SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, May 26, 2013

SEPULUH TUJUH..???

Selalunya, hari Jumaat je Kak Yong datang melepak kat rumah aku. Papa dia hantar la kan... Aku tolong babysit kejap sementara papa dia pergi semayang Jumaat. 

Kadang2 Abang ngan Kak Yong lepak sampai petang. Aku tinggal je kunci duplicate kalau aku nak masuk kerja balik.

Pada suatu hari Jumaat tuh, aku cuti. Saje nak rehat kat rumah. Bila tau aku cuti, harus la Kak Yong tak nak ikut papa dia balik. Nak tunggu Acu Pendi balik kerja & hantar dia katanya...

We ols hokay je... Plus, sekangkang kera je pun rumah Abang aku tuh. Aku di taman sini, Abang di taman sinun. Begitula kan... So, takde masalah.

~ Sebelum hantar Kak Yong, we ols bawak dia jalan2 pusing Teluk Intan lepas tu, makan2 kat Wana Cafe dulu. 

~ Beronok2 betul mokcik ni tau! Suka sangat la tuh!

You ols perasan tak kat atas meja tu ada cup kaler purple bernombor 17? Perasan kan? Perasan kan? ;P

Masa kitorang sampai, Kak Yong ghalit main cup tuh sambil menyanyi. Lagu apa ntah?! Banyak genre. Well... anak sedara ah kak kan berbakat besor macam ah kak jugak... suka feeling2 artis! Ha3... 

Tetiba Kak Yong tanya...

"Acu, ni nombor SEPULUH TUJUH kan?' 
(Sambil tunjuk nombor yang ada kat cup tuh.)

Aku confuse kejap. Lepas tu, aku pandang my 'sayang', my 'sayang' pandang aku balik. Dan2 tu kitorang gelak tak hengat!!!

Ha3...

Pandai Kak Yong buat lawak tau! Ada ke nombor 'SEPULUH TUJUH'! Nombor 'TUJUH BELAS' la Kak Yong!

Saje je tau Kak Yong ni, buat pankreas ngan buah pinggang kitorang bergetar2 sebab gelak. He3...

Sejak tu, bila nampak nombor 17 kat mana2, musti kitorang teringat kat Kak Yong. Kitorang pun dah tak sebut 'tujuh belas' tapi, 'sepuluh tujuh' jugak. Ha3...


:: Like3, ek! ::



2 comments:

duniaanita74.blogspot.com said...

patut lah kak yong seronok..jejalan..makan-makan..sama lah dengan anak kak ita si aqil...pelik-pelik juga..kekadang pening juga nak tangkap apa yg di maksutkannya,,,

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

anitadiana,
kak yong mmg rajin ikut we ols. klu p mane2 convoi ngn papa dia, dia mmg akn ikut keta we ols.

tu la psl! confuse kdg2 dgn pemahaman diorg. he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google