Saturday, January 26, 2013

SETIAP ANAK PERMATA NEGARA

Convo Kak Ngah...

Aku amik cuti semata2 nak join convo Kak Ngah. Kena bangun awal dari biasa, nak amik Mak. My 'sayang' tak dapat join, ada kerja. Makanya, secara automatic aku jadik wanita besi la kan... Heh3...

Nak amik Mak, rasanya takde masalah. Dah hafal jalan. Yang nevesnya adalah masa nak ke tempat convo tu kang, kat Rest House Teluk Intan. Nak kena ada bayangan2 map kat minda. 

Padahal selalu je kot ada function kat situ. Ya ampon... betul tahap kebutaan jalan ah kak! Kronik! Ha3...

~ Syukur alhamdulillah... Sampai jugak akhirnya... Fuh! ;P

Kak Ngah sekolah kat TASKA Permata Negeri, Daerah Hilir Perak. Bagus TASKA Permata nih sebab aktiviti2 yang diorang susun untuk bebudak tuh memang sesuai. Prinsip pengajaran pulak adalah belajar dengan cara bermain. Means, takde nak push2 bebudak tu untuk belajar. Follow rentak & mood bebudak tuh je. Biar minat nak belajar tu datang sendirik.

Aktiviti yang paling cool yang Kak Ngah pernah buat adalah membeli-belah di Giant. Mementang la TASKA Permata tu dok sebelah Giant je. Ke Giant pulak perginya..! ;)

Teacher bawak ke Giant, lepas tu shoppinglah! Memang syiok la Kak Ngah kan... Siap belikan Nenek biskut Tiger susu lagik..! He3...

~ Red carpet. Heh3...

~ Holloh3... Kiut uniform..?! ;P

~ Tenaga pengajar TASKA Permata Negeri, Daerah Hilir Perak. Comel2 belaka... ;)

~ Meghahnya Mak Ngah..! He3...

~ Semua pakai merah sebab tema adalah Glam Red. Amekaw!

~ 1 family = 1 meja. Ada jugak yang 2 family = 1 meja. Ikut bilangan family members yang datang.

~ Hokay, fine3!!! Ah kak comel, ah kak tau! Ha3...

~ Kak Yong over! He3...

~ Bajet comel. ;P

~ Ikrar.

~ Ballet. 

~ Dapat sijil convo. Memasing bawak parents (either mak or ayah) masa nak terima sijil. He3...

~ Over tau mokcik nih! Tolong bagikan hadiah pun enterframe. Ha3...

~ Kak Ngah dapat Anugerah Pelajar Paling Rajin. Excited sampai julang trofi lagik..! Hmmm... rajin kerrr..??! Ha3...

~ Uiks! Mewah dengan sijil! He3...

~ Hamper pun ado! Tapi, hamper lagik besor daripada penerima hamper. Ha3...

~ Kak Yong pulok...

~ Bersemangat betul Kak Ngah nyanyi lagu Jalur Gemilang ngan Warisan. 





Meriah jugaklah convo Kak Ngah. Havoc jugak dengan suara2 tangisan bebudak yang dah takde mood. He3...

SETIAP ANAK PERMATA NEGARA...

Congrats, Kak Ngah! ;)


:: Like3, ek! ::



SEHIJAU CUPPIES

Tak habis lagik sebenornya kesah wedding Linda. Ni nak cerita pasal majlis bertandang pulak. 

Kitorang join rombongan hantar pengantin. Ke Tronoh nun..! Berpusing2 jugak la baru sampai ke rumah pengantin lelaki. Masuk hutan, keluar hutan, jumpa tasik bagai... Fuh! Rasa macam jauh sangat kot..! Hu3...

~ Lega sebab dah sampai... Baju kami tak ikut tema pun... Tema adalah ijo + putih. Tapi, rasa macam malas pulak nak pakai ijo. Pakai orenlah sebab I kan penchenta oren... Hiks...

~ Kiut je pembawak munge manggar tuh. ;P


~ Hokay, fine! Memang sengal! Ha3...

~ Pengantin nampak macam lapor sebab tak kose dah diorang nak berposing2 tengok camera. Serbu makanan dulu..! Ha3...

Jangankan pengantin! Aku pun lapor tahap gaban, hokay! Pagi tu tak breakfast pun. Ingatkan Tronoh ni dekat je. Rupa2nya, sampai perut berdangdut2 baru sampai! Uwaawaawaaa... Rasa nak nangis & rasa menyesal sebab tak breakfast. 

~ Sebelum balik, sempat jugak menebeng amik gambar dengan pengantin. Tapi, pengantin pompuan je. Pengantin lelaki dah hilang jumpa tetamu.

~ Cantik kek diorang.

~ Siap ada cuppies lagik..! ;)

Rombongan lain terus balik rumah memasing. Tapi, kami, Mak & Abang + family terus ke Ipoh. Saja je berlibur. Plus, aku nak beli kain ela kat Nagoya, nak buat baju kurung pesak gantung & beli t-shirt my 'sayang' untuk majlis pertunangan Memem. 

Jeng3...

Yang tu, next2 entry, ek! Kasik peram dulu. Ha3...

Selamat pengantin baru untuk Linda & Azuan. Semoga chenta korang sehijau cuppies tuh sampai bila2. Amin... ;)


:: Like3, ek! ::



KETAM PODEH BERTELUR AYAM

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

1st time masak ketam. Percayalah! ;)

Bahan2:-

5 ekor ketam (disiang & dicuci bersih)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji telur ayam
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil asam jawa Xtra Adabi
1 sudu kicap manis
1 biji tomato (dibelah 4)
Minyak masak
Air masak
Garam
Serbuk perasa

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
7 - 10 tangkai cili kering (direbus sebentar)
2 biji bawang putih
1 inci halia

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumurkan ketam dengan serbuk kari & garam. Panaskan minyak. Goreng ketam hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak.
3) Perasakan dengan garam, serbuk perasa, gula, kicap manis & asam jawa Xtra Adabi.
4) Tuangkan sedikit air masak jika terlalu kering.
5) Pecahkan telur ayam. Kacau rata.
6) Masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Sebatikan.
7) Masukkan bawang besar. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Ketam Podeh Bertelur Ayam. Nyummm2..!!!

Walaupun dah boleh masak ketam tapi, aku still tak tau nak siang ketam. Ini pun my 'sayang' yang tolong siangkan. Well... ah kak kan ada pembantu yang hebak! Heh3...


:: Like3, ek! ::



Friday, January 25, 2013

'GOOD NITE', ENCIK BOSS

Breakfast nasik lemak sambal bilis + paru pagi ni. Try port makan baru, Restoran Arena namanya. 

Dekorasi macam bakal jadik port peminat fanatik bola je. Siap ada selempang Manchester United, Liverpool, Real Madrid, Barcelona bagai... 

Papan tanda restoran pun ada gambar bola. Sah la tu kan...

Tak kesah la... Yang penting, food tasting kali pertama tak mengecewakan. Sodap jugak kot!

Masalahnya, skang mata dah tak boleh bukak luas2 seperti selalu. Asik nak terpejam je. Kadang2 tersengguk2 jugak. Siap imagine katil ngan bantal bucuk Sponge Bob lagik! Hu3... Kronik!

Mengantuk tahap gaban! Penangan nasik lemak Restoran Arena barangkali... Hadoiiyaiiinyapun..!!!

Hmmm... aci tak kalau nak wish 'good nite' kat Encik Boss? Kalau nak fail ke... maklumat pasal koperasi ke... Encik Boss carik sendirik je la, ek! Jangan segan2. Buat macam opis sendirik. (Statement bakal kena sekeh ngan Encik Boss!) 

Ha3...

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...................... ;P


:: Like3, ek! ::



Thursday, January 24, 2013

KUETEOW GORENG SETIA HUJUNG NYAWA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Simple! Jom usha! ;P

Bahan2:-

1 bungkus kueteow (dicuci bersih & ditoskan)
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 mangkuk kecil udang (disiang & dicuci bersih)
1 pokok sawi (dipotong)
2 batang fishcake (dihiris)
1 biji telur ayam
2 sudu besar kicap masin
1 sudu kicap manis
Garam
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
7 - 10 tangkai cili kering

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak.
2) Perasakan dengan sos tomato, kicap manis, kicap masin & sos tiram. Tambahkan sedikit garam jika kurang masin.
3) Masukkan telur ayam & kacau rata.
4) Masukkan udang.
5) Masukkan sawi & fishcake. Tambahkan air masak jika terlalu kering.
6) Masukkan kueteow & sebatikan. Masak seketika, angkat & hidangkan.

~ Kuteow Goreng Setia Hujung Nyawa. ;P

Mencik 'Zain Hakimi'! Huh!

Eh, tetiba..! Hiks...


:: Like3, ek! ::



HAYATI PERJUANGANNYA...



Cuti, cuti jugak. Tapi, junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W tetap di hati...

Hayati perjuangan... Jadikkan tauladan... Kukuhkan iman... Istiqamah.

Salam Maulidur Rasul... ;)


:: Like3, ek! ::



Wednesday, January 23, 2013

WORDLESS WEDNESDAY #22: MEMBUJUR LALU, MELINTANG LORI..???

~ Lori air yang berkira2 nak supply air kat orang kampung tapi, tersadai melintang blocking jalan sebab salah reverse. Sedeh!

Membujur lalu, melintang lori..!!! Betul kata cicak... Eh! ;P


:: Like3, ek! ::



AKTIVITI SOSIAL MAK

~ Mak with BFF, Cik Siah. Memang bestfren habis sampai kaler baju & tudung pun dekat2 sama. Sweet je... ;)

~ Yang pakai topi tu Cik Timah. Geng surau Mak jugak.

Syiok betul Mak kalau dapat join rombongan bas dengan BFF & geng surau Mak. Awal2 dah bagitau. Excited betul! He3...

Setakat ni, Mak dah join rombongan ke Kedah, Nilai & MAHA 2012 nih. Seronok katanya dapat berjalan2 dengan kawan2. 

Aku tak kesah... asalkan Mak happy, aku pun tumpang happy. Plus, time anak2 dah besor panjang ni la Mak nak bersosial dengan kawan2. Mak pun dok sorang2 je kan... Kurang komitmen. Kalau melepak kat rumah je, confirm bosan!

Dulu, masa memula join rombongan, Mak segan nak bawak camera. Tapi lately, dah ok dah... rajin bawak camera. Yang kelakornya, camera tu buat hiasan & pemberat handbag je sebab baik Mak / Cik Siah, dua2 pun malu nak amik gambar memasing / mintak tolong orang amikkan gambar. Yang kat atas tu pun pakai camera Cik Timah. Ha3...

Mak kata, geng surau plan nak ke Kelantan pulak. Lepas tu, ada jugak plan nak buat family trip ke Pulau Pangkor. Uiks!!! Semakin rancak aktiviti sosial Mak aku! Heh3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, January 22, 2013

BOTOX..???

Mak sakit gigi. Dari hari Sabtu dah ngadu sakit. Gusi bengkak katanya... Plus, gigi tu pun dah tahap wajib cabut sebab dah rosak. Gigi geraham belah atas.

Ajak pergi dentist, mak refuse! Boleh tahan lagik katanya... Makan ubat bengkak gusi. Kengkonon lepas makan tu, bengkak surut & sakit pun hilang macam magic la kan...

Hmmm... takde maknanya! Makin serious ada la! Aku ajak lagik jumpa dentist, Mak tetap refuse. Telan pain killer pulak. Sekadar berfungsi untuk beberapa jam. Lepas tu, sakit datang balik. Tapi, Mak tetap takmo jumpa dentist.

Eh, sejak bila Mak takut dentist nih? Confuse ah kak tau! ;P

Sampai la semalam... Mak call, ngadu sakit siap bengkak tu dah naik ke pipi. Mak kata pipi Mak macam kena suntik botox. Ha3... Dalam sakit2 tu, Mak boleh buat lawak lagik. ;P

Tapi kan, tetap takmo jumpa dentist! Stress ah kak tau! Last2, ah kak dah tak boleh berkompromi! WAJIB terjah dentist! Kang tak pasal2 1 muka macam kena botox! Hu3...

Pukul 2.30 petang, aku bawak Mak ke Klinik Kesihatan Pergigian. Sebelum ni, Mak pernah cabut gigi jugak kat sini. Aku ada kasik Guarantee Letter (GL). Tapi, nurse yang jaga registration tu kata GL aku dah invalid. 

Eh, setau aku still dalam tempoh 3 bulan! Nurse tu kata lagik, memang la still dalam tempoh 3 bulan tapi, dah berganjak ke tahun lain. GL yang ada tu untuk tahun 2012 sedangkan skang dah 2013.

Owh... macam tu pulak, ek? Hmmm... GL yang aku kasik untuk Klinik Obstetric & Gynaecology (O & G) tu valid je. Aku kasik GL tahun 2009 hokay..! GL untuk appointment Mak kat Orthopedic, Fisioterapi ngan Klinik ENT pun valid je walaupun dah makan tahun. 

Haish! Confuse ah kak! 

Enoughlah kesah GL tuh! Buat stress je kan... Meh sambung kesah gigi Mak. Doktor check2 & decide untuk cabut je gigi yang rosak tuh. 

Mak bermalam kat rumah aku. Aku nak belikan Mak bubur nasik. Mak pulak tak nak sebab tak suka makan bubur nasik. 

So, malam tu aku masakkan nasik lembik2 makan dengan ayam goreng + cicah cili kicap. Berselera Mak makan, sampai 2 pinggan! Maknanya, anak Mak yang kiut ni masak sodap la kan? He3...


:: Like3, ek! ::



Monday, January 21, 2013

JOM ZIKRULLAH..!

Buat pertama kalinya kot aku menyopping online. I think so la... Sebelum  ni, rajin jugak menggoogle & surf blogshop2. Niat nak menyopping tu ada tapi, macam neves pulak. 

Especially lepas berita pasal kes penipuan blogshop yang ada 2 sekawan ni shopping online untuk beli baju raya. Duit semua dah bank-in tapi, sampai ke sudah baju2 yang dijanjikan tak sampai2. 

Ingat tak? Ingat tak? ;P

Lepas tu, memang sekadar cuci mata je la kalau singgah blogshop... Neves sangat! Hu3...

Baru2 ni je ada keberanian balik. Tapi, dimulakan dengan item yang tak berapa mahal la kan... So, kalau in case kena chong takde la menyesal sangat. Kekdahnya... ;P

~ Admin sangat bagus sebab hari ni order, esok dah sampai. 

~ Tengok box je dulu, kasik suspen. Ececehhh..!!! Hiks...

~ Packaging nampak macam junk food. Tapi, tidak sama sekali ye, anak2..! ;P

~ Tarat tat taraaa... Bukan jam tangan Angry Bird tau! Tapi, tasbih digital. 

Saiz dia comel sangat! Boleh belitkan macam jam kat mana2 jari tangan yang kita rasa selesa (normally jari telunjuk) lepas tu, sekali zikir kita tekan button tu sekali. Dia akan display berapa banyak zikir yang kita dah baca.

Aku pakai kaler hitam. Yang kaler merah aku kasik kat Mak. Baiknya hati hamba kan? Ecewah! Over tau... mencik!!! ;P

Murah, hokay! Harga sejibik = 6 hengget. Kalau beli 2 harga = 10 hengget. Aku beli 2, so total = 12 hengget termasuk postage. 

Kalau korang berminat, boleh la tanya kat nakkarest.ana nih

Jom zikrullah di mana saja pada bila2 masa..! Cool kan? ;)


:: Like3, ek! ::



Saturday, January 19, 2013

KOMPANG DIPALU LAGI...

Wedding Linda, anak Cik Ros...

Cik Ros ni samadengan anak angkat arwah embah (read: atok) aku. Linda anak yang sulung, sebaya dengan aku. Banyak dugaan pertunangan dia. Alhamdulillah... kali ni sampai jugak ke jinjang pelamin.

Ini kenduri pertama. So, Cik Ros ngan suaminya, Cik Amit memang banyak bergantung harap dengan Nenek & Mak. Means, dari segi perancangan & preparation la... Ala2 wedding planner gitu..! ;P

~ Pengantin lelaki tak sampai lagi. So, Mak & the geng rasmikan dulu. He3...

~ Adik-beradik yang sweet. Cewwahhh..!!! ;P

~ Nenek pun nak join jugak. Cayalah..! He3...

~ Tak habis lagik posing! Kat celah pasu munge pun aci! Ha3...

~ Dalam bilik pengantin...

~ Inilah Linda.

~ Tema purple. Sebab tu ah kak pakai purple. Ikut tema kata ko! Heh3...

Mak & Mak Yang tolong masak & decor2 lauk pengantin untuk makan beradab. Aku tolong2 menyibuk je lebih... Ha3...

Memang tak berseni langsung plating yang aku buat! Even nak bubuh cili merah yang dah dibelah2 jadik bentuk munge pun menggigil2 tangan nih! Parkinson sekejap! Hadoiiyaiiinyapun..!!!

~ Hasilnya... Hmmm... kira ok la tuh..! Janji lain sikit dari yang dihidangkan untuk tetamu biasa. ;P

~ Melepak kat luar pulak.

~ Abaikan sang perut boyot itu... Anggap ianya sebagai ilusi... Ha3...

Pengantin sampai dalam pukul 1.30 petang. Berlengas jugak menunggu! Fuh!

~ Pengantin lelaki tu macam malu2 pulak kan... Hiks...

~ Eh, perut boyot comel lagik..! Ha3...

~ Kak Ngah bad mood. Biasa la tuh.

~ Melekat ngan Mama dia je...

~ Rifqi pulak tak reti duduk diam! Haish!

~ Tak jadik nak marah / geram bila dia buat muka seposen macam ni. Alahhh... hai!

~ Kembang setaman... ;P

~ Hokay! Kembali ke gambar pengantin. Heh3...

~ Pengantin confuse! Ha3...



~ Ada la dalam 2 minit Rifqi boleh duduk diam2 kat kerusi tuh. Lepas tu, dah menggelupur nak turun, nak explore tempat lain.

~ Mak dah letih. Tapi, maintain kiut! Hiks...

~ Sengal, hokay! Ha3...

Elok je lepas pengantin bersanding, kami mintak diri nak balik dulu sebab my 'sayang' ada kerja sikit. Aku pun dah mengantuk, nak qada' tido. ;P

Tahniah untuk Linda & pasangan. Selamat pengantin baru... Semoga berbahagialah! ;)

Tahniah jugak untuk Cik Ros ngan Cik Amit sebab dapat menantu pertama... ;)


:: Like3, ek! ::