SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, September 4, 2012

AYAM MASAK PEDAS SESUCI LEBARAN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez(KKBA)

Memasak sempena Hari Merdeka. ;)

Bangun pagi adalah lambat. My 'sayang' ada hal sikit pagi tu. Nak monitor kerja2 TNB yang tengah running katanya... So, dia bangun awal sikit daripada aku.

Tak sempat nak breakfast dengan my 'sayang'. Breakfast dalam mimpi je la kot. He3...

Pukul 1 petang my 'sayang' roger2, tanya nak tapau lunch apa. Aku dah takde idea nak makan apa. Last2, aku suruh my 'sayang' balik je, tak payah tapau2. Nak masak katanya kan...

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong & dicuci bersih)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil asam jawa Xtra Adabi
Air masak
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
15 - 20 tangkai cili kering

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ayam dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar.
3) Tuangkan sedikit air masak. Tumis hingga pecah minyak.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, garam, gula & asam jawa Xtra Adabi.
5) Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
6) Masukkan bawang besar. Kacau seketika. Angkat & hidangkan.

~ Ayam Masak Pedas Sesuci Lebaran. ;P

'Sesuci... di hening subuh sunyi... Sesuci... terdengar nurani... La3...'

Ewahhh2..!!! Hiks...

Eh! Menyanyi sambil memasak kat dapur nanti dapat suami tualah! Ha3...

~ Siap masak 3 hidangan untuk lunch. Ayam masak pedas, bayam tumis & ikan masin goreng.

Sekian, lauk Hari Merdeka... ;D


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google