Friday, April 19, 2013

PASAR SITI KHADIJAH

We ols check out belah pagi. Amir tapaukan breakfast nasik dagang & kuih-muih. Sempat la breakfast kat hotel sebelum check out.

Rumah Wan adalah kat Bachok. Kalau ikut kata google maps, Kota Bharu ngan Bachok dah tak jauh dah. Dalam 30 minit perjalanan. 

Tapi, kitorang sengaja la check out awal sebab nak menyopping kat Pasar Siti Khadijah. Excited, hokay... aku nak terjah Pasar Siti Khadijah nih! Sebab memang tak pernah jejak lagik. Lepas tu, asik dok tengok kat TV je pasal kehavoc-annya. Ni dah terbentang depan mata. Haruslah excited melampau! He3...

~ Kat tingkat 2. Kat level ni semuanya jual pakaian, tudung & yang sewaktu dengannya...

Walaupun tingkat 2 tapi, lenguh jugaklah kaki ni nak menyampaikan. Cramp sekejap. Apakah maknanya tuh? Uwaawaawaaa...

Memula sekali aku shopping kain batik ngan kain pelekat. Aku belikan kain pelikat untuk my 'sayang' & Abah. Kain batik pulak untuk Mak & my MIL. Aku tak beli untuk diri sendirik sebab memang tak berapa pakai. Kain batik yang my 'sayang' belikan masa honeymoon kat Langkawi dulu tu pun still elok tersimpan dalam plastiknya. Tak tau bila nak bukak. 

Ha3... Hadoi!

Aku syorkan kalau korang sampai sini then, rasa nak sopping kain batik, sila la terjah kat kedai yang bebetul depan tangga yang kita naik kat tingkat 2 tuh. Kakak yang jual tu sangat friendly, hokay..! Baik pulak tuh! Tak payah susah2 nak tawar lebih2 sebab dia dah siap2 bagi harga mati. Siap kirakan berapa untung dia dapat lagik!

Aku syak dia jujur, amanah & fatonah. Sebab harga yang dia kasik memang affordable jugak. Dia siap cerita dari yang gred haub sampai la ke gred A, dengan harga2nya sekali. Kita tinggal nak pilih2 gred ngan kaler je.  Tapi, aku lupa la berapa harga yang aku dapat. 

Ha3... Apa punya info la kan... Potong stim! ;P

~ Mak Yang beli kain ela. Pun aku lupa berapa harganya. Tapi, macam harga borong la...
~ Dalam 2, 3 kedai jugak la kami singgah.

Mak beli baju tido kelawar long sleeve 2 helai, buat kenang2-an. Dapat tawar jugak! Lagik sekali, aku lupa berapa hengget... Tapi, sumpah cantik!

T-shirt2 pun aku ada beli. Keropok ikan pun. Tapi, keropok ikan aku beli kat Tingkat 1. 6 bungkus 10 hengget. Aku ngan Mak borong 18 bungkus. 

~ Pemandangan kat ground floor. Lebih kepada jual sayur2-an. We ols tengok dari atas je. Tak kose pulak nak angkut sayur2 sampai ke Teluk Intan kan... Sempat lunyai sayur tu kot!

Besor jugak Pasar Siti Khadijah nih! Kalau tak silap aku, ada 2 wings. Lepas tu, diorang dah siap2 divide level 1 jual apa... level 2 jual ape... bla3... Pasar basah dia pun luas jugak! 

Pendek kata, macam2 adolah! ;)

Masa dah time. Makanya, moh la kita ke Bachok...

~ Bergambar kenangan sebelum balik...


Jauh jugak rumah family Wan ni tau! Jumpa lembu yang banyak! Pelbagai saiz. Kagum pulak ah kak kan... 

Dari bandar membawak ke pekan membawak pulak ke kawasan bendang membawak ke laut... Tapi, tak sempat la nak jumpa laut sebab rumah dia sebelum2 tu. 

Musti korang pening dengor direction ah kak ni kan? Ha3...

Terima kasih Wan & family sebab layan kitorang dengan baik, di samping memenuhkan 'tank' kitorang dengan lauk-pauk from Bachok. Jasamu dikenang... He3...

On the way balik, we ols sempat singgah kat Bukit Bunga. Kat situ ada jual macam2 jugak. Bantal, teddy bear, makanan kering, souvenir, bla3... Aku just nak carik fridge magnet yang ada tulis perkataan 'Kelantan'. 

Tapi, tak banyak la diorang jual. Kalau ada pun, design dia limited sangat. So, aku rembat yang mana ado je lah. Buat kenang2-an...

Elok2 nak gerak, ada pulak mamat jual karipap giant. Dia dok usung bakul karipap kulu-kilir...

"2 ketul 4 hengget. Se 2 hengget."

Sodap, hokay karipap giant tersebut! Panas2 lagik! Rasa macam nak terbang ke Bukit Bunga skang jugak, nak makan karipap giant mamat tuh. 

Errr... ada delivery tak, ek? ;P

~ Dah sampai Tasik Banding.

Last pit-stop kat RNR Sungai Perak. Perut lapor. Aku belasah nasik ayam yang so-so je tuh. Walaupun so-so tapi, aku makan sampai licin jugak! 

Ha3... Apakah..??!

Membawak ke pukul 1 pagi jugak la baru we ols sampai rumah. Terbaekkk... lah jalan2 carik pasal kali ni. Menguji ketahanan fizikal betul! Tapi, ah kak like3..!!! Hiks...

~ Diakhiri dengan gambar sebahagian souvenir yang bakal diagihkan...

Sekian... ;)


:: Like3, ek! ::



10 comments:

KAMSAHAMNIDA...