Memula, roger2 kakak kata nak tunggu kat R&R Genting Sempah. Tapi, tak jadik sebab macam jauh je lagik diorang kan... Yang kami pulak dah tak tau nak buat apa kat Genting Sempah nun. So, roger2 balik, kata nak tunggu kat Lentang.
Macam pelik je bunyi nama tempat tuh. Tak pernah dengor kot. Ingatkan R&R atau just hentian. Tapi, rupa2nya ada Jabatan Hutan je pun. Dah la macam masuk ke dalam. Dengan hutan lagik... Karak, hokay..! Karak! Weirdlah!
So, cancel!
Roger2 kakak lagik, kata tukar plan, tunggu kat R&R Temerloh pulak.
~ Melepaskan penat... Eh! Muka kami kiut kan? Ahaks3... |
~ Rifqi sangat aktif! Asik nak merangkak di jalanan je. Letih nak menangkap. Fuh! |
Sempat jugak aku ngan my 'sayang' makan nasik lemak kat sini. Memula takmo makan sebab konon2 kenyang. Tapi, bila nampak nasik lemak, rasa macam best pulak. Terus try sorang sebungkus. Heh!
Dasar pemakan kan? He3...
Lepas regang2kan badan lelebih kurang, kami teruskan perjalanan. Kat Pahang nanti, kami semua dok kat villa stay. Lokasi villa stay adalah di Lorong Permatang Badak Perdana. Pukul 7 malam baru kami sampai. Alhamdulillah la... sebab tak sesat-barat.
~ Villa Stay yang bakal kami huni selama 3 hari 2 malam. Rumah teres 2 tingkat, 4 bilik tidur & 3 bilik air. |
~ Masuk2 je, bebudak 2 orang ni tak habis2 nak bercamwhore. Sawan camera tahap kritikal nih! Haish! |
~ Rifqi pulak asik nak mengexplore je. Habis semua mende nak dipanjatnya! Adeh3... |
Cabaran hokay nak membooking homestay nih! Yang Villa Stay ni pun aku dapat last minute. Almaklum la... bulan Mei kan aku busy ngan kursus bagai... Dah nak pergi vacay, baru hegeh2 nak mencarik homestay. Nasib baik ada. Fuh!
Villa Stay ni 180 hengget/malam. Deposit 40 hengget. Deposit tu kita akan dapat balik masa check-out. Kami duduk 2 malam. So, kena bayar 360 hengget + 40 hengget deposit samadengan 400 henggetlah.
Not bad la... Hall dia memang luas sebab perabot sangat minimize. Just ada kerusi kusyen, coffee table, tv + cabinet, cabinet hiasan & kerusi. Kalau datang ramai2, selain dari bilik, hall ni pun boleh menampung jugak. Bentang je toto yang disediakan & tido la kamu di situ.
TV siap dengan Astro. Mesin basuh dengan dapur + kelengkapan dapur pun ada. 1 bilik air cond + kipas, 1 bilik air cond & 2 bilik lagi kipas sahaja. 3 bilik katil queen size & 1 bilik lagik 2 katil single.
Ok kot... Just air cond bilik kakak aku je yang haub sikit. Lepas komplen, diorang datang repair esok paginya. Sejuk baliklah. Tak perasan pulak bilik mak ngan A_bern kipasnya slow giler! Dah la sekarang ni memang musim panas kan... Kesian mak ngan A_bern tido 1 malam dalam kepanasan. Malam ke-2 aku suruh mak tido bilik abang sebab bilik tu paling luas. Baru la nyaman mak kata...
Kalau korang nak try dok sini, korang boleh calling2 nombor telefon yang tertera kat bawah nih. Alamat pun aku kasik jugak.
Villa Stay Batu 6
No. 24, Lorong Permatang Badak Perdana 206
Batu 6, Jalan Gambang
Kuantan, Pahang
Contact Person: Puan Azie (013-9206626)
*Bersambung lagik...
:: Like3, ek! ::
2 comments:
menarik jgk homestay nya tu..
errmm...
My Little Diary,
not bad la.. buleh kot klu nk try.
Post a Comment