Monday, December 17, 2012

CONVO KE-8 UTEM

Lepas Subuh, kami dah berdesup ke Melaka sebab nak sampai on time la kengkononnya kan... Sebelum ayam jantan berkokok kata ko! Ecewah! He3...

Jijah sidang pertama. Means, belah pagi la. Nak kena sampai dalam pukul 8 pagi macam tu. Lambat2 kang, takut kena block tak boleh masuk dewan pulak. 

Alhamdulillah... kami selamat sampai. Nak kata punctual sangat tu, tak la kan... Sebab dah ramai dah yang masuk dalam dewan. Kitorang ni kiranya di hujung2 masa, begitu... Duduk sekejap, lepas tu dah start dah. ;P

~ Pasangan comel! Ahaks3... Sila jangan sekeh. ;P

~ Gediks2 kenyit mata. Owh... over! ;D

~ Canselor, VVIP & VIP semua dah amik tempat memasing. Eh, best pulak bunyik gamelan tuh! ;)

Panas jugak bontot nak tunggu turn Jijah. Sampai tertido2 aku tau! Ye la... sojuk kan... Ditambah pulak dengan bunyi2-an gamelan... perrgghhh..!!! Terbaekkk...lah mentido! He3...

Habis turn Jijah, kitorang ingat boleh la menyelinap keluar sebab rasa macam dah lama sangat menebeng kat dalam dewan tuh. Last2, kena block! Tak boleh keluar! Nak masuk boleh tapi, once dah masuk memang berchenta la 'pengawal2 dewan' tu nak kasik ko keluar kan... 

Kena ada alasan konkrit baru diorang kasik lepas. Contohnya macam, anak menangis nakkan mak paknya sebab maid baby sit tak jalan... Tak pun, kata nak amik handfon yang tertinggal dalam kereta ke... Tu pun muka diorang macam tak ikhlas je nak kasik keluar. Bermangga berantai2, hokay..! Dasat!!!

Kalau setakat ko cakap nak keluar sebab nak ke toilet, memang tak la kan... Sebab toilet ada kat situ. Means, tak payah susah2 nak keluar dewan mencarik toilet. Siap diorang tunjukkan direction ke toilet lagik! Adeh3...

Nak buat macam mana... terpaksa la akur. Hormat protokol katanya... Hu3...

~ Dah habis sidang pagi. Fuh!

~ Photoshoot kat luar dewan.

~ Matahari tengah mencanak kat atas kepala nih! Tapi, gigih jugak nak berposing! He3...

Dah berlengas sangat dah! Sebelum check-in homestay, kitorang lunch dulu, kat restoran apa ntah nama dia. Lupalah! Tapi, speseltynya adalah ikan bakar & of course la asam pedas jugak kan... Melaka kata ko!

Aku kan penggemar asam pedas. Dah macam laut nasik aku sebab bergenang dengan kuah asam pedas. Lauk aku amik udang galah goreng tepung dengan ayam goreng tepung. 

Bbrrppp..!!! Kenyang! Heh3...

Tak tau la sebab sodap ke atau pun sebab lapor. Yang penting, licin sepinggan! ;P

Cuk Dam (pokcik my 'sayang') belanja lunch. Terima kasih, Cuk Dam. ;)

Kitorang check-in homestay dalam pukul 3++ petang. Homestay tu Jijah yang carik. Lupa la kat mana. 200/nite kot. Mandi, semayang & tido sekejap. Lepas tu, belah2 petang kitorang keluar jalan2. 

My 'sayang' jadik bahan sebab beriye dia ajak semua orang pergi Tanjung Bidara. Ada kapal selam la... mandi-manda la... happening la... Cik Am siap on GPS lagik nak ke Tanjung Bidara. Masuk hutan, keluar hutan, masuk kampung pulak... rasa macam jauh sangat kot! 

Paling kelakor, bila GPS Cik Am kata dah sampai ke destinasi. Bila tengok sekeliling, humangaih!!! Kubur!!! Ha3...

Akhirnya, sampai jugak. Tapi tak seperti yang my 'sayang' gambarkan. Kapal selam nan ado, pantai kotor, siap ada backhoe lagik! Pelik! Apakah kan..??! 

Rupa2nya, my 'sayang' nak ajak ke Pantai Puteri yang kitorang terjah dulu tuh. Tapi, dia dok sebut Tanjung Bidara. Ha3...

Confirm la jadik bahan! Adeh3... 


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



No comments:

Post a Comment

KAMSAHAMNIDA...