Convo Jijah pulak...
Kat Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM). Makanya, ke Melaka pulaklah aku & family mertua...
Seperti biasa, kitorang ke rumah Awa dulu. Dari Teluk Intan 2 buah kereta. Abah, my MIL & Bulat dah gerak awal. Aku ngan my 'sayang' menerjah kemudian, lepas aku balik kerja.
1st group (Abah, My MIL & Bulat) dah sampai kat rumah Awa. Tapi, kitorang baru sampai RNR Ulu Bernam. Berenti untuk semayang & isi perut. Lapor kot!
~ Aku try wantan mee special. Hmmm... rupa paras dalam gambar display kat stall tu macam melazatkan. Tapi, rasa sebenor dia biasa2 je kot... |
~ Didatangkan dengan sup bebola2 nih. |
~ My 'sayang' pekena mee kari. Not bad la... |
Beli junk food sikit, buat kudap2 kat dalam kereta. Tau2 je la... aku ni kan... kalau dah kenyang musti mentido. Memang tak dapek la nak temankan my 'sayang'. Kalau ada kudap2 tu, especially kacang, boleh jugak my 'sayang' layan. Takde la mengantuk kot.
Sepatutnya, paling lewat pun pukul 10 malam dah sampai kat rumah Awa. Tapi, membawak ke pukul 11++ malam baru sampai. Sebab kitorang pusing2 KL dulu. Pusing sampai ke Bukit Bintang nun! He3...
Tak singgah mana2 pun. Just tengok nite life in KL je...
Macam takkan 'tido' je diorang2 tu. Pukul 11 malam macam pukul 11 pagi. Manusia bertali-arus. Macam2 gelagat.
Kalau kat tempat aku, pukul 10 malam pun dah lengang. Kecuali malam minggu. Tu pun sebab ada pasar & gerbang malam. ;P
:: Like3, ek! ::
suka wantan dry mee yang basah skit dan ada ayam madu... sodap...
ReplyDeleteAsrul "iLham" Sany,
ReplyDeletekat mane ade tuh? cer citer.. cer citer.. ;P