Monday, April 29, 2013

MOTIP SANGATTT..!

Morning, you ols..! ;)

Sempena hari Isnin yang indah lagik ceria ni, ah kak nak bagi ucapan la sikit kan...

Ehem2..!!! Testing vocal... Testing vocal... ;P

Kepada yang bekerja, happy workinglah. 

Kepada yang memang tak bekerja, happy tak working la pulak. 

& kepada yang bekerja tapi, tetiba bercuti macam ah kak hari ni, happy holiday ah kak ucapkan.

Owh... motip..??! Ha3... Motip sangat tau! ;P


:: Like3, ek! ::





Thursday, April 25, 2013

NAK TERDEMAM KOT

Tak sodap badan...

Rasa nak demam je kekdahnya... Hu3...

Aku syak sebab aku dok togok air ais je semenjak 2 menjak nih. Tak kira masa! Air masak pulak tak berapa dipandang. Lepas tu, saja menggediks main hujan yang manjas2 tuh. My 'sayang' nak payungkan masuk dalam kereta, boleh pulak aku larik mencicit. Bajet kebal hujan la tu kan... 

Skang, amekaw! Kebal ke idok..??! Hu3...

Dari hari Isnin dah start bersin. Tapi, boleh bertahan lagik. Malam tadi, flat. Bersin sesado! Nak kena flu la tuh! Tengok Konsert Kilauan Emas pun tak feel sebab hidung dah start berair. Adeh3...

Habis je Kilauan Emas, we ols ke Sam Burger. Aku dok diam2 dalam kereta je. My 'sayang' tapaukan nasik goreng kampung sebab kengkononnya nak bersahur la kan... Nak ganti puasa cadangnya. 

Tapi, cancel sebab tak terbangun sahur 1 hal. Lepas tu pulak, badan dah rasa lain macam sangat. Even tido pun tak berapa lena. Kejap2 terjaga, suruh my 'sayang' massage kat kepala la... belakang leher la... Isteri yang manjas katanya kan... Ahaks3... Pui! ;P

Malam tadi dah telan ubat flu. Ubat demam takde amik. Kengkonon nak wait & see la kan... Ha3... Nampak sangat berchenta nak makan ubat! Adeh3...

Doakan ah kak cepat sembuh, ye! Terima kasih... ;)


:: Like3, ek! ::



Wednesday, April 24, 2013

JEMPUT MAKAN KEPOK

Dinner di suatu malam...

~ Keropok lekor cicah sos cili dengan air kopi 3 in 1.

Keropok tu datang dari Kelantan. Aku belasah goreng sebungkus. Masa lapor nampak macam sikit je sebungkus tuh. Tapi, bila dah makan, susah pulak nak menghabiskannya.

Tu la... tamak haloba lagik! Adeh3...

Ye la... cer ko bayangkan... sebungkus tu untuk 2 orang makan. My 'sayang' pulak tak berapa minat sangat keropok2 lekor losong bagai... nih. Confirm la dia cuit ala kadar je kan...

Sudahnya, simpan bawah tudung saji je sampai esok petangnya. Bila dah masuk hari ke-2, lu pikir la sendirik ke mana perginya keropok2 lekor tuh. 

Membazir sangat tau! Mencik! Hu3...

Moral of the story: Jangan tamak haloba sebab tamak haloba tu poyo! 

Sekian... ah kak menasihatkan... Hu3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, April 23, 2013

KEPADA KAKI BOLA...

Dating dengan my 'sayang'...

Kat Restoran Arena tu, haaa..! Ok jugak kot lepak kat Arena ni... Tak havoc sangat & tak sunyi sangat. Sedang2 gitu..!

Plus, aku dah terjatuh chenta dengan bihun sup Arena. Sodap!

~ Sempat jugaklah aku snap astray yang disediakan kat Arena. Berkonsepkan team bola sepak fofular... Liverpool FC.

~ Horlicks 'jumpa' teh o ais limau. ;P

~ Bihun sup idaman ah kak. Secukup rasa..! 

~ My 'sayang' makan sup tulang...

~ dengan nasik goreng ikan masin.

Kepada kaki2 bola, boleh la kalau nak melepak kat Arena nih. Sambil makan makanan yang boleh tahan sodap tuh, boleh la layan game bola. Pilih je nak makan under roof ke... atau open air. Kalau under roof, boleh tengok bola kat tv plasma. Open air pulak ada white screen disediakan.

Harga memang affordable. Mampu milik punya..! Jangan risau! ;)


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 14

Breakfast:-

Togok air masak je sebab tak sempat nak breakfast. Already late, bebeh! Already late! Uhuks3...

Minum pagi:-

1 biji epal merah + air masak
Jadik la buat alas perut kan...

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan goreng + 1 ketul pajeri terung
Kalau ikutkan, nak je mintak nasik tambah kat Mokcik Banjir. Tapi, tak sampai hati pulak bila membayangkan kondisi perut yang semakin comel tuh. So, selamat tinggal nasik tambah Mokcik Banjir... Tsk3...

Minum petang:-

1 biji limau mandarin + air masak

~ Dinner: 4 ketul cekodok sayur cicah sos cili + air masak

Dah. Tu je nak update. ;)


:: Like3, ek! ::



Friday, April 19, 2013

PASAR SITI KHADIJAH

We ols check out belah pagi. Amir tapaukan breakfast nasik dagang & kuih-muih. Sempat la breakfast kat hotel sebelum check out.

Rumah Wan adalah kat Bachok. Kalau ikut kata google maps, Kota Bharu ngan Bachok dah tak jauh dah. Dalam 30 minit perjalanan. 

Tapi, kitorang sengaja la check out awal sebab nak menyopping kat Pasar Siti Khadijah. Excited, hokay... aku nak terjah Pasar Siti Khadijah nih! Sebab memang tak pernah jejak lagik. Lepas tu, asik dok tengok kat TV je pasal kehavoc-annya. Ni dah terbentang depan mata. Haruslah excited melampau! He3...

~ Kat tingkat 2. Kat level ni semuanya jual pakaian, tudung & yang sewaktu dengannya...

Walaupun tingkat 2 tapi, lenguh jugaklah kaki ni nak menyampaikan. Cramp sekejap. Apakah maknanya tuh? Uwaawaawaaa...

Memula sekali aku shopping kain batik ngan kain pelekat. Aku belikan kain pelikat untuk my 'sayang' & Abah. Kain batik pulak untuk Mak & my MIL. Aku tak beli untuk diri sendirik sebab memang tak berapa pakai. Kain batik yang my 'sayang' belikan masa honeymoon kat Langkawi dulu tu pun still elok tersimpan dalam plastiknya. Tak tau bila nak bukak. 

Ha3... Hadoi!

Aku syorkan kalau korang sampai sini then, rasa nak sopping kain batik, sila la terjah kat kedai yang bebetul depan tangga yang kita naik kat tingkat 2 tuh. Kakak yang jual tu sangat friendly, hokay..! Baik pulak tuh! Tak payah susah2 nak tawar lebih2 sebab dia dah siap2 bagi harga mati. Siap kirakan berapa untung dia dapat lagik!

Aku syak dia jujur, amanah & fatonah. Sebab harga yang dia kasik memang affordable jugak. Dia siap cerita dari yang gred haub sampai la ke gred A, dengan harga2nya sekali. Kita tinggal nak pilih2 gred ngan kaler je.  Tapi, aku lupa la berapa harga yang aku dapat. 

Ha3... Apa punya info la kan... Potong stim! ;P

~ Mak Yang beli kain ela. Pun aku lupa berapa harganya. Tapi, macam harga borong la...
~ Dalam 2, 3 kedai jugak la kami singgah.

Mak beli baju tido kelawar long sleeve 2 helai, buat kenang2-an. Dapat tawar jugak! Lagik sekali, aku lupa berapa hengget... Tapi, sumpah cantik!

T-shirt2 pun aku ada beli. Keropok ikan pun. Tapi, keropok ikan aku beli kat Tingkat 1. 6 bungkus 10 hengget. Aku ngan Mak borong 18 bungkus. 

~ Pemandangan kat ground floor. Lebih kepada jual sayur2-an. We ols tengok dari atas je. Tak kose pulak nak angkut sayur2 sampai ke Teluk Intan kan... Sempat lunyai sayur tu kot!

Besor jugak Pasar Siti Khadijah nih! Kalau tak silap aku, ada 2 wings. Lepas tu, diorang dah siap2 divide level 1 jual apa... level 2 jual ape... bla3... Pasar basah dia pun luas jugak! 

Pendek kata, macam2 adolah! ;)

Masa dah time. Makanya, moh la kita ke Bachok...

~ Bergambar kenangan sebelum balik...


Jauh jugak rumah family Wan ni tau! Jumpa lembu yang banyak! Pelbagai saiz. Kagum pulak ah kak kan... 

Dari bandar membawak ke pekan membawak pulak ke kawasan bendang membawak ke laut... Tapi, tak sempat la nak jumpa laut sebab rumah dia sebelum2 tu. 

Musti korang pening dengor direction ah kak ni kan? Ha3...

Terima kasih Wan & family sebab layan kitorang dengan baik, di samping memenuhkan 'tank' kitorang dengan lauk-pauk from Bachok. Jasamu dikenang... He3...

On the way balik, we ols sempat singgah kat Bukit Bunga. Kat situ ada jual macam2 jugak. Bantal, teddy bear, makanan kering, souvenir, bla3... Aku just nak carik fridge magnet yang ada tulis perkataan 'Kelantan'. 

Tapi, tak banyak la diorang jual. Kalau ada pun, design dia limited sangat. So, aku rembat yang mana ado je lah. Buat kenang2-an...

Elok2 nak gerak, ada pulak mamat jual karipap giant. Dia dok usung bakul karipap kulu-kilir...

"2 ketul 4 hengget. Se 2 hengget."

Sodap, hokay karipap giant tersebut! Panas2 lagik! Rasa macam nak terbang ke Bukit Bunga skang jugak, nak makan karipap giant mamat tuh. 

Errr... ada delivery tak, ek? ;P

~ Dah sampai Tasik Banding.

Last pit-stop kat RNR Sungai Perak. Perut lapor. Aku belasah nasik ayam yang so-so je tuh. Walaupun so-so tapi, aku makan sampai licin jugak! 

Ha3... Apakah..??!

Membawak ke pukul 1 pagi jugak la baru we ols sampai rumah. Terbaekkk... lah jalan2 carik pasal kali ni. Menguji ketahanan fizikal betul! Tapi, ah kak like3..!!! Hiks...

~ Diakhiri dengan gambar sebahagian souvenir yang bakal diagihkan...

Sekian... ;)


:: Like3, ek! ::



KELATE

Kami ikut Gerik. Lepas tu, lalu jalan yang macam ya ampon... dia punya bengkang-bengkok kan... Siap ada signboard mention 'Awas! Laluan gajah liar' lagik! 

Fuh! Neves, noks!

Actually, aku pernah lalu jalan ni. Masa aku kerja kat company lama dulu. Out station dengan Bos & Kak Nor. Ada program kat Kuala Terengganu. On the way tu dok menyinggah jugak la kat Machang & Jerteh. Bos nak melawat branch opis.

Masa tu takde pulak terserempak dengan Encik Gajah. Pergi Kelantan kali ni pun tak terserempak jugak. Takde rejeki nak jumpa Encik Gajah... Perasaan teringin nak tengok diorang melintas tu ada. Tapi, dalam masa yang sama rasa neves! 

Achaner tuh? He3...

Ntah berapa kali la agaknya aku mentido, tetap tak sampai2 lagik. Hadoiiyaiiinyapun! Jauh bebenor rasanya!

Sampai kat Jeli, aku dah start tengok list hotel dalam trip planner yang aku dah buat. Plan nak menginap kat JL Fara Hotel sebab harga hotel bajet tapi, nampak macam vogue. Bila aku try call, tak jawab la pulak. Banyak kali, hokay! Lenguh jari-jemari I tau! 

Awwsss2..!!!

Last2, decide menginap kat Hotel Harmoni je. 

~ Rupa paras bilik standard. Ada closet ngan almari solek.

~ Katil queen. Abaikan kebersepahan itu, ye bapak2 ibuk2..! He3...

~ TV cinonet. Tea / coffee maker nan ado..! Dia just kasik sebotol air mineral & jug kosong. Air panas boleh amik sendirik kat lobi katanya... Pulok doh...

~ Toilet.

Aku ngan my 'sayang' dok bilik standard. Mak & Ana pun masuk bilik standard. Rate: 65 hengget/nite. Bilik standard ni memang standard dia kecik la kan... Tingkat 1. Tapi, quite bersih. Takde la rasa was2 nak berkelubung dengan blanket.

Air-cond pun sojukkk... gitu! Bilik Mak je yang tak berapa sojuk. So, kitorang mintak tukar ke bilik lain. Beberapa kali jugak la staf hotel tu naik tengok tahap kesojukan air-cond. Last2, diorang kasik Mak tukar ke bilik kat tingkat 2. 

Family Mak Yang & family Tok dok kat bilik family, boleh muat 5 orang 1 bilik. Rate: 125 hengget/nite. 

Kalau setakat nak bermalam sekejap2, boleh la kot kan... Namanya pun hotel bajet kan... Cuma kalau boleh staf hotel tu kena la mesra alam sikit kot... Senyum tu kan ke sedekah. ;)

Kalau nak honeymoon, confirm la tak sesuai! 

Alamat hotel ada kat bawah nih:-

Hotel Harmoni
Jalan Temenggung
15000 Kota Bharu, Kelantan

~ Dinner... Amir je join kitorang. Yang lain semua memilih untuk tido.

Sebelum tu, we ols singgah kat Wakaf Che Yeh. Macam gerbang malam kekdahnya Wakaf Che Yeh nih. Macam2 ada..! Baju, kasut, selipar, wallet... bla3... buah2-an pun ado..! 

Lenguh jugak kaki nak habiskan pusing seantero Wakaf Che Yeh tuh. Adeh3...

Kalau korang nak mengsopping kat sini, silakan ke alamat berikut:-

Wakaf Che Yeh
Jalan Kuala Krai
Kota Bharu, Kelantan

~ Ada rupa aweks Kelantan tak? Ahaks3... Ke macam body builder? Adeh3...

~ Holloh3... Commeyyy... ;P

~ My 'sayang' makan char kueteow. Sodap!

~ Aku mintak kueteow tomyam. Pun sodap jugak.

Mak pulak makan nasik goreng ikan masin. Amir order sup sayur pedas. Semua pun sodap2 belaka.

~ Last sekali, kitorang kendurikan burger bakar. 

~ 1 burger belah 4. Sorang amik 1 portion. Tak mampu nak habiskan sejibik. Kita anggap sebagai penutup je.

~ Kami dah menjamu selera kat Jati Corner. Anda bila lagik? Wah, macam iklan la pulok! Ha3...

We ols nak kasik 4/5 mintang untuk Jati Corner. Sebab semua yang kami order samadengan sodap2. So, kami syak menu2 lain pun sure sodap jugak. Persekitaran pun santai. Boleh pilih nak open air ke atau nak yang berbumbung. 

Kami pilih open air bawah pokok yang ada lampu juntai2. ;)

Jom try terjah:-

Jati Corner
Wakaf Siku
15200 Kota Bharu, Kelantan

Cantik jugak Kota Bharu di waktu malam... ;)


:: Like3, ek! ::



PANTUN PENGJELESAN

Ehem2!!!

Rasa nak berpantun pulak pagi2 ni. 

Kejap. Carik idea... Carik idea...

Ermmm... Aaaa... Huuuu... Ngeeeee....

Hah!

Ting! Idea mari..! He3...

Menara Condong berdiri tegak,
Pulau Pangkor cantik tempatnya,
Selamat bercuti untuk warga Perak
Owh... indahnya dunia..!

Amekaw! Berminit2 jugak ah kak nak mengproduce pantun 4 kerat nih. Fuh! 

Ini semua poyo betullah! Ha3...

~ Daulat Tuanku..!

*Credit to: sktiwa.edublogs

Jeles tak, ah kak cuti tapi, korang kerja? Jeles tak? He3...

Takpe... takmo jawab pun takpe... Sebab ah kak boleh baca kejelesan yang terbuku di hati korang tu... Ha3... 

Statement mintak kena seligi nih! 

Errr... ah kak larikksss dulu la, ek! Chowsinchi..!!! ;P


:: Like3, ek! ::



Thursday, April 18, 2013

DORAEMON DI UDARA...

Nak jalan jauh nih. Ke Kelantan.

Tujuan: Majlis bertandang Angah & Wan merangkap berjalan2 carik pasal. Sesambil menyelam, sesambil minum air kekdahnya... ;)

Angah punya majlis tapi, aku yang over excited! Siap menggoogle2 buat trip planning bagai... 

Ha3... Melampau sangat, hokay..!

~ Muka atak senyum sepanjang perjalanan... Ngeeeeeeee...... ;D

Bajet nak gerak pukul 10.30 pagi. Tapi, membawak ke pukul 11 pagi la pulak. Biasa la tu... janji Melayu! 

Mak dah berzikir dah. Owh... neves2! Hu3...

Pit stop pertama adalah di Hentian Simpang Pulai. BrUnch time... Lapor giler kot! Sebab we ols tak breakfast apa pun. Mak Yang ada tapau nasik putih, ikan masin goreng, ikan sepat goreng, sambal sotong rendam, ulam timun & ikan goreng. Perrgghhh..!!! Memang terbaekkk... lah!

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal kekdahnya... Heh3...

Masa nak gerak, terjumpa pulak dengan Murni. Tak sangka sangat. Murni balik dari Genting Highlands kot. Tak sempat nak sembang sangat sebab memasing nak meneruskan perjalanan. 

Kitorang singgah Lenggong sebab Tok & Tok Wan Angah (belah Pak Yang) tunggu kat situ. Diorang gerak dari Taiping. 

~ Sampai kat Hentian Titiwangsa.

Nak sampai ke Hentian Titiwangsa ni, 2 kali kot aku tido. He3... Memula, segar-bugar siap menyanyi2 berjoget2 dalam kereta sambil peluk Spongebob mengalahkan kanak2 Ribena! Lepas tu, tetiba je senyap! Maknanya... zzzzzzzzzzzz......... la tuh! He3...

~ Menjerit Mak bila aku mintak dukung macam ni. Ha3...

View kat sini cantik. Angin pulak memang terbaekkk... lah! Dengan gunung2 bagai tu kan... memang layan habis!

~ Ah kak nampak bulat2 dalam masa yang sama ah kak nampak kurus kiut-miut kan dalam gambar nih? Ahaks3... Confuse tak? ;P

~ Cover perut! Cover perut! Ha3...

Kitorang berhenti untuk semayang & makan lagik kat Hentian Titiwangsa nih. Kali ni makan bekal yang Tok & Tok Wan bawak pulak. Best kot! Seperti berpicnic! Hiks...

Ada nasik putih, ikan goreng, masak lemak pucuk ubi & ikan masin goreng. Siap bawak buah kerdas lagik buat ulam! Picnic habislah! ;)

Seronok jalan jauh2 nih! Sebab cepat lapor balik. Lepas tu, carik pit stop & makan. Kalau hari2 jalan jauh2, mau bulat macam Doraemon ah kak tau! Dah tak jejak bumi dah. 

Cer tutup mata kejap. Lepas tu, bayangkan Doraemon melantun2 terbang di awang2-an di udara. 

Dapat imagine tak? Comel tak? Ha3...


:: Like3, ek! ::



TU... DIA PAK TAM

Lama jugak my 'sayang' tunggu kat RNR Tapah. Lapor dah katanya... Holloh3... Kesian! ;P

Syahdu betul dapat menatap wajah kesayangan hamba tuh. Ni baru kursus 3 hari. Kalau la kena kursus berbulan2, kat oversea ke kan... perrgghhh... mau pitam ah kak! 

Adeh3... Berangan sampai ke bulan! ;P

Paling lama pun aku kursus 3 minggu. Masa induksi kat Puteri Resort, Melaka. Memang rindu dendam habislah time tuh! Hu3...

~ Kiut kan label air mineral nih? 

Air mineral macam ni cuma ada kat Restoran Tuuu... Dia Pak Tam je. Kat RNR Tapah ada 1. Branch lain, tak tau pulak aku kat mana kan... 

My 'sayang' la... ajak try makan kat sini. Dia terliur tengok mee rebus Tuuu... Dia Pak Tam katanya... Aku ok je... 

~ Mangkuk mee rebus. Bukan plastik ke kaca ke tau! Tapi, paper bowl. Comel!

~ Rupa paras mee rebus. 

Bagi aku, mee rebus dia takde la ho-liau sangat. So-so je. Mee rebus kat pekan Tapah tu lagik terbaekkk... kot.

My 'sayang' pun sependapat dengan aku. Tapi kan, dalam dok kata tak ho-liau tuh, boleh jugak beliau habiskan semangkuk. Ha3...

Propa, hokay! Propa sangat..!

~ Aku makan mende lain, makan char kueteow. 

Berbeza dengan char kueteow sebab char kueteow dia sodap jugak la... Not bad. Portion pun just nice. Mengenyangkan & boleh makan sorang2 sampai habis. Means, tak payah susah2 nak share dengan orang lain sebab takut tak habis. Tapi, untuk saiz 'tank' seumpama ah kak la kan... ;P

~ Perah limau pun nak tayang. Over tau..! Ha3...

Bbrrppp...!!!

Kenyang dah. Semayang kejap then, terus balik rumah.

Dalam kereta, aku dok pot-pet pot-pet bercerita itu ini kat my 'sayang'. Stok cerita 3 hari dari Beserah, Pahang. Karam Singh Walia melaporkan... Ha3...


:: Like3, ek! ::



SURPRISE2..!!

Tengah bersantai2 kat depan tv. Layan Sedetik Cinta. Suka pulak aku tengok Hanez Suraya ni lah. Makin berseri2! Penangan Aurawhite kot..!

Tetiba terberminat kat Aurawhite pulak. Errr... nak kenyit2 mata kat my 'sayang'lah! Awwsss2..!!! Ha3...

Actually kan, you ols... ah kak baru lepas memasak nih. Masak menu untuk dinner merangkap Misi Tiz@Nelydia Look Alike. Tak taula menepati diet ke tak kan... Belasah je lah! Asalkan bijak control kuantiti. Jangan makan secara lupa diri! Beringat!

Takmo jaja dulu apakah menu tersebut. Surprise2..!!! He3...

Tunggu my 'sayang' balik kejap lagik. Lepas tu, boleh la we ols candle light dinner. Nak kenyit2 mata, untung2 dapat Aurawhite! Ahaks3...

Jangan jeles, ek you olsss..!!! Ahaks3...

:: Like3, ek! ::






Wednesday, April 17, 2013

KIAH PROPA... LA SANGAT..!


3 hingga 5 April 2013...

Aku diarahkan berkursus. Eh, bajet macam penulisan biografi la pulak! He3...

Kursus Pembentukan Imej, Etika Sosial & Protokol. Wah, tak agak2 nama kursus tu kan..! Korporat habis! Ha3... Hadoi!

'Spy' aku yang kat HQ la yang forwardkan surat jemputan kursus. Jangan tak tau, ah kak pun pasang 'spy' tau! Heh3... Hebak tak? Hebak tak?

Memula macam excited! Sebab 3 hari kan... boleh la mengcunkan SKT & memenuhkan kuota kursus wajib yang 7 hari tuh. Kursusnya pun nampak macam santai2 je kan...

Tapi, bila dah dekat2 dengan tarikh kursus, mula dah mood ke laut! Tengok trolley bag pun menyampah! Tengok my 'sayang' rasa rinduuuuuuu... je. Terus rasa nak manjas2 lebih dari biasa secara kerap. Uhuks3...

Ini semua poyo! Mencik! Ha3...

Kursus tu kat Duta Village Beach Resort, Beserah, Pahang. My 'sayang' hantar sampai Ipoh. Lepas tu, aku naik kereta jabatan sekali dengan Ena, Ecah & Husna.

Dipendekkan cerita... kursus tu ok je... Lebih kepada grooming & pembentukan imej korporat. Fasilitatornya pulak, sejibik muka Jovian Mandagie! Macam Pak Nil pun ada jugak sikit2. 2 in 1. He3... Last day, kitorang belajar make-up. Ada la 2 model yang dimake-overkan. Bertambah comel diorang. ;)

On the way balik, tak habis2 kitorang berborak. Tapi, aku biasa la... lebih kepada pendengar & penggelak. He3... Kadang2 je aku bersuara. Tapi, yang kadang2 tu la buat aku dapat gelaran Kiah Propa. Kiah Pekasam pun ada tau! Dapat kat Ena. 

Haish! Macam2 tau diorang nih. ;D

Kononnya sebab aku lebih interested bila bergossip pasal artis. Ha3... Hadoi!

Kiah Propa pun... Kiah Propa lah! Yang penting, aku dah tak sabor2 nak menatap wajah kesayangan hamba yang setia menunggu kat RNR Tapah. 

Owhhh... rindunyaaaaaaaaaaaaaaaa............. lah hai!!! ;P


:: Like3, ek! ::



DINNER LAUK KENDURI

Penat jugak kenduri rewang nih. Berlengas nak kemas balik rumah Mak. Fuh!

Tapi, aku berlengas jadik tukang tengok je... Ada la sikit2 aku pegang penyapu kan... Sapu manjas2 gitu..! Ahaks3...

Selebihnya, aku serahkan dengan redha kat Kakak & Kak Aneem. Abang, my 'sayang' & Abang Mie dok kemas bahagian luar. Aku duduk atas kerusi panjang sambil layan angin kipas yang aku pasang kuat2 tuh, jadik 'supervisor'. 

Ha3... Makan hati je diorang kan... ;P

Lapor pulak tengok mereka2 berkemas. Jadik aku ajak makan ramai2 kat khemah pengantin. Nak amik feel pengantin baru kekdahnya... 

Ha3... Over!

~ Jemput makan, you ols..! 

~ We ols dinner dengan lauk leftover kenduri. Terbaekkk2..!!!

Lepas Maghrib, Kakak + family & Abang + family balik rumah memasing. Siap poyo berlakon kengkonon nanti janji nak jumpa kat RNR mana2... Padahal sah2 lain haluan! Satu ke Kajang & 1 lagik ke Teluk Intan je pun..!

Ini semua poyo betullah! Ha3...

Aku pun balik, bawak Mak sekali. Esoknya, baru aku tolong Mak kemas apa2 yang patut, yang diorang sengaja tinggalkan untuk aku. Cisss! 

Aku sapu sampah & basuh pinggan. Mak susun pinggan & mop lantai. My 'sayang' tolong buang sampah. Fuh! Kurus ah kak malam tu tau! Berpeluh2! Rasa macam dah hampir sangat nak jadik Tiz Zaqyah / Nelydia Senrose. 

Ahaks3... Boleh gitu..?!!


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 13

Walaupun tak berani lagik nak pijak penimbang tapi, misi diet tetap diteruskan. Chaiyok2, bebeh! ;P

Breakfast:-

1 senduk kueteow goreng + 2 sudu sambal ayam + air masak
Breakfast ngan my 'sayang' kat Ramli Selera Kampung, City Mewah.

Minum pagi:-

1 biji limau mandarin + air masak

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ayam masak kicap + 2 sudu taugeh tumis
Tapau!

Minum petang:-

Tak sempat nak capai limau mandarin. So, kita togok air masak je lah.

~ Dinner: 1 keping roti paratha + kari telur tak bersantan + air masak
Kari telur tu tak la semenggah sangat sebab aku fail bab masak kari. Hu3... Asal boleh telan je lah.

Memula, tak tau nak makan apa untuk dinner. Try la menyelongkar fridge. Nampak roti paratha frozen yang we ols beli kat Bintang hari tu. 

Terus tepek butter & panaskan. Bila kari telur tak semenggah tu siap, terus makan laju2. He3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, April 16, 2013

BANGKU ROBOH

Persandingan Angah & Wan...

Temanya purple. Awal2 lagik we ols dah siapkan baju yang mengikut tema. Makanya, tinggal nak melaram je lah. Heh3...

Walaupun yang kenduri ni adalah Mak Yang & Pak Yang tapi, rumah Mak pun kena tempiasnya. Sebab rumah diorang dekat2. 1 laman ada 3 buah rumah kan... Rumah Mak Yang kat depan nun... rumah Nenek kat tengah2... sebelah rumah Nenek tu la rumah Mak. Begitu...

Rumah Mak pun jadik hotspot la kekdahnya... Jadik tempat masak beberapa jenis lauk & tempat bungkus2. 

~ Pengantin dah sampai. Rombongan pihak lelaki nun jauh dari Bachok, Kelantan.


~ Pengantin excited sangat nak bersanding sampai tertukar lokasi duduk kot..! Ha3...

~ Ada yang tegur suruh tukar lokasi duduk begini...

Actually, aku pun confuse jugak bab2 lokasi tempat duduk time bersanding nih. Sebab bagi aku, aci je kot nak duduk celah mana pun. Janji bersanding! He3...

~ Santapan diraja...

~ Amir jadik masterchef untuk lauk-pauk pengantin.

Ada insiden yang humangaihhh... ya ampon betul masa Angah kahwin ni tau! Malu giler ah kak, noks! Awwsss3..!!!

~ Sebelum insiden...

~ Pun sebelum insiden. Berkobar2 je nak berposing kan...

~ My 'sayang' kata, kalau ada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk sukarelawan wedding Angah tuh, confirm my 'sayang' kasik kat Abang. Sebab gigih betul katanya Abang aku tu  buat kerja. Cayalah, bro! Lepas ni, boleh la jadik mastersukarelawan! Hiks...

Meh nak cerita pasal insiden yang ya ampon... tuh. Errr... tapi kan, sebenornya tersangat la segan nak share mahupun nak mengimaginekan balik insiden tuh. Tapi, dah katanya blog ni merangkap diari maya kan... Rasa rugi pulak kalau tak ceritakan masam manis kehidupan. Plus, untuk kenangan anak cucu katanya... ;P

Takpe2... you can do it, bebeh! K-mon, bebeh! K-mon..! Hu3...

Begini ye, bapak2 ibuk2...

Alkesahnya... aku melepak kat tempat Abang duduk kat atas tuh (depan rumah Mak) dengan Kakak. Kakak duduk atas kerusi meja makan. Aku pulak gediks nak duduk atas bangku kaler merah yang macam bangku kat gerai makan yang takde tempat sandar tu, haaa..! Boleh imagine kan? ;P

Tugas aku hari tu adalah restock goodie bag. Asal habis je aku pergi la amik kat rumah Mak Yang. Maknanya beberapa kali la jugak aku bangun-duduk-bangun-duduk kan... Ada sekali tu, bila aku bangun, Ana amik tempat aku tuh.

Tak kesah la kan... Yang aku kesahnya, elok pulak bila aku duduk balik, bangku tu boleh roboh! Takde isyarat langsung! Aci roboh terus! Tak sempat nak berpaut kat lengan Kakak.

Memang jadik perhatianlah masa tuh! Amekaw! Terus aku larik laju2 masuk dalam rumah carik Mak. Rasa nak menyorok dalam baju Mak pun ada jugak. Ha3... Hadoiiyaiiinyapun!

Kejam, hokay bangku tuh! Saja je nak drop my waterface. Uhuks3...

Tapi, aku syak faktor lain penyumbang kepada kerobohan bangku tu adalah Ana. Sebab dia lagik 'XL' daripada aku. Bila kami duduk bersilih-ganti, mau tak ranap bangku tuh! Cumanya, aku mangsa keadaan la... Tsk3... Mencik!

Hmmm... mende nak jadik kan... Dah tertulis... Redha je la... Walaupun... Hu3...

Lupakan la sekejap cerita bangku roboh tuh. Eh, kalau nak lupakan terus pun bagus jugak! Anggap je seperti tiada apa2 yang berlaku. Ha3...

~ Kembali menatap gambar... Pak Andak & Bapak yang berfungsi sebagai tukang cuci pinggan. He3...

~ DJ Corner...

~ Pak Teh & Pak Yang... tukang bagi goodie bag pada tetamu.


~ Pak Tam & Uteh... merangkap artis jemputan yang 'menyumbangkan' suara. Lagu pilihan: Makan Nasi Minyak by Uji Rashid & Hail Amir. Ha3...

~ Dah hilang segan. Dah boleh lupakan sikit2 insiden tuh. So, dah boleh menggediks2 balik. Hu3...

~ Rambut my 'sayang' dah macam maggi!

~ A_bern pengapit tergediks di abad ini... Ha3...


~ Nak focus kat ikan ke... kat pengantin nih? My 'sayang'... my 'sayang'... ;P

~ Yang tengah tu la Mak Yang. 

~ Kategori sedara jugak nih. Aku panggil dia Cik Jeri. Hari tu Cik Jeri jaga department air.

Meriah jugak wedding Angah & Wan. Syiok sebab adik-beradik Mak semua balik. Dengan sepupu-sepapat lagik... Bila dah berkumpul tu, macam2 cerita la keluar! Havoc! He3...

Selamat Pengantin Baru... Angah & Wan... Semoga kekal bahagia sampai hujung nyawa. Aminnn...


:: Like3, ek! ::