SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, June 12, 2012

3 HARI 2 MALAM... PAHANG

Family vacay belah aku untuk tahun ni destinasinya adalah ke Pahang. Dah lama plan. Alhamdulillah... tertunai jugak akhirnya... ;)

3 hari 2 malam kami berkampung kat Pahang. Tu pun rasa macam tak cukup je nak menjelajah seantero Pahang tuh. Kalau la percutian tu samadengan f.o.c, 9 bulan 10 hari pun aku sanggup pergi tau! Hu3...

Kami bertolak pukul 9 pagi, 25 Mei 2012. 2 bijik kereta dari Perak & 1 bijik kereta dari Kajang. Yang dari Kajang tu of course la kakak & family kan... Diorang gerak lepas semayang Jumaat sebab nak tunggu A_bern balik dari sekolah. Ada exam katanya...

~ Gembira betul Kak Yong bila dibawak berjalan2. 

~ Baby Odah pun. Muka bajet comel la tuh! ;P

~ Gaya pose terbaru kot. He3...

~ Serba pink! Cekak dengan hair clip pun pink jugak. Ececehhh..!

 Aku ngan my 'sayang' sempat breakfast kat rumah mertua pagi tuh. Abang & family pulak breakfast sama2 dengan mak kat rumah mak. Kami singgah kat R&R Ulu Bernam. Tapau apa2 yang patut buat kudapan je. 

Perjalanan jauh tanpa kudapan, apalah ertinya kan... Hiks...

Pukul 12 ++ tengahari kami sampai kat Selayang. Perut dah lapor balik. Laju2 carik kedai makan. Ntah kat ceruk mana ntah. Aku tak reti nak explain lokasi gerai tuh. Tapi, kat area rumah Awa la...

~ Wajah2 kenyang... He3...

Aku makan nasik putih + ayam goreng tepung + kari daging + taugeh tumis. Memula ingatkan kari daging lembu. Punya la banyak aku amik. Sekali time makan rasa lain macam pulak. Terus suruh my 'sayang' tanyakan kat owner gerai, daging apakah itu. 

"Yang dalam tray tu kari daging kambing, dik. Yang tengah menggelegak dalam periuk besar tu baru kari daging lembu."

O.M.G..!!! Maknanya, ah kak dah tercedok kari daging kambing la, noks..! Hadoiiyaiiinyapunnn! 

Terus kasik kat my 'sayang'. My 'sayang' pulak kasik kari daging lembu kat aku. Exchange la...

*SENTAP!*

Moral of the sory: Sila rajin2kan bertanya dulu sebelum mencedok, ye..! Jangan aci belasah cedok mentang2 perut lapor je... Hu3...

Total lunch samadengan 32 hengget. Ah kak belanja. ;P

~ Lepas lunch, kami lepak kat padang berhampiran sementara tunggu my 'sayang' & abang semayang Jumaat. Kaum Hawa jamak je. Musafir kata ko! ;)

~ Bahagia betul Rifqi dapat lepak2 kat padang. Kak Yong & Baby Odah pulak ghalit main kat playground. 

Pukul 2 petang, aku roger2 kakak. Baru nak gerak dari Kajang katanya. So, kami pun gerak jugaklah slow2. Sesambil tu roger2 lagik tanya lokasi memasing. 

Busy ah kak sepanjang jalan! Asik meroger je kerjanya. Tak tido pun. Percaya tak? Percaya tak? ;P

*Bersambung...


:: Like3, ek! ::





No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google