dapat balik kampung. Kalau semua ada, musti lagik beronok2. ;)

Hmmm... takpe la... Takde rejeki... Yang penting ingatan & kasih sayang memasing. Harap berkekalan sampai bila2. Macam yang Mak nak & aku pasti, Arwah Abah pun harapkan mende yang sama. In shaa Allah...

SELAMAT HARI LAHIR, MAK...

KAMI SEMUA SAAAYAANGGGGGGGGG......... MAK KETAT2!!! MMUAHHSSS..!!! ;)


:: Like3, ek! ::




SAHUR 11 RAMADAN 2013

Mengtapau je la kojo den... ;)

Tapau nasik ngan lauk ayam paprik leftover berbuka kat rumah mertua. Subuh tu aku goreng ikan masin. Goreng sekor, share berdua. Sehati sejiwa tak? Ha3...

Pasal ikan masin pun gigih nak sehati sejiwa bagai kan? Over sangat tuan tanah kedaung ni tau! ;P


:: Like3, ek! ::





IFTAR 10 RAMADAN 2013

Iftar kat rumah mertua. Biasa la... bila dah kahwin ni, kena la pandai2 'buat angka giliran' kan... ;P

On the way balik tu, sempat la jugak singgah kat PARAM Kampung Bahagia, tapau cucur udang. Pening pulak pikir nak beli kuih apa. Sebab kat PARAM ni kalau bab2 kuih, macam lebih kurang je kan... Tukar kaler je kot. Hu3...

My MIL ada masak ayam paprik, sotong masak kicap, masak lemak labu, ikan goreng & ada lagik la. Tak ingat dah. 

Berbuka ramai2... ;)


:: Like3, ek! ::



Thursday, July 25, 2013

SAHUR 10 RAMADAN 2013

Tak banyak lauk leftover. Ada daging masak hitam je.

So, aku gagahkan jugak goreng ikan masin. 

Nasik putih + daging masak hitam + ikan masin goreng. Air masak, kopi 3 in 1 & susu HL buat penambah tenaga.

Jadiklah tu kan... ;)


:: Like3, ek! ::



Wednesday, July 24, 2013

IFTAR 9 RAMADAN 2013

Semua pun aci tapau kat PARAM je. Tak larat nak masaklah. Rasa macam flat sangat. Uhuks3...

Terjah PARAM together2 dengan my 'sayang'. Berpimpinan tangan lagik..! Baju pun sedondon. 

Eh, perlu ke nak bagitau? Ahaks3...

Hasil tapau-an adalah seperti berikut:-

~ Ayam goreng. 6 hengget sepeha nih. Besor! Cukup untuk 2 orang makan. Rasa pun tak mendukacitakan. Memang la... kalau ikutkan, ayam goreng je pun... Lumur2 ngan kunyit garam bagai... kemudian goreng. Apalah sangat kan... Tapi, maksud aku adalah ayam tu fresh. Bukan ayam semalam yang tak habis dijual mahupun recycle. Eh, sama la tu kan? ;P

~ Roti jala + kuah kari + kuah durian. Kuah kari untuk aku. Kuah durian untuk my 'sayang'. Lempeng pisang tu pun untuk my 'sayang' jugak.

~ Mee goreng basah. Ah kak punya menu utama untuk berbuka. 

~ Menu utama my 'sayang' pulak adalah nasik beriyani + daging masak hitam. Daging tu sodap. Lembut je.

Setakat ni, makanan2 yang kami tapau kat PARAM masih menepati piawaian. Takde la terkena yang basi ke... recycle ke... rasa ke laut ke... Semua hokay jerrr... 

Alhamdulillah...

Kepada peniaga2 PARAM Teluk Intan khasnya & seantero Malaysia amnya, sila la berniaga dengan jujur. Jadikkanlah duit pembeli berbaloi2 menikmati juadah yang anda jual. Takmo pikirkan untung je. Pikirkan kualiti sekali tau!

Sekian pesanan ikhlas daripada tuan tanah kedaung... ;)


:: Like3, ek! ::



WORDLESS WEDNESDAY #35: LENTOK

~ Yang belah kiri sedang demam. Yang belah kanan pulak purak2 buat muka demam. ;P

Dua2 terlentok kat klinik. Pada 1 masa dulu la kan...


:: Like3, ek! ::



Monday, July 22, 2013

SAHUR 9 RAMADAN 2013

Ada a few lauk leftover iftar 8 Ramadan. Sambal ayam madu, ikan goreng & masak lemak cili padi ikan termenung. 

Reheat2 mana yang patut. & itulah dia menu sahur kami.

Jadik la kan... Plus, tak baik membazir sebab membazir tu kan amalan syaiton... 

Va3..! Ayat seorang ustajah celup dah keluar dah. Ha3...


:: Like3, ek! ::





MASAK LEMAK CILI PADI IKAN TERMENUNG BERSAMA BABY EGGPLANT

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Syiok pulak 'main masak2' di bulan Romadhon ni kan... Rasa puas hati je. ;)

Tak kesah la pasal rasa. Ke laut ke... sodap ke... yang penting, masih dalam kategori boleh dimakan, kira ok la tuh. 

Bahan2:-

2 ekor ikan termenung (disiang & dicuci bersih)
1 batang serai (dibelah 2)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
1/2 tin susu cair
1 cawan air
7 biji baby eggplant (dibelah 2)
Garam
Gula

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang putih
1 biji bawang besar
5 biji cili padi

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan bahan2 kisar, serai, serbuk kunyit & susu cair ke dalam periuk. Bairkan mendidih.
2) Masukkan ikan & asam keping. Perlahankan api. Biar hingga ikan masak.
3) Perasakan dengan garam & gula. Biarkan mendidih.
4) Masukkan baby eggplant. Masak hingga baby eggplant empuk. Angkat & hidangkan.

~ Masak Lemak Cili Padi Ikan Termenung Bersama Baby Eggplant

Panjang sungguh nama resepi kan? Jenuh nak sebut senapas. Fuh! ;P


:: Like3, ek! ::



Sunday, July 21, 2013

IFTAR 8 RAMADAN 2013

Ada yang my 'sayang' tapau dari rumah mertua... ada yang we ols tapau daripada Mokcik Banjir... & ada jugak yang aku masak sendirik. Macam2 ada gitu..! ;)

~ Pajeri terung dengan pecal. My 'sayang' tapau dari rumah mertua.

~ Rendang kerang ngan sambal ayam madu. Tapau kat Mokcik Banjir. Ikan goreng tu tuan tanah kedaung goreng sendirik. 

Memula, aku ingatkan ayam tu masak pedas. Berkobar2 nak beli. Tup2... sambal ayam madu. Yang rasa manis2 tuh. I is tak berapa suka. So, cuit2 sikit je la... Buat syarat. Hu3...

~ Kuih-muih ni semua pun tapau kat Mokcik Banjir.

Disebabkan teringat kat karipap sardin Mokcik Banjir la yang buat we ols terjah stall Mokcik Banjir. Karipap sardin yang panjang2 tu. Yang macam bentuk karipap biasa tu pulak adalah inti kentang. Dua2 pun sodap!

~ Akhir sekali, masak lemak cili padi ikan termenung. Masak sendirik tau! Hnnsss2..!!! *Banggasambilkembangkempiskanhidung* Ha3...

Dah. Tu je yang nak dilaporkan... ;)


:: Like3, ek! ::



SAHUR 8 RAMADAN 2013

Seperti biasa...

Mak buat wake up call pukul 4.50 pagi. 

Terkulat2 aku ke dapur. Mengantuk! Rasa macam nak tidur kat dapur pun ada. Haish!

Reheat gulai nanas ikan masin ngan sambal udang petai. Semua leftover lauk berbuka. Makan dengan nasik putih. 

2 pinggan adalah perkara biasa bagi aku. He3...


:: Like3, ek! ::



IFTAR 7 RAMADAN 2013

Murah rejeki hari tu...

Memula, ingatkan nak masak. Dah pikir dah masak apa. Bahan2 pun dah siap simpan dalam fridge. Kengkonon balik kerja kang terus je nak bersilat kat dapur. Dah plan2 dah jurus silat apa yang nak dipertonjolkan kan... Ha3...

Tup2... my 'sayang' kata, Cik Am ngan Mak Ngah ada tapaukan makanan berbuka. Owh... I is hokay jerrr... Maknanya, jurus2 silat ah kak tu kena postpone ke hari lainlah. ;P

~ Ada gulai nanas ikan masin...

~ ... sambal udang petai & ayam goreng berempah.

Terima kasih, Cik Am & Mak Ngah... ;)

Lepas tu, my 'sayang' kata dia nak ke PARAM. Kengkonon nak carik kuih-muih. Hokay, fine! So, ah kak request roti jala + kuah kari. 

~ My 'sayang' bawak balik set kambing bakar nih. 1 set samadengan 10 hengget katanya... Ada kambing bakar, roti perancis, kentang goreng, coleslaw & sos. Berbaloi jugak kot...

~ Roti jala + kuah kari seperti yang direquest. Sodap! 

~ My 'sayang' belikan jugak Chocodate by Yusuf Taiyoob nih. Nak suruh bini kesayangan dia belajar makan kurma kekdahnya... Adeh3...

Well... aku kan bukan pemakan kurma yang tegar. Berchenta jugak kalau nak habiskan sebijik kurma tuh. 1 hari tu, tertengok iklan Chocodate kat tv. Laju2 request kat my 'sayang', mintak belikan. Kira macam sebagai inisiatif ah kak untuk belajar makan kurma la kan...

Tapi hujung2, my 'sayang' jugak yang tolong makankan. Adeh3... Dush3... diri sendirik! 

Eh, nak tau tak, my 'sayang' keluar pergi PARAM pukul 5.30 petang. Tapi, pukul 6.50 petang baru dia sampai rumah. & sebagai isteri mithali, ah kak pun bertanya mintak kepastian...

"Lambatnya B balik! B pergi PARAM yang kat mana?"

"Abang pergi PARAM Teluk Intan. Abang tawaf 1 PARAM tuh. Banyak..."

"Apa yang banyak? Ramai orangkah?"

"Banyak lorong kat PARAM tuh. Semua Abang terjah!"

Ha3... Tak boleh blah la my 'sayang' nih! Macam tu la dia kalau ke PARAM. Habis semua dia tawaf. Berkali2 pulak tuh! Sambil tawaf dia telan air liur, berkali2 jugak. Adeh3...


:: Like3, ek! ::



SOTONG SIRSAU CILI PADI

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Morning, you ols..!

Eh, pagi lagik kerrr..??? Ha3...

I is bangun lambat hari ni. My 'sayang' kerja. Lepas salam2 dia, aku terus sambung beradu kat sofa kat hall. Sedar2 je dah pukul 1 petang, noks! 

Va3..!!! Ngeri betul pengtiduran ah kak! ;P 

Laju2 kemas rumah, mandi, solat bagai... bila dah wangi2 baru boleh berblogging dengan aman & tenteram. Entry pertama untuk hari ni adalah nak share resepi. Jom tengok! ;)

Bahan2:-

3 ekor sotong saiz besar (disiang, dicuci bersih & dipotong)
1 batang serai (dibelah 2)
1 pokok daun sup (dipotong)
1 keping asam keping
Garam
Minyak masak
Gula
Air masak

Bahan2: Kisar:-

1 tangkai cili merah
5 biji cili padi
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
2) Masukkan serai.
3) Perasakan dengan garam, asam keping & gula.
4) Masukkan sotong. Masak seketika. 
5) Tuangkan sedikit air masak jika terlalu kering. Kacau seketika. Angkat, taburkan dengan daun sup & hidangkan.

~ Sotong Sirsau Cili Padi nama diberi. Ecewah..! ;P

'Sirsau' ni macam resepi tradisi family ah kak la... Resepi asal pakai ayam. Kalau raya, memang we ols adik-beradik akan request kat Mak untuk masakkan ayam sirsau. Buat cicah lemang / ketupat. Perrgghhh..!!! Terbaheklah!

Tak boleh blah bercerita pasal ayam sirsau nih. Mula la terbayang2 sambil air liur nak menjejeh2. Hadoiiyaiiinyapon!

Owh... nom3!!! ;P


:: Like3, ek! ::



Friday, July 19, 2013

BABY EGGPLANT WITH SCRAMBLED EGG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bereksperimentasi. ;)

Bahan2:-

7 biji baby eggplant (dibelah 2)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji telur ayam
Garam
Serbuk lada hitam
Minyak masak
Mentega

Cara2 Penyediaan:-

1) Sapu mentega pada baby eggplant. Panggang seketika. 
2) Taburkan sedikit garam semasa memanggang. Balik2kan. Angkat dan susun di atas pinggan.
3) Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Perasakan dengan sedikit serbuk lada hitam & garam. Pukul rata.
4) Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga naik bau.
5) Masukkan telur yang telah dipukul tadi. Bila mengeras sedikit, kacau rata. Jadikan scrambled egg. Angkat & letakkan di atas baby eggplant yang telah dipanggang tadi. Siap!

~ Baby Eggplant with Scrambled Egg. I is speaking omputih. Heh3...

Kalau korang rajin, boleh la try buatkan sosnya pulak. Ah kak tak berapa rajin. Bulan Romadhon kan... Sendi2 ni agak malas sikit nak buat 'overtime'. 

Harap maklum. ;P


:: Like3, ek! ::



SELAMAT HARI RAYA

Awal sangat, ek? Hiks...

Nak buat macam mana... tuan tanah kedaung dah kemaruk nak raya. Nak kata happy sebab balik kampung sendirik raya tahun ni... hmmm... tak jugak kot sebab tahun ni turn beraya kat kampung mertua dulu.

Ntahlah! 

Tapi, memang tiap2 tahun mood ah kak over begini kot... He3...

Aura raya tu dah terbawak2 sampai ke opis. Dah masuk 2 hari ah kak mengkumandangkan lagu raya kat opis tau! La3... ;P

Al maklum la... di bulan Romadhon ni opis adalah sunyi sepi sikit. Semua pakat2 nak jaga mulut kot... Bagus la tu kan... Jadik, untuk menceriakan suasana, ah kak on air kan la lagu2 raya. Kasik gegar 1 opis! Ha3...

Dan2 tu kena sound...

"Dah raya ke Leez?"

"Baru berapa hari puasa? Apakah..??!"

Hokay2. Fine!

Errr... ada aku kesah..??! Esoknya aku kumandangkan lagik. & esoknya lagik... & lagik... 

Peace, yo! ;P


:: Like3, ek! ::


 

Thursday, July 18, 2013

SAHUR 7 RAMADAN 2013

Tak larat nak bukak mata. Dah cuci muka pakai sabun kolagen pun (eh, tu pun nak kepohchikah? Hiks...) tak boleh blah jugak. Mata asik nak terkatup. Mengantuk!

My 'sayang' terpaksa take over. Dia goreng ikan masin, pembuka selera time sahur.

Tapi, bila ikan masin goreng dah terhidang atas meja, pandai pulak mata ni terbukak dengan sendiriknya. Tak payah disuruh! Nak2 pulak tercium bau dia yang terangkat tu kan... Perrgghhh..!!!

Errr... alasan malas nak menggoreng je kot... He3...

Tak kesahlah. Sebab my 'sayang' pun tak kesah. Tolong-menolong suami isteri katanya... ;P

Eh, lupa nak habaq mai! Menu sahur hari tu adalah nasik putih + leftover sotong sirsau cili padi + ikan masin goreng + air masak. 

Hokay, dah habaq dah. ;)


:: Like3, ek! ::



Wednesday, July 17, 2013

IFTAR 6 RAMADAN 2013

Awal2 lagik dah pikir nak masak apa. Senang nak prepare bahan2. Kalau ada yang takde stok, boleh la ajak my 'sayang' singgah Bintang. Kalau pikir last minute, kang time nak masak tengok2 bahan2 ada yang nan hado..! Tak ke mengstresskan di situ?!!

Tapi, alhamdulillah... sebab stock available. Bolehlah memasak dengan senyuman & penuh kasih-sayang. Ecewah..!!! Ha3...

~ Baby eggplant with scrambled egg. Wah, nama omputih, noks! Tergeliat lidah ah kak nak menyebutnya. Hiks...

~ Aku kenal 2 jenis kuih je, kuih karipap ngan agar2 selasih. Lagik 2 jenis adalah tak kenal. Semua tapau kat PARAM.

~ Sotong sirsau merangkap lauk utama.

Lauk2 ah kak yang masak. Disertakan dengan nasik putih. 

Boleh la kan... untuk tekak sendirik & my 'sayang'. ;)


:: Like3, ek! ::



SAHUR 6 RAMADAN 2013

Kan berbuka kat rumah mertua. Lepas tarawih, laju2 tapau apa yang patut. Heh3...

Nasik putih + ikan termenung goreng + sambal goreng + ikan rebus masak pedas. Masa sahur, sempat jugak menggoreng ikan masin. Macam acara wajib pulak. Kalau takde ikan masin seperti ada yang tak kena dengan tekak gitu..! He3...

Sambal goreng di waktu subuh... macam tak berapa nak in pulak. Kalau makan tengahari, terbahek jugak la kan... ;P

Makanya, aku makan nasik berlaukkan ikan rebus masak pedas dengan ikan masin goreng tu je. Tu pun 2 kali top up nasik. 

Rakus tak? Ha3...


:: Like3, ek! ::



WORDLESS WEDNESDAY #34: MUKA SUCI

~ Muka suci bak ustajah pilihan.

Betul tak, tuan hamba? Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, July 16, 2013

IFTAR 5 RAMADAN 2013

Berbuka kat rumah mertua. Lepas Asar, terus balik kampung. Sempat la jugak tolong my MIL apa2 yang patut... Takde la menantu hantu sangat kan... Ha3...

Aku tolong goreng ikan yang my MIL dah siap2 siang & lumur kunyit + garam bagai... Kojo sonang... Heh3...

Lepas tu, potong bawang, cili padi & kupas kulit mempelam sebab nak buat cicah ikan goreng tuh. Udda yang jadikkan cicah. Aku part potong2 prepare bahan2 je. Di belakang tabir kekdahnya... 

Peace, yo..! ;P

Akhir sekali, tolong hidang. Buat 6 talam kot sebab family Cik Am, Mak Ngah & Pak Anjang pun nak datang berbuka sama2 jugak.

~ Nenek yang malu2... Tapi, cucu menantu ngan cicit dia pulak yang over! Ha3...

~ Muka dua2 pun dah macam tepung talam. Bila la nak mengkurus nih? Haish!

Tepung talam pun tepung talamlah! Janji comel! 

Tettttttttttt......!!!

Ha3...

~ Menyakat Nenek... He3...


~ Orang lain sibukkan hidangan juadah berbuka, kami pun sibuk jugak... Sibuk berposing! Ahaks3...

~ Cik Am pun jadik malu2 bila my 'sayang' amik gambar dia. Kalau tak, Cik Am la yang paling havoc! ;P 

~ Antara juadah berbuka puasa...

~ Antara je tau! Tak kose nak amik gambar semua sebab banyak sangat kot..! 

Tak semua aku rasa & makan. Aku just berbuka dengan murtabak, nasik putih berlaukkan sup ayam, udang kertas goreng tepung & cicah mempelam. 

Tu pun dah santak sangat! Ketat betul perut! 'Teroverdose' minum air. Hadoiiyaiiinyapon..!!!


:: Like3, ek! ::