Thursday, October 4, 2012

PRE-HONEYMOON SEHELAI SEPINGGANG

Pre-honeymoon sempena birthday. Owh... best betul kalau dapat berjalan2 (read: berhoneymoon) dengan kekasih hati!Terus nak feeling2 berguling2 kat pergunungan bersalji sambil nyanyi lagu 'Humko hamise churalo...'

Ececehhh..!!! Overbahkalaukau! Ha3...

Pre-honeymoon ni kira macam birthday gift daripada my 'sayang' untuk isteri terchentalah kan... Owh... kerana dirimu begitu berharga..! (Iklan Maybelline menyelit kejap... sambil kedip2 mata. He3...) 

~ Sebelum berpre-honeymoon, birthday girl dibelanja makan kat KFC dulu. Comel je sambil makan fries sambil senyum sweet2 macam tu kan? Ahaks3... (Matikla... puji diri sendirik comel! Hiks...)

~ Aku lapor nasik & dalam masa yang sama aku lapor KFC jugak. So, aku oder meal yang ada nasik tuh. 

Perut dah kenyang, baru la best nak jalan2. Sebenornya, pre-honeymoon ni tak dirancang pun. Memula, just nak ke Lumut & Teluk Batik, jalan2 + tengok2 laut sambil berchenta... eh, nak jugakkk... ha3... lepas tu, baliklah. 

Kami gerak pun dah petang, dalam pukul 4.30 petang macam tu. Nak patah2 balik terasa penat pulak. My 'sayang' kata, why don't kita check-in kat memana. Tapi, walk in je la... takde booking2 bagai... Aci redah je. Untung nasib & rezeki, ada la bilik kosong. Kalau takde, terpaksa la balik jugak.

Singgah semayang Asar kat masjid Lumut dulu, baru carik hotel. Hotel pertama yang kami terjah adalah GM Holiday Hotel, Lumut. Tapi, kuchiwa sebab bilik dah fully-booked. Sentap ah kak! Uhuks3...

Takpe2... kita try Valley View Hotel pulak. Alaaa... kat sebelah GM Holiday Hotel tu je pun... Fuh! Nasib baik ada lagik bilik kosong. Hotel bajet je, you ols... Standard room = 60 hengget. Not bad la... Katil king size, bilik air pun bersih, tv, air-cond, almari sume ada kecuali fridge. Bolehlah!

~ Lepas Maghrib, kami jalan2 carik makan ke Teluk Batik. Actually, belum sampai Teluk Batik pun. Kat area Marina Cove Resort. Masuk kanan, masuk dalam2 sikit lepas tu nampak banyak kereta parking. Hah! Di situ la kami makan ikan bakar & seafood. 

Harap korang tak confuse dengan direction yang ah kak kasik tuh. Ha3...

~ Main ba2 cak di malam hari... Comel kot..! Ahaks3...

~ Crowded jugak. Masa pilih2 ikan ngan seafood untuk dimasak, tukang masak siap bagitau, menu2 yang diorder akan sampai dalam masa 1 jam. Perrrggghhh!!! Achaner tuh? Redah je la... sebab dah malas nak carik tempat lain. Plus, view sini best, betul2 kat tepi laut. Siap boleh dengor deruan ombak lagik! 

~ Tak clear kan? Hmmm... pakai handfon cap ayam je... Uhuks3... Meh ah kak explain apa menu2 yang kami santap malam tuh. Ada nasik putih, ikan bakar (kerapu ke siakap ntah... tak kenal!), sotong masak pedas, udang masak kicap, sotong goreng tepung & apa ntah lagik... lupa la... Hu3...

Total makan dengan menu2 tu samadengan 80 hengget kalau tak silap aku. Sotong goreng tepung terpaksa ditapau sebab santak perut nak menghabiskannya. 

~ Esoknya dah nak check-out.

~ Babai Valley View...

~ Perasan tak baju pergi & balik kami adalah sama? ;P

~ Cer tengok balik baju masa makan KFC tuh, tak ke sama dengan baju dalam gambar nih? Sebab kami berpre-honeymoon sehelai sepinggang! Ingat nak shopping baju sehelai 2 kat Lumut tapi, tak sempat, noks! Sempat grab 'baju kecik & seluar kecik' je. Ha3...

Tapi, jangan risau... kami tetap wangi & comel walaupun pakai baju semalam. Sebab kami pakai Comfort Ultra sebagai fabric softener. Ecewah... tetiba..! Ha3...

~ Ikan masin pun nak buat tanning kulit. He3...

~ Part paling tak best adalah bila public holiday pun kena pakai kupon parking. Isk3... mencik!

~ Gigih menyaman... Sedeh!

~ Tujuan ke Lumut semula adalah nak pekena cendol ngan laksa kat 1 stall tuh. Not bad la cendolnya... Lagik terbaekkk... dari Mr. Cendol! Tettt...!!! ;P

~ Laksa pun not bad la...

~ Lepas tu, lepak2 kejap kat Lumut Waterfront. 

~ Ni TLDM kalau tak silap aku.

~ Feri ke Pangkor Island.

On the way balik, sempat menyinggah makan lagik. Tekak ni terasa nak makan masakan kampung. So, kami redah je gerai yang ada kat tepi jalan tuh. Pukul 3.30 petang sampai rumah. 

Fuh! Penat tapi, best! 


:: Like3, ek! ::



2 comments:

  1. berdua ni senang jugak.. nak pi mana-mana tak yah packing teruk2.. selamba je.. kalau ramai2 macam2 hal, kan.. heheh samalah kita!

    ReplyDelete
  2. ~ain,
    aah. klu nk gi secara spontan, buleh je.. syiok gak p'cutian spontan nih sbb nmpk adventure sket kot.. he3..

    ReplyDelete

KAMSAHAMNIDA...