Saturday, January 26, 2013

KETAM PODEH BERTELUR AYAM

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

1st time masak ketam. Percayalah! ;)

Bahan2:-

5 ekor ketam (disiang & dicuci bersih)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji telur ayam
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil asam jawa Xtra Adabi
1 sudu kicap manis
1 biji tomato (dibelah 4)
Minyak masak
Air masak
Garam
Serbuk perasa

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
7 - 10 tangkai cili kering (direbus sebentar)
2 biji bawang putih
1 inci halia

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumurkan ketam dengan serbuk kari & garam. Panaskan minyak. Goreng ketam hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak.
3) Perasakan dengan garam, serbuk perasa, gula, kicap manis & asam jawa Xtra Adabi.
4) Tuangkan sedikit air masak jika terlalu kering.
5) Pecahkan telur ayam. Kacau rata.
6) Masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Sebatikan.
7) Masukkan bawang besar. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Ketam Podeh Bertelur Ayam. Nyummm2..!!!

Walaupun dah boleh masak ketam tapi, aku still tak tau nak siang ketam. Ini pun my 'sayang' yang tolong siangkan. Well... ah kak kan ada pembantu yang hebak! Heh3...


:: Like3, ek! ::



2 comments:

  1. sy pon x pandai siang ketam ...* sambil angkat tgn n senyum *... :P

    ReplyDelete
  2. azzey,
    same la.. bkn setakat ketam sbb bab siang-menyiang sume org serah kat pokcik. he3.. ntah la.. penah gak try siang ikan. tp, bile dh masak, org xlalu nk mkn ikan tuh sbb t'ingat mende2 yg disiang td. hu3.. *ke sambil angkat tangan cam usop wilcha? heh3..*

    ReplyDelete

KAMSAHAMNIDA...