Kami ikut Gerik. Lepas tu, lalu jalan yang macam ya ampon... dia punya bengkang-bengkok kan... Siap ada signboard mention 'Awas! Laluan gajah liar' lagik!
Fuh! Neves, noks!
Actually, aku pernah lalu jalan ni. Masa aku kerja kat company lama dulu. Out station dengan Bos & Kak Nor. Ada program kat Kuala Terengganu. On the way tu dok menyinggah jugak la kat Machang & Jerteh. Bos nak melawat branch opis.
Masa tu takde pulak terserempak dengan Encik Gajah. Pergi Kelantan kali ni pun tak terserempak jugak. Takde rejeki nak jumpa Encik Gajah... Perasaan teringin nak tengok diorang melintas tu ada. Tapi, dalam masa yang sama rasa neves!
Achaner tuh? He3...
Ntah berapa kali la agaknya aku mentido, tetap tak sampai2 lagik. Hadoiiyaiiinyapun! Jauh bebenor rasanya!
Sampai kat Jeli, aku dah start tengok list hotel dalam trip planner yang aku dah buat. Plan nak menginap kat JL Fara Hotel sebab harga hotel bajet tapi, nampak macam vogue. Bila aku try call, tak jawab la pulak. Banyak kali, hokay! Lenguh jari-jemari I tau!
Awwsss2..!!!
Last2, decide menginap kat Hotel Harmoni je.
~ Rupa paras bilik standard. Ada closet ngan almari solek. |
~ Katil queen. Abaikan kebersepahan itu, ye bapak2 ibuk2..! He3... |
~ TV cinonet. Tea / coffee maker nan ado..! Dia just kasik sebotol air mineral & jug kosong. Air panas boleh amik sendirik kat lobi katanya... Pulok doh... |
~ Toilet. |
Aku ngan my 'sayang' dok bilik standard. Mak & Ana pun masuk bilik standard. Rate: 65 hengget/nite. Bilik standard ni memang standard dia kecik la kan... Tingkat 1. Tapi, quite bersih. Takde la rasa was2 nak berkelubung dengan blanket.
Air-cond pun sojukkk... gitu! Bilik Mak je yang tak berapa sojuk. So, kitorang mintak tukar ke bilik lain. Beberapa kali jugak la staf hotel tu naik tengok tahap kesojukan air-cond. Last2, diorang kasik Mak tukar ke bilik kat tingkat 2.
Family Mak Yang & family Tok dok kat bilik family, boleh muat 5 orang 1 bilik. Rate: 125 hengget/nite.
Kalau setakat nak bermalam sekejap2, boleh la kot kan... Namanya pun hotel bajet kan... Cuma kalau boleh staf hotel tu kena la mesra alam sikit kot... Senyum tu kan ke sedekah. ;)
Kalau nak honeymoon, confirm la tak sesuai!
Alamat hotel ada kat bawah nih:-
Hotel Harmoni
Jalan Temenggung
15000 Kota Bharu, Kelantan
~ Dinner... Amir je join kitorang. Yang lain semua memilih untuk tido. |
Sebelum tu, we ols singgah kat Wakaf Che Yeh. Macam gerbang malam kekdahnya Wakaf Che Yeh nih. Macam2 ada..! Baju, kasut, selipar, wallet... bla3... buah2-an pun ado..!
Lenguh jugak kaki nak habiskan pusing seantero Wakaf Che Yeh tuh. Adeh3...
Kalau korang nak mengsopping kat sini, silakan ke alamat berikut:-
Wakaf Che Yeh
Jalan Kuala Krai
Kota Bharu, Kelantan
~ Ada rupa aweks Kelantan tak? Ahaks3... Ke macam body builder? Adeh3... |
~ Holloh3... Commeyyy... ;P |
~ My 'sayang' makan char kueteow. Sodap! |
~ Aku mintak kueteow tomyam. Pun sodap jugak. |
Mak pulak makan nasik goreng ikan masin. Amir order sup sayur pedas. Semua pun sodap2 belaka.
~ Last sekali, kitorang kendurikan burger bakar. |
~ 1 burger belah 4. Sorang amik 1 portion. Tak mampu nak habiskan sejibik. Kita anggap sebagai penutup je. |
~ Kami dah menjamu selera kat Jati Corner. Anda bila lagik? Wah, macam iklan la pulok! Ha3... |
We ols nak kasik 4/5 mintang untuk Jati Corner. Sebab semua yang kami order samadengan sodap2. So, kami syak menu2 lain pun sure sodap jugak. Persekitaran pun santai. Boleh pilih nak open air ke atau nak yang berbumbung.
Kami pilih open air bawah pokok yang ada lampu juntai2. ;)
Jom try terjah:-
Jati Corner
Wakaf Siku
15200 Kota Bharu, Kelantan
Cantik jugak Kota Bharu di waktu malam... ;)
:: Like3, ek! ::
Wakaf che yeh wajib terjah lah kalau balik kg en hubby di KB
ReplyDeleteKesuma Angsana,
ReplyDeletehappening jugak kn?
sronoknya dapat travel
ReplyDeleteNurul Ain Zulkarnaind,
ReplyDeletealhamdulillah.. ;)